Sejak menjadi ibu tahun 2011, anak gadis ibu semakin membesar tidak terasa
Allahuakbar... Allah Maha Besar...
Cabaran mendampingi anak gadis sedang membesar sangat menggusarkan jiwa, sangat meruntunkan hati, sangat menggemas dan menyesak di dada ibu terasa bahangnya...
Mahu tidak mahu, ibu perlu kuat hati.
Anak ibu semakin membesar Awliya dan Assufina, dan pandai berpakwe pakwe...
Bukan setakat berpakwe, dah siap minta pada ibu.
Ibu...Nak kahwin lah ibu, malas sekolah!
Alamak!
Anak oo anak.. Cita cita tokwan nak tengok kakak jadi Professor. Macam mana pula?
Ibu pun kalau boleh nak kakak cemerlang di bidang akademik
Kalau kakak kahwin awal? Macam mana?
Ibu pun tak pasti
Ibu pun tak tahu
Tapi jujurnya
Ibu tak kan menghalang kalau betul sudah jatuh kategori wajib kahwin pada kakak
Ibu pastinya tidak akan membantah fitrah kakak sebagai anak gadis
Ibu pun biasa merasai alam gadis seperti kakak
Namun setakat sekarang, andai masih ada peluang dan ruang, ibu akan sentiasa memberi suntikan semangat kepada kakak untuk belajar
Semoga kakak kuat menghadapi alam rasa ingin saling cinta dan mencintai
Sebagai usia yang masih muda, ibu tahu... hati kakak hanya soal cinta dan kasih sayang
Namun, harus kakak ketahui, di selain erti cinta dan kasih sayang
Ada istilah tanggungjawab dan pengorbanan
Ibu perlu pesan dan sentiasa ingatkan kakak erti tanggungjawab dan pengorbanan lebih dahsyat dan lebih perlu kakak selami selain merasai erti cinta dan kasih sayang
Apapon, doa ibu kepada kakak semoga kakak selalu di dalam rahmat Allah
Semoga Allah sentiasa memelihara dan membimbing kakak ke jalan yang benar
Asilah Awliya Binti Zaweed...puteri sulung ibu...
Assufina Amani Binti Zaweed.. puteri kedua ibu...
Assufina pun sama...
Dah pandai dan tak malu nak mengaku pada ibu... ada pakwe jugak katanya...
ooo...maiii....dear.....
hurmmmm...
Ibu harap ibu betul betul dapat menjadi teman bicara dan teman bual anak anak ibu
Ibu sedaya upada menyelami menghayati dan merasai alam gadis kalian
Semoga kalian terpandu semoga kalian sentiasa mengutamakan restu dan keredhaan dan kebenaran...
Ibu hanya mampu doakan di samping usaha memberikan kefahaman tentang dunia dan segala galanya yang anak anak perlu tahu...
Salam sayang dari ibu buat anak anak gadis ibu
Semoga kalian terpandu..