Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Saturday 13 August 2022

Zaman Gelap dan Zaman Cerah seorang isteri

Tak seorang pun di dunia ini yang akan terlepas dari dua zaman ini.

Iaitu zaman gelap dan zaman cerah hidupnya

Gelap ini maksudnya dosa

Cerah ini maksudnya pahala

Cuma jika kita belum sedar, bahawa zaman gelap dan zaman cerah itu wujud, maka kita tidak akan berhati hati dengannya

Namun jika kita sudah tersedar akan kewujudannya. Insyallah kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu kita lakukan

Bagi isteri, zaman gelapnya adalah apabila hatinya penuh dengan dosa bisikan yang buruk dan salah sangka

Selagi dia hidup di alam bisikan buruk dan salah sangka tentang rumahtangganya

Maka zaman gelap itu akan kekal lebih lama 

Bilamana hidup di alam kegelapan, apa yang dirasa?


Pastinya rasa sempit sesak dan tidak mampu bernafas dengan tenang dan gembira

Segeralah kita sedar jalan keluar zaman kegelapan kita, jika tidak merugilah kita di dalam kegelapan itu



ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...