Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Monday 24 January 2022

VAGINISMUS

Baru - baru ini video viral dari Klinik Pakar Dr Aisyah di Facebook mendapat 1juta tontonan berkaitan isu vaginismus

Sejujurnya sebelum perkara ini saya ketahui dari video tersebut, saya ada seorang rakan yang pernah bercerita perihal dia dan suaminya tidak dapat melakukan hubungan badan selepas kahwin. Katanya dia mengalami sakit yang sangat tidak dapat ditahan apabila sampai ke tahap suami ingin melakukan tujahan zakar ke faraj. Setelah hampir 2 tahun rakan saya ini masih dara kerana masalah sakit yang berlaku tersebut. Saya selaku rakan yang tidak arif akan hal ini hanya sekadar mendengar tanpa mampu menasihatkan apa-apa.

Kemudian, setelah beberapa lama masa berlalu, saya dapat info dari rakan bahawa masalah itu sudah di atasi dan katanya apa yang berlaku adalah ianya adalah sejenis penyakit yang perlu dirawat segera. Jadi antara rawatan yang rakan saya dapatkan adalah rawatan pakar puan dan katanya hasil semakan pakar puan, dia tiada apa masalah pada lubang faraj.

Akhirnya rakan saya pergi pula mendapatkan rawatan secara batin dari seorang ustaz. Ustaz berpesan untuk banyak bermunajat dan memohon keampunan Allah. Kata ustaz ini adalah sebahagian dari ujian rumahtangga yang Allah berikan kepada sesetengah pasangan.

Apabila mendengar kata ustaz, rakan saya teringat pada satu mesej berbaur ugutan yang pernah dia dapat di awal perkahwinan. Rakan saya mendapat ugutan dari kenalan lelaki yang tidak berpuas hati, katanya lelaki itu, " oleh sebab saya tak dapat awak, awak pun tak boleh dapat sesiapa".

Rakan saya terus terfikir dan dia mula memohon kepada Allah jalan keluar. Alhamdulillah setelah beberapa lama dia meningkatkan amalan ibadah dan banyak mendekatkan diri kepada Allah swt kerana dia sedar dan menginsafi sikapnya dulu di zaman bujang pernah memberi harapan kepada seseorang tetapi dia mungkiri.

Tidak lama selepas itu, masalah faraj tidak dapat ditembusi zakar itu pun hilang dan dia dan suami dapat melakukan hubungan badan secara total dan berjaya hamil. Alhamdulillah syukur.

Jadi

Kepada yang sedang mengalami masalah yang sama, segeralah cari jalan. Secara teori ilmiahnya ia adalah penyakit yang dikenali sebagai vaginismus di mana otot otot faraj mengalami kekejangan yang berpunca dari trauma atau anxiety manakala adapula yang memang perlu dijalankan pembedahan pada lubang faraj dan ada pula sesetengah kes berkaitan dengan ilmu mistik setelah disahkan secara fizikal tiada apa apa masalah.

Semoga penulisan ini membantu sedikit sebanyak anda yang memerlukan

Sebarang perbincangan lanjut boleh hubungi saya terus 01128679886

Ayuni Alias aka Kak Yong Ayuni

Perancang Kebahagiaan Keluarga

Wealth Planner Zurich Takaful Berhad


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖


ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...