Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday 23 March 2022

Buat isteri "turn on"

Macam mana nak isteri "turn on"

Selain asbab ujian Allah ke atas sang suami untuk suami fikir fikirkan cari jalan cari ilmu cari ikhtiar

Satu hal

Suami kena faham

Isteri adalah perempuan

Perempuan adalah perempuan

Perempuan bukan lelaki

Apa maksud?

Maksudnya kena belajar

Belajar kenali wanita perempuan isteri itu bagaimana kaedah hidupnya yang berbeza dengan diri suami

Selain pembacaan

Suami yang ingin mengenali isteri adalah dengan kerap berdamping atau memerhati isterinya samada memerhati secara dekat atau secara jauh 

Melekatlah, mendekatlah atau secara  menjauh tetapi penuh pemerhatian dan pemikiranke atas isteri itu untuk memahaminya

Contoh?

Bila isteri sedang makan

Cuba perhati bagaimana cara dia makan? Apa yang dia suka makan? Apa dia tak suka makan? Apa dia suka lebih? Apa dia suka kurang?

Kemudian fikir dari pemerhatian itu dia makan jenis lambat ke cepat ke gopoh ke gelogoh ke? Kemudian relate kan dengan hidup dia

Fikirkan sesutau dari situ untuk dapat sesuatu info atau ilmu tentang isteri itu ☝️

Lagi contoh

Bila dia berhias diri?

Elok elok sangat ke biasa biasa ke cincai ke teliti ke?

Atau macam mana?

Fikirkan dari situ relatekan dengan dirinya dan dapatkan sesuatu ilmu atau kefahaman tentang isteri itu☝️

Ini contoh contoh suami kena usahakan sebagai cara mengenali isteri tersebut kemudian buat sedikit analisa untuk menghasilkan info tentang isteri

Ada suami

Tak ada masa semua ni☝️

Atau jenis tunggu tunggu tunggu apa sahaja

Tak da idea apa apa untuk belajar sesuatu yang baru

Jadi tidak hairanlah ilmu mengenal wanita tidak masuk ke dalam diri seseorang suami itu

Kenapa penting untuk kenal?

Sebab nya satu sahaja iaitu untuk menakluki isteri itu sebagai jajahan si suami

Ibarat sebuah negeri milik pemerintah

Begitulah si suami

Tahukah selok belok negeri yang dia sedang perintah?

Atau biarkan sahaja apa rakyat di jajah tanahan itu utk berbuat apa apa atau tidak berbuat apa apa

Contoh lain mak mak yang menjaga anak πŸ‘‡ 

Jika dia ada 10 anak

Tapi mak tidak tahu apa yang anak nya suka atau tidak suka

Maka susahlah mak itu untuk mengawal tindak tanduk anak anak nya

Anaknya pasti susah nak di ajak sembang mahupun nak di ajak berbuat apa apa

Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

Tuesday 8 March 2022

Rezeki Rumahtangga

Subhanallah
Alhamdulillah 
Allahuakbar

Allah Maha Baik

Kisahku dan munajat padaNya

Macam biasalah...

Aku niey...

Setiap hari pagi dan malam

Satu bab paling crucial

Pasal "makan"

Apa nak bagi anak anak makan

Apa aku nak makan

Apa laki aku nak makan

Inilah monolog wajib tiap hari dalam diri aku

Kalau hari gaji

Monolog ni tidaklah kedengaran sangatπŸ˜†

Sunyi saja monolog monolog bab ni πŸ‘† bila time bergaji 

Tapi

Bila dah nak masuk tengah dan hujung bulan belum gaji

Mulalah!🀯


Bab makan lah jadi hal

Yalah! Mana taknya, gaji dah habis

Laki aku pun, kalau aku nak tanyakan duit

Sahih sahih aku tahu dia di rumah saja tiada gaji

Rutinnya berkebun, temankan anak-anak, tak pun kerjanya baiki apa apa kerosakan mesin mesin nya, main drone, main motor, test kereta, repair mesin rumput, dan 1001 macam hobi hobinya πŸ€“

So senang cerita, nak cerita nya time kami laki bini kami masing masing poket kosong

Beras pun licin
Telur pun licin

Apapun xdak!

Mulalah!

Aku pon

Zikir zikir zikirπŸ˜†

Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Ya Razzaq 
Ya Razzaq
Astaghfirullah
Astaghfirullah 

Macam peluru berpandu apa sahaja terlintas aku zikirkan xfikir apa apa dah!πŸ™ˆπŸ€£

Nampak tak?

Time ada gaji?

Jangan ingat aku ni nak utamakan zikir. 

Cepat cepat ja berdesup ajak anak anak jom jom p kedai ibu nak belanja eskrim niey!

Zasssss sampai kedaii

Eh?

Xde pulak aku berzikir otw nak kedai?

Yalah!

Duit dah sahih sahih dalam poket

Buat apa lagi zikirπŸ™€

Astaghfirullahh

Aku manusia 😩

Itulah kisah pagi ni aku nak story

Al kisah jam dah nak pukul 7.30pagi

Aku dah nak keluar ke pejabat

Allahuu

Telur dah xda 
Lauk dah xda
Apa pun stok dah xda utk aku tinggalkan utk anak anak dan suami dirumah

Minyak kereta pun nak isi

Memang dah nak habis

Hanya touch n go ada isi

Apa lagi

Zikir
Zikir 
Zikir

Otak jemm zikir sahaja laju laju sambil sambil siapkan pakaian baby dan pek kan pakaian untuk keluar asuhan

Zikir
Zikir 
Zikir

Apa saja aku lintaskan sahaja untuk buang rasa susah hati duit minyak dan stok makanan habis

Sampailah aku gendong baby
Bawa ke pagar
Buka pagar
Start enjin kereta

Tiba tiba

"yong! yong!"

Ada suara memanggil aku

"eh kak ija"

" yong, kau tolong aku yong, kau ambil duit k.ija yaa di bank,boleh yong"

"owh, ok ok boleh k.ija. berapa ambil ni"

"eh, kau ada duit dah yong, kau ambil Rm300, kau pakailah dulu Rm50 kalau kau mahu"

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
πŸ˜“πŸ˜“πŸ˜“
😭😭😭

Aku terus peluk K.Ija

Aku pura pura ketawa terbahak bahak sambil memeluk K.ija dengan kuat

K.ija faham. Pelukan kuat itu kerana aku sedang menahan diri sebak dan terharu

K.ija sama ketawa, ambil lah

Terus aku pon meluru ke atm

Jolokka duit

Bawa pada K.ija dan aku belikan sedikit stok makanan dan isi minyak kereta

Allahu akbar!
Allahu akbar!

Begitulah hidupku!

Andai di tanya padaku tentang rezeki tentang wang tentang rumahtangga

Jawapan ku

Berzikirlah!

Jangan tanya mengapa slogan yang aku laungkan adalah Ikhlas.Cinta.Ilahi

Kerana Allah itu terlalu dekat mencintai membantu dan memberi 

Tiada kata mampu aku luah

Hanya tulisan ku jadi hujah

Andai ku pejam mata wahai Allah

Telah aku berpesan pada semua

Jangan sesekali sesiapa diantara kami yang melupakan Engkau

Aku telah berpesan

Dan aku akan teruskan pesanan ini

Salam sayang 

Ikhlas
Cinta 
Ilahi

YongAyuni
1412
09032022


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...