Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday 11 October 2020

AMERICAN MURDER :THE FAMILY NEXT DOOR DOKUMENTARI KISAH TRAGIS PEMBUNUHAN OLEH SANG SUAMI PENYAYANG

Baru selesai khatam dokumentari di NETFLIX berkenaan kisah pembunuhan tragis WATTS FAMILY.

Tahi lalat di kepala Watts mengingatkan saya tentang pembacaan berkaitan tahi lalat di kepala selalunya dikaitkan dengan orang bijak pandai dan keras kepala

Dari sudut watts dia mungkin masuk kategori keras kepala

Mana tidaknya betapa dia nekad membunuh isteri dan anak-anaknya hidup-hidup

Siapa yang belum tonton, boleh saksikan secara real reaksi seorang penipu yang mati-mati sedang menafikan perbuatannya

Pertama sekali saat Watts melihat video aksi dirinya mengundur kenderaan untuk meletakkan mayat isterinya di truck, watts mengelisah menghembuskan nafas kuat sambil tangannya di kepala seolah-olah lintasan hatinya "mampuih aku!"

Semuanya bermula apabila Watts jatuh hati kepada seorang wanita rakan sekerjanya dalam 2bulan sebelum pembunuhan ini berlaku

Perkenalan yang singkat itu membuatkan watts nekad dan memasang cita-cita  untuk hidup bersama kekasihnya itu

Watts juga sebenarnya menipu kekasihnya bahawa dia dan isteri dalam proses perceraian. Padahal tidak.

Pada 13hb Ogos 2018 isteri Watts ,iaitu Shanon pulang dari trip perniagaan pada jam 2pagi dihantar oleh rakan

Kemudian mereka sempat melakukan hubungan intim

Sehingga sebelum siang Watts mula suarakan tentang hubungan mereka yang tidak mungkin boleh diteruskan dan mahukan perceraian

Lalu Shanon berkata jika begitu Watts tidak akan lagi boleh bertemu dengan anak anak mereka

Lantas, Watss terus mencekik Shahnon sehingga mati dan membawa mayat shanon ke tapak operasi pangkalan minyak tempat Watss bekerja. Watss juga membawa 2 anak kecil yang berusia 3 dan 2 tahun. Kemudian Watss menggali lubang dan menanam mayat Sharon. Setelah selesai urusan mayat Shanon ,Watts kemudian mendapatkan anaknya yang berumur 2 tahun dan menekap anaknya menggunakan selimut yang dibawa anaknya itu sehingga mati dan membuang mayat anaknya ke dalam tangki minyak. Setelah itu dia turun dari tangki minyak dan menekap pula anaknya yang berusia 3tahun. Anaknya yang 3 tahun sempat berkata. Adakah "ayah akan lakukan pada saya seperti yang ayah lakukan kepada adik" Anaknya sempat merayu jangan. Tetapi tidak diendakan dan setelah anak itu mati, sekali lagi dia membuang anaknya ke dalam tangki minyak yang lagi satu.


Begitulah tragisnya kematian isteri dan anak-anak kesayangannya

Hanya kerana cita-cita yang membara untuk hidup bersama kekasih barunya.

Dan kekasihnya juga sangat terkejut dan tidak menyangka dan terus bekerjasama dengan polis untuk membantu apa-apa yang diperlukan.



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

Monday 14 September 2020

PENGALAMAN IBU AYAH BERPISAH

 HIKMAH IBU AYAH BERCERAI BERAI


Waktu tu umur saya menginjak ke 13tahun


Waktu di mana terlerai ikatan perkahwinan mama dan abah


Seusia meningkat remaja itu,hanya satu yang saya ingat iaitu "Malu"


Ya malu


Saya sangat malu.Malu pada kawan kawan yang bertanya.


Air mata kesedihan mengalir mengenangkan mama dan abah berpisah


Malam kejadian sewaktu abah membacakan syarat syarat sekiranya mama masih degil mahukan perpisahan masih segar dalam ingatan


Berbagai syarat abah letak kan dengan harapan mama berubah pendirian


Namun tidak.Ya mama memang nekad.Nekad mahu berpisah dengan abah


Malam itu saya menangis merayu pada mama dan abah.Janganlah berpisah


Tapi tiada apa yang mampu merubah keputusan mama


Lama saya ambil masa untuk hilangkan kesedihan


Zaman remaja saya dilalui dalam perpisahan mama dan abah


Banyak yang dilalui,biarlah saya ringkaskan sahaja iaitu sekarang di fasa perkahwinan saya sendiri sudah semakin faham dan seolah olah faham mengapa jalan perpisahan yang mama pinta


Tiada lain melainkan tiada lagi istilah sehati dan sejiwa


Ya.Itu sahaja.


Mama dan abah selalu bertikam lidah


Jarang sekali rumahtangga mereka aman


Seawal 5tahun saya sudah ingat mereka sering bergaduh


Bertikam lidah dan tidak sependapat


Dalam bermacam hal mereka bercanggah


Dari situ saya kini belajar untuk banyak mendengar dan tidak cepat menjawab dan bertelagah


Dan rasanya rezeki saya suami juga mempunyai sikap begitu


Bilamana suami juga akan diam dan tidak melatah apabila saya melepaskan amarah


Kadang kadang tidak mampu terfikir akal


Apakah ini semua kehendak Allah Yang Maha Segala yang mahu memanjangkan atau memendekkan jodoh manusia


Itulah yang saya suka fikirkan


Semata mata Allah masih menginginkan rumahtangga aman tenteram maka Allah kendurkan lidah pasangan dari cepat bertikam lidah


Mana tidaknya hanya semata mata kerana lidah hati dan jiwa raga manusia saling berkecemuk dan tidak tenteram


Benar lah pesan Imam Alghazali bahawa yang paling tajam itu adalah lidah


Kepada para suami,yang diberi akal yang lebih dan lebih juga kaum lelaki dalam segala hal


Diharap sangat para kaum lelaki dapat menahan lidah


Biarkanlah sekejap amukan isteri


Tidak setara mana amukannya melepas perasaan.Sebentar akan hilang selepas dipujuk dan dirayu


Begitulah wanita, lemah dan terlalu banyak silap nya


Pengakhiran kisah mama dan abah


Masing masing keduanya berkahwin lain dan membina keluarga kedua


Ikhlas.Cinta.Ilahi

YongAyuni

21Ogos2020

1839pm


Kepada para suami dan isteri yang sedang berusaha memujuk rayu pasangan. Di sini dikongsikan kaedah dan tips untuk anda santuni. Rumahtangga adalah jambatan ke syurga. Selama Allah dan RasulNya bertakhta di jiwa setiap isi keluarga

https://t.me/tintaisteri


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖


Saturday 12 September 2020

Listen to Al Quran

 ```Ini link murottal Alqur'an 30 juz tanpa harus download,

tinggal play saja. 


Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO

Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ

Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF

Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3

Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3

Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs

Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC

Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o

Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu

Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH

Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y

Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby

Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ

Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA

Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM

Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG

Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz

Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc

Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95

Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc

Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO

Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP

Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm

Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5

Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf

Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2

Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno

Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai

Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF

Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc


Silakan disebarluaskan semoga menjadi amal jariah bagi kita semua.. 🤲🏼🤲🏼🤲🏼```



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

Thursday 10 September 2020

Apa itu PKPD - Pkpd Alor Setar harini

PKPD di Alor Setar 

Sedih pula dapat terima berita ni. Aduh terkenang anak anak tak bersekolah.

Semoga tak merebak luas.


APA ITU #PKPD - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan


-Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.


-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.


-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.


-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.


Justeru, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ringkasan PKPD Pentadbiran Kota Setar. 10 September 2020. 


Mesyuarat Khas Menteri-menteri harini bersetuju melaksanakan PKPD di DAERAH Kota Setar, 12.00malam ini 11 September sehingga 25 September. 


Individu ingin keluar masuk untuk berkerja juga tidak dibenarkan sepanjang PKPD ini. 

Kita galakan majikan benarkan Berkerja Dari Rumah BDR. 


Semua Sektor Pendidikan DITUTUP Sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran ini. Termasuk Institusi Awam dan Swasta. 


Hanya Premis Menyediakan Perkhidmatan Perlu Sahaja Dibenarkan Beroperasi. 


Kenderaan Produk Essential dibenarkan keluar masuk. perlu dapatkan kebenaran. 


Hospital2 Klinik Dibenarkan Beroperasi 


Feri Kuala Kedah TIDAK DIBENARKAN beroperasi. 

sila guna alternatif lain (Kuala Perlis)


Sidang Media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan

10 September 2020 


Telegram COVID-19 Kedah

t.me/Covid19Kedah 


#PKPDKEDAH 

#PKPDkotasetar

#KitaJagaKita 

#KitaJagaKeluargaKita


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

Tuesday 8 September 2020

SAYANG USOP #sayangusop

Siapa yang belum kenal USOP? 

Yang terlepas MENTOR 2017 pasti tak pernah kenal dengan USOP. (Sayalah tue:) 

 Tapi sekarang BIGSTAGE2020 USOP sekali lagi mencuba nasib. 

Apa yang menarik tentang si USOP niey? Heboh pasal USOP. SATU SAJA -IKHLAS 

Ya keikhlasan USOP dalam menyampaikan nyanyian dan juga dalam perwatakan USOP sememangnya sangat genuine dan pure! Serius! Cubalah tengok video video interview dan persembahan USOP. 

Jawapan spontan USOP sangat ikhlas pure. Kadang-kadang nampak blur pun banyak.hehe.Apapun itu yang buatkan USOP soo cute 

Satu lagi USOP juga selalu meniti di bibir ucapan Alhamdulillah di atas setiap pujian juri juri kepadanya Diharap sangat USOP bakal juara BIGSTAGE2020 dan membuktikan bahawa dia yang dulu digelar artis kampung mampu menang dan menawan hati para juri dan rakyat Malaysia. 

Lepas ni USOP, teruskan pula menyertai banyak lagi pertandingan 

Semoga USOP sampai ke INTERNATIONAL. 

Usop kan ade cita cita nak kahwin minah salleh gitu.. ha kita doakan USOP K GUYSSS..
https://www.xtra.com.my/hiburan/single-terbaru-usop-selamanya-sambung-kisah-aku-yang-bersalah/ - credit gambar

Saturday 29 August 2020

Mike dan Mark Diari Mualaf Astro Naura

 Siapa yang biasa tengok di Astaro Naura mesti tau program ni

Apa yang best?

Karakter!!

Yes, pada saya yang sememangnya peminat Mark dan Cik Man dan tiba-tiba sekarang jadi terminat sekali dengan Mike (Michael Ang)

Serius!! Suka sangat ketiga-tiga watak dalam Vlog Program ni

Mark dengan gaya selenga nya

Mike dengan gaya agak pura-pura pandai

Cik Man dengan gaya kadang baik kadang kerek nya

Memang padu dengan telatah mereka,mimik muka, dan juga lantunan suara serta riak wajah.

Semuanya best. Ditambah pula Cik Man kadang-kadang dengan kain pelikatnya memang nampak santai  

Menyampaikan info ilmiah agama secara santai dan mudah faham

Lucu dengan soalan-soalan dari Orang Baru Mualaf seperti Mark dan Mike

Tahniah Astro, bijaksana dalam meraikan pelbagai jenis penonto

Semoga program Mike dan Mark diteruskan dan memberikan lebih banyak inspirasi kepada semua

Semoga kalian dirahmati dan didalam redha Ilahi


Petikan gambar:

https://www.jomedumy.com/2020/01/program-mike-dan-mark-diari-mualaf.html



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

Tuesday 25 August 2020

PENGALAMAN DEMAM DENGGI

Seumur hidup ni 34 tahun, pertama kali ahli keluarga saya kena denggi

Huhu. Terkena pula dekat si kecik baby ucuk acam ibu Awwabin. 

Pengalaman paling bermakna, bila rumah kena serbu dengan geng kesihatan.Alamak.Jemm..Rumah yang tak bersedia terima tetamu.Kuang.Kuang.Kuang.

Mula dengan panggilan telefon dari peringkat daerah,kemudian panggilan dari kesihatan negeri. Ada dekat 10kali geng kesihatan call untuk itu dan ini siasatan perihal kes denggi.Kemudian selepas call mereka datang pula ke rumah. Ada dekat 5 kali jugak lah

7malam jugaklah saya temankan Awwabin di hospital. Alhamdulillah syukur semua sudah pulih. Termasuk Kakak Asilah dan Kakak Assufina dan Abang Awwadi pun demam sekali. Syukur yang lain-lain hanya demam biasa bukan denggi

Sekarang ni masih berdebar-debar menantikan keputusan larva jentik-jentik yang di ambil oleh geng kesihatan


Harap-haraplah jejentik biasa kalau tak,kena kompoun lah jawabnya.Opsss...

Sunday 23 August 2020

MELIHAT ALLAH DI DALAM RUMAHTANGGA

MELIHAT ALLAH DI ALAM  RUMAHTANGGA


Dulu sejak akhil baligh, walapun tidak lah hidup dalam keluarga berlatar belakang agama, tetapi sudah terbiasa bermonolog dengan hati. 


Sehinggalah bila bergelar mahasiswa kemudian bergelar isteri, terasa hati yang dahulunya sering digunakan untuk bermonolog kononnya dengan diri sendiri adalah sebenarnya monolog dengan Tuhan


Al-Fudhail bin 'Iyadh r.a berkata, "Sesungguhnya seorang hamba dapat melakukan taat ibadat kepada Tuhan itu hanya menurut kedudukannya di sisi Tuhan, atas perasaan imannya terhadap Tuhan, atau kedudukan Tuhan di dalam hatinya."  [Petikan dari kitab Al-Hikam - Syeikh Ibnu Atho-illah]


Rujukan :http://unikversiti.blogspot.com/2013/12/bagaimana-kedudukan-kita-di-sisi-allah.html


Setelah kefahaman itu didapati, maka seringlah setiap detik setiap saat monolog dengan Tuhan itu berlaku. Tidak perlu menantikan waktu solat atau ketika berwuduk. Tetapi paling banyak sewaktu kesusahan. Monolog itu akan semakin jelas dan diulang-ulang


Itulah yang berlaku dalam diri kita, cuma mungkin ada yang tidak sedar betapa besarnya pengaruh monolog ini di dalam kehidupan seharian kita apatah lagi dalam menjalani alam rumahtangga


Bilamana setiap pasangan sering melihat pasangan dengan mata kasar sebagai manusia dan lupa melihat pasangan sebagai hamba ciptaan Allah yang mana diuji dan menguji.


Bilamana alam rumahtangga diuji dengan rasa sakit hati, kita sering menganggap yang memberikan rasa sakit itu adalah pasangan


Pasangan tidak cukup memberi nafkah,tidak cukup memberi layanan, tidak cukup memberi kasih sayang, tidak cukup memberi hadiah, tidak cukup itu dan ini.


Segala kekurangan pasangan yang menyakitkan itu kita sandarkan kepada pasangan


Sehinggalah satu masa kita hanya melihat perkataan cerai di minda


Dan seterusnya perceraian itu berlaku


Dan tragisnya waktu itu, kita tetap masih sakit hati sekalipun sudah hidup sendirian atau bersama pasangan baru


Dari mana pula rasa sakit hati itu?


Begitulah putaran hidup yang bernama manusia


Berbeza dengan putaran hidup seorang hamba Allah yang meletakkan Allah di dalam setiap kali monolognya.


Bila mana hatinya sakit bagai dihiris maka meluncurlah kalimah keramat "Astaghfirullahalzim"


Seperit hatinya maka  selaju-lajunya kalimah keramat ini dilazimi disertai kalimah yang lain nya juga menurut ilmunya (hamba Allah itu sendiri)


Dan sehiggalah magis Allah tiba apabila kemudian dari itu Allah akan hadirkan ketenangan yang maha dahsyat dan nikmat ketenangan itu amat indah dirasai setelah keperitan itu dilalui dengan istighfar


Entah keajaiban apa, tapi itulah hakikatnya


Hakikat yang dirasai di dalam hati tentang kebesaran Allah di kala kita menyebut dan mengingatiNya kita tidak lagi melihat pasangan tetapi kita mampu melihat Allah Azzawajalla dan tiba-tiba sahaja pandangan benci dan sakit kepada pasangan akan hilang. Melainkan rasa kagum dan kasih kepada Allah yang telah memberikan kita segala nikmat atas dunia termasuklah nikmat berpasangan


Disaat sudah kembali kepada Allah itu, datanglah meluncur segala ingatan kebaikan pasangan yang awalnya tadi hanya buruk yang kelihatan


Datanglah kembali rasa cinta yang mana cinta itu semata-mata kerana menagih cinta Allah melalui kehadiran pasangan sebagai alat mendekatkan diri kepada Allah bukan kerana nafsu apatah lagi kerana cinta dunia


Terima kasih dan berjuta kesyukuran hanya kepada ALLAH SWT . Dialah pemilik dan pemelihara kepada alam raya apatah lagi terhadap kita hamba yang amat dikasihiNya melebih kasih sang ibu kepada anaknya


Salam sayang

Ikhlas.Cinta.Ilahi

YongAyuni

23Ogos2020/Ahad

1913pm

https://t.me/tintaisteri/23


Sunday 16 August 2020

CONTOH PERAKUAN CUTI KUARANTIN

 Nanti ya kita story. Puas google xjumpa. Harap-harap yang ni dapat membantu siapa yang memerlukan.


Sunday 9 August 2020

Suami mengabaikan isteri

Suami mengabaikan isteri. Seringkali kita dengar.

Pelik pula jika di sebut isteri mengabaikan suami.

Memang kebiasaannya itulah yang didengar  "Suami Mengabaikan Isteri".

Kenapa? Mungkin kerana isteri suka merungut,mengadu hal atau merintih, maka terbukalah kisah kisah sedih suami mengabaikan isteri?

Sedangkan sikap suami biasanya diam,membatu dan mengkayu. 

Apa yang sedang berlaku sebenarnya di dalam sebuah rumah bertangga?

Bagaimana yang dikatakan suami mengabaikan isteri atau apakah pula yang disebut isteri mengabaikan suami?

Jika AlQuran menjadi rujukan, satu pesan AlQuran iaitu di dalam Surah Ar-Rum: ayat 21 yang bermaksud:

"Di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia (Allah) menciptakan pasangan-pasangan (jodoh) bagi kamu dari (makhluk) jenis kamu sendiri, agar kamu cenderung kepadanya dan merasa tenteram dengannya. Kemudian Allah menciptakan rasa kasih sayang di antara kamu." -http://jaipp.penang.gov.my/index.php/topik-popular/8-article/47-prosedur-permohonan-kahwin-lelaki


Pokok utama yang dapat kita rungkaikan dari Surah Ar-Rum ayat 21

1. KekuasaanNYA (Allah s.w.t)

2. Sejenis (Manusia kahwin manusia, bukan kahwin dengan haiwan atau lain-lain ciptaan)

3. Cenderung (Berkemahuan/Nafsu)

4. Rasa Kasih Sayang


Didalam pokok utama KalamNYA ini tidak disebut tentang lain-lain hal termasuk tanggungjawab suami isteri,peranan suami isteri dan lain-lain pecahan kecil urusan suami isteri

Apa yang ada, kalamNya dalam Surah Ar-Rum adalah perihal kekuasaan Allah, kebijaksanaan Allah dalam menganugerahkan pasangan sejenis dan rasa  cenderung/berkeinginan dan akhirnya rasa sayang.

Dari sini, ringkasnya cukup lah kita faham tentang KekuasaanNya

Mengapa ingin dipandang kelemahan suami, kelemahan isteri? 

Mengapa tidak sahaja sang suami dan isteri merenung KEKUASAANNYA berbanding mengorek-ngorek kelemahan pasangan?

Sedih. Sesedih sedihnya.

Terlalu banyak kenikmatan Allah. Terlalu banyak anugerah Allah kepada setiap hambaNya. Tidak hanya sewaktu kita menjadi isteri atau suami malahan sejak kita tidak wujud lagi segalanya dari kekuasaanNya dan kehendakNya maka terjadi dan terbentuk segalanya. 

Kita tidak pernah sibuk sibuk mengambil tahu apa yang Allah ciptakan, bagaimana diciptakan, bagaimana kemudian,bagaimana akan datang dan segalanya. Tidak pernah kita tahu dan terasa ambil tahu

Maka begitulah kehidupan yang kita lalui sekarang. Buruk baik elok tak elok pasangan kita semuanya adalah ujian dan kemahuan Allah. Bagaimana kita melaluinya dengan keimanan dan ketakwaan itulah pokok kejayaan bagi diri kita.

Lebih indah untuk untuk kita  hidup dengan rasa cinta Allah, mensyukuri nikmat Allah.Mengapa dikejar tanggungjawab sang suami , menuntut keperihatinan sang isteri?

Bukankah baik buruk semata-mata ujian untuk hamba kembali padaNya semata-mata?

Yang baik kita syukuri yang buruk tetap disyukuri maka bertambah tambah nikmat akan kita miliki.

Begitulah asas keyakinan. Apa sahaja yang kita yakini.Itulah yang akan kita miliki

Cukup-cukuplah bersedih perihal suami tidak cukup memberi makan, tidak pandai mengambil hati, tidak tahu membeli makanan,pakaian,hadiah dan sebagainya, tidak mahu tolong ke dapur, tidak rajin bermasyarakat, tidak mahu menjalankan agama dan bermacam puluhan keluh kesah

Begitu pula kelemahan sang isteri,cukup-cukuplah mengherdik isteri tidak pandai berhias, tidak pandai memasak,tidak bijak mencari wang, tidak pandai menjaga anak dan segala macam kelemahan lagi

Ingatlah, yang namanya makhluk tidak ada yang sempurna

Melainkan saling membantu dan melengkapi dengan penambahan ilmu dan keyakinan kepadaNya



Saturday 8 August 2020

SIJIL KAMBING AKIKAH

 Alhamdulillah


Demi memenuhi kemahuan dan kepuasan pelanggan

Sijil akikah dikeluarkan. Bukan sahaja menjadi kenangan buat ibu bapa juga buat peringatan buat si anak betapa ibu  dan ayah mensyukuri kehadiran kalian di atas muka bumi ini

Semoga baby Luth menjadi anak yang soleh yang selalu dirahmati Allah. AMIN.



Thursday 6 August 2020

Beirut Lubnan. May Allah ease everything

😭😭
 

Pray for Lubnan🤲🤲

Channel Telegram Tinta Isteri Tercinta

Hello dear para isteri para suami

Kalau tak pernah dengar luahan hati isteri, apakata masuk ke telegram TINTA ISTERI TERCINTA.

Mana tahu ada yang perlukan ilmu memahami wanita ayuh saling bergabung membantu diri anda mengenali hati wanita

Mengapa mereka marah, sedih,sayang, cinta dan sebagainya seribu satu rasa yang ada dalam diri wanita

Jom jemput singgah ke channel ini



Entry terkini di channel TINTA ISTERI TERCINTA

👇👇👇


Bila suami marah

Ada yang jenis tengking
Ada yang jenis diam
Ada yang jenis pulaukan
Ada yang jenis bagitahu pada orang lain
Ada juga yang jenis pukul

Salah ke suami marah?

Berdosa ke kalau suami marah isteri?

Pada saya tak salah dan tak berdosa

Tapi setakat itu sajakah?

Marah isteri kemudian biarkan isteri menyedut amarah itu berhari hari

Pada saya,boleh marahkan isteri

Tapi biar setimpal dengan kasih dan cinta yang pernah diberi

Jangan pula sampai tak pernah marah isteri

Memang ke laut lah sang isteri

Suami mesti tahu

Kadang kadang isteri berdampingan dengan syaitan

Kadang kadang sahaja berdampingan dengan malaikat

Jadi isteri boleh saja terdorong sikap syaitan dan adakala pula terdorong sikap malaikat

Sebab itulah para suami penting untuk bijak dan waras

Jangan turut hanyut bersama isteri

Contoh, sebelum marah, suami perlu ada sikap sikap yang membuatkan isteri terharu atau jatuh cinta pada suami contohnya

Sikap suami yang buatkan isteri suka iaitu belikan juadah atau belikan pakaian ataupun ciuman kejutan atau berbagai bagai lagi yang isteri suka dari suami tak terhitung banyaknya perkara buat isteri jatuh cinta

Sangat sangat wajib untuk suami menabur dedak dedak sedap sebegini kepada isteri

Kemudian barulah sesuai suami untuk marah isteri bilamana isteri buat kesilapan

Jangan pula seharian hidup isteri sudah tertekan dengan suami yang tak pandai buat isteri jatuh cinta, kemudian suka suka hati pula hendak marah bila isteri buat silap

Memang tak kena gayanya kalau begitu

Isteri bukan sahaja akan sakit hati malah isteri juga akan terus bertemankan syaitan di dalam hatinya

Isteri akan hilang arah dan lebih sedih istei pasti akan jatuh sakit

Samada sakit hati yang memedihkan atau membawa kepada sakit fizikal kerana tekanan perasaan

Ikhlas.Cinta.Ilahi
YongAyuni

Wednesday 5 August 2020

BLOGGER WANITA 2020 AKTIF MENARIK DAN MENGINSPIRASIKAN

Sejak keadaan COVID melanda dunia, tanpa sengaja pengguna laman sosial semakin meningkat

Oleh sebab itu, kepada yang suka intai ke blog-blog jom di sini saya kongsikan beberapa blog wanita yang menarik yang boleh rakan-rakan intai

Pastinya lebih banyak blog di luar sana yang saya tak sempat singgah. Ini hanya sebahagian yang sempat saya singgah dan dapati ia menarik

Jom jenjalan


Wednesday 29 July 2020

Isteri minta cerai

Sedih

Dah hampir setahun tak bersama di kamar, aku turut sedih mendengar luahan sahabatku. Aku turut simpati. Apa yang aku mampu lakukan?
Aku tak mampu buat apa-apa. Aku hanya mampu mendoakan. Aku hanya mampu untuk cuba merasa.
Aku sendiri sepanjang perkahwinan pernah sekali ke pejabat agama (ops..bocor rahsia)
Ya. Jujur. Aku pernah sekali. Tapi syukur jodohku masih panjang. Sejujurnya aku sendiri masih sayang dan cinta pada suami ku di saat aku melangkah ke pejabat agama. Hanya kerana aku agak sedikit tertekan sewaktu itu membuatkan aku tekad ke pejabat agama. Namun, setelah dipujuk sang suami. Aku lemah dan memaafkan. Mungkin kerana aku sendiri yang sedar tindakan yang aku ambil hanya kerana amarah dan rasa panas hati yang seketika.

Berbalik kepada kisah rakanku. Telah hampir setahun mereka tidak bersama. Tak dapat aku bayangkan betapa tersiksa nya batin keduanya.

Namun?

Apalah mampu dibuat. Setelah hati sudah kering dan kontang. Masing-masing pastinya sudah tawar hati.
Jika tidak masakan ia berlarutan sekian lama

Entahlah

Apakah ini hanya dugaan sementara buat mereka?

Aku hanya mampu mendoakan.

Hakikatnya segalanya adalah ketentuan Allah

Rahsia Allah terlalu luas

Terlalu banyak yang tersimpan

Aku doakan engkau sahabat semoga engkau kuat dan yang penting semakin dekat denganNya

Sayang Selalu

Pendengar setia

29/07/2020
1645

Tuesday 28 July 2020

Pavitra maafkan Sugu

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"

Apalah kaitan lidah dan gigi dengan suami dan isteri. 

Memang begitulah perumpamaanya geng.Huhuhu.

Apapun salute dan tabik spring kita sama-sama berikan kepada Pavitra dan Sugu. Mana taknya tiba tiba badai besar datang. Kedebikk.Kedebabom.

Tapi cepat cepat diselesaikan hanya dengan "MAAF"

Ya! Pavitra sudah memaafkan Sugu. Selesai.

Mereka telah berbaik dan kita doakan kekallah berbaik.

Bukan untuk mereka sahaja.Tapi buat semua pasangan rumahtangga

Yakinlah badai setara mana sekalipun,itu hanya sementera

Pasti badai itu akan berlalu juga. Yakin.Yakin.Yakinlah.

Maafkanlah. Setiap manusia tidak terlepas dari kesilapan dan kecuaian.




Saturday 6 June 2020

Baru belajar FOREX. 3hari pertama Withdraw USD20 = Rm87

Kepada anda

Yang ingin mencuba jom kita bergabung
di group whatsapp saya

Khas pemula FoREX sahaja

Join bersama dengan group di bawah
👇👇👇👇

https://chat.whatsapp.com/J1SKP02wn8N089dA3AG3xv

Saturday 22 February 2020

Kisah mimpi gigi tercabut

Dalam 2 bulan lepas, sekali lagi aku didatangi mimpi gigi

Aku cemas

Pengalaman lalu datang menjengah. Waktu tu April 2014, aku bermimpi 2 batang gigi atas tercabut dan kemudian mama yang tersayang pergi dijemput Ilahi pada Disember 2015 dan sebelum itu abah mertua yang dikasihi terdahulu dijemput ajal pada Julai 2015

Sekarang, pada Januari 2020( bulan lepas ) aku lagi sekali bermimpi gigi tercabut tapi kali ini gigi bawah

Kemudian, siang tadi, anak sulung ku pula menyebut "ibu, kakak mimpi kita sekeluarga pergi ke Mekah"

Ya Allah

Walau apapun tafsirannya

Yang perlu aku ingat ialah, Engkaulah sahaja yang Maha Berkuasa

Engkau sahaja yang Maha Melaksana dan Merencana apa apa sahaja

Kuatkanlah aku untuk menerima apa sahaja ujian dan mehnah

Tetapkanlah hatiku di dalam tauhid dan teguh mencariMu

Anak anak ibu, adakala ibu marah, adakala ibu tinggi suara adakala ibu malas melayani kerenah kalian

Apapon ibu sudah sehabis baik berusaha menjadi ibu yang terbaik

Adakala penat, letih, bosan

Adakala gembira, suka, ketawa, bahagia

Semoga anak anak ibu sentiasa di dalam rahmatNya di dalam hidayahNya

Sayang semua...

Taman permainan
22hb Feb 2020
1853

Bersama kakak, sufi, awwadi dan awwabin.
With love


BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...