Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Friday 24 August 2018

Majlis Pertunangan. Yeaaayhhh!



Sesekali bila aku dan suami bertikam lidah, bergetar gusi, apa yang aku buat ialah? Jeng jeng jeng... aku kembalikan ingatan-ingatan indah ini. Huurmmm...sejuk hati...sejukkan jiwa.... 
Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.. Terngiang-ngiang bait-bait kata seniman negara P.Ramlee... 
Al-Fatihah untuk arwah, asam garam kehidupan banyak dipertontonkan oleh beliau untuk menjadi pedoman sepanjang zaman...Semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan para solihin...


Jomm Jommm throwback sekejapp...


Salam mesra bersama bakal mertua ku....Sekarang alhamdulillah dah jadi menantu...

Pelukkan hangat buat bondaku tersayang.."Mama" mamalah rasanya yang paling gembira..baju aku ini dibuat oleh mama sendiri...walaupun mama waktu ni dah tak ada kaki kerana penyakit kencing manis...sayang mama..mama telah pergi menemui sang pencipta...ingatan terhadap jasa mama tidak pernah aku lupa..


Si cantik manis berdua ini adalah merupan sepupu ku yang sangat rapat. seingat aku dalam banyak sepupu, merekalah sepupu ku yang sebantal tidur dan semeja makan dengan ku sewaktu zaman kecil-kecilku.. sekarang ni si baju hijau sudah bergelar doktor dan mempunyai dua cahaya mata manakan si baju koko sebagai pembantu perpustakaandi sebuah perpustakaan desa dan masih single dan available...


Ini pula ialah daddy cool aku... dialah abah penjaga ku setelah perpisahan arwah mama dan abah kandungku...terima kasih my daddy cool you are so cool and supportive.. love youuu

Disarungkan cincin oleh bakal mertua...jeng jeng jeng...

Si hero manis lagi kacak ini adalah adik kandungku, hanya kami berdua saudara sedarah sedaging ku...love you bro...muuahhh ckitt!

aku dah lupa, siapa yaa hadiahkan kek nieh? aduhhh...sangat cantik !

hantaran niey? bagi aku sangat sangat cantik..hasil kerja tangan sepupu en.tunang.. kak ija namanya..mmg kreatif dan menarik.....suka sangatt

haa yang niey? geng rapat zaman sekolah..sukanya hati aku sebab biasanya majlis tunang jarang disambut meriah, syukur kawan-kawan rapatku sempat meluangkang masa....rinduu sangat...

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...