Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Monday 22 February 2021

Anak-anak ibu dah besar.. syukur Ya Allah

 Alhamdulillah

Tahun ni 2021 kakak Awliya dah masuk darjah 4 Setia di Sekolah Kebangsaan Convent

Kakak dapat jadi pengawas pusat sumber. Alhamdulillah, syukur. Tahniah kakak!!

Dapatlah kakak pakai pakaian seragam pengawas. Segak bergaya lah kakak. Hehe



Alhamdulillah

Assufina dah darjah 3, umur 9 tahun di Sekolah Kebangsaan Convent

Kesian Sufi katanya Sufi pun nak jadi pengawas macam kakak

Haha. Sabar yaa sayang ibu hitam manis. Nanti sampailah masa Sufi pulak

Jangan sedih-sedih. 




Alhamdulillah

Anak ketiga ibu Abidullah Awwadi tahun ni dah masuk darjah 1, 7tahun di Sk Tunku Raudzah

Tapi dah sebab covid ni Awwadi belum dapat merasa ke sekolah baru. Huhu

Tak lama lagi sekolah akan dibuka. Yeayyyy. Semua anak-anak dah tak sabar nak ke sekolah macam biasa

Semoga semua baik-baik saja di sekolah nanti

Alhamdulillah

Anak ke empat ibu Abidullah Awwabin

Tahun ni Awwabin dah 6 tahun. Awwabin masih di sekolah lama Sek Keb Gerigis

Cikgu kesayangan Cikgu Habibah dah tak mengajar di Sk Gerigis

Semoga Cikgu Habibah sentiasa di dalam rahmat Allah walau di mana jua berada

Sayang cikgu bibah




Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

Cahaya mata kelima

 Allahuakbar

Alhamdulillah

Syukur

Tak lama lagi anak-anak ibu nak dapat adik. Kakak-kakak dan abg-abg seronok nak dapat adik.

Ibu pun seronok. Dah lama ibu tak beranak ni. Aduhh..takut juga rasanya

Awwabin dah 6tahun sekarang Kakak Asilah 10 tahun. Kakak Assufina 9 tahun. Abang Awwadi 7tahun.

Allahuakbar cepatnya masa berlalu

Terima kasih Ya Allah pinjamkan masa dan ketika yang pernah berlalu

dan sudi meminjamkan lagi masa hadapan untuk ibu,abah dan anak -anak

Semoga semuanya dipermudahkan 

Jangkaan ibu nak bersalin pada 13hb Mei tapi disebabkan kali ni doktor kata ibu ada kencing manis, doktor pesan supaya ibu bersedia untuk melahirkan awal 

Aduh. Ibu takut sebenarnya. Aduh. Doa sahaja ibu panjatkan semoga semuanya dipermudahkan

Anak-anak menemani abah buat kerja pasang bumbung. Ibu kena pun ada sekali. Tapi kejap saja.Ibu nak masuk kerja.



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...