Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Thursday 10 September 2020

Apa itu PKPD - Pkpd Alor Setar harini

PKPD di Alor Setar 

Sedih pula dapat terima berita ni. Aduh terkenang anak anak tak bersekolah.

Semoga tak merebak luas.


APA ITU #PKPD - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan


-Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.


-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.


-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.


-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.


Justeru, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ringkasan PKPD Pentadbiran Kota Setar. 10 September 2020. 


Mesyuarat Khas Menteri-menteri harini bersetuju melaksanakan PKPD di DAERAH Kota Setar, 12.00malam ini 11 September sehingga 25 September. 


Individu ingin keluar masuk untuk berkerja juga tidak dibenarkan sepanjang PKPD ini. 

Kita galakan majikan benarkan Berkerja Dari Rumah BDR. 


Semua Sektor Pendidikan DITUTUP Sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran ini. Termasuk Institusi Awam dan Swasta. 


Hanya Premis Menyediakan Perkhidmatan Perlu Sahaja Dibenarkan Beroperasi. 


Kenderaan Produk Essential dibenarkan keluar masuk. perlu dapatkan kebenaran. 


Hospital2 Klinik Dibenarkan Beroperasi 


Feri Kuala Kedah TIDAK DIBENARKAN beroperasi. 

sila guna alternatif lain (Kuala Perlis)


Sidang Media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan

10 September 2020 


Telegram COVID-19 Kedah

t.me/Covid19Kedah 


#PKPDKEDAH 

#PKPDkotasetar

#KitaJagaKita 

#KitaJagaKeluargaKita


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

No comments:

Post a Comment

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...