Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday 21 June 2017

Kambing Perap Mabeles!!











Melebarkan sayap perniagaan #rezekikambing dengan produk KAMBING PERAP MABELES!!!
Sedap! Terbaikkkkk pernah anda rasaaaa
Hanya 15 minit siap dihidang

RM30.00 (600gram)
RM35.00 (600gram + mix flavour)
RM50.00 (850gram)

Dengan dua perasa SPICY atau BLACKPEPEPER

COD sekitar Alor Setar (luar Alor Setar pon i ollss boleh hantar...tapi minyaknyer u ollss yerrr heheheheh)


Monday 12 June 2017

Cintai diri

Sebagai manusia, khalifah, makhluk berakal, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Tidak seperti haiwan. Mereka hanya bertindak dan bergerak, ya memang, juga menggunakan ilmu akal mereka. Tetapi tidak sampai kepada mereka untuk mengatur seluruh alam di sekeliling yang ada. 

Berbanding manusia, manusia itu perlu memerhati, menilai, menaakul dan akhirnya membuat keputusan untuk melangkah dan bertindak. 

Seorang bapa contohnya, akan berikhtiar hidup untuk setiap yang di bawah kekuasaannya mahupun yang di bawah penjagaan dan peranannya, Begitulah juga bagi setiap jawatan atau apa sahaja peranan yang dimainkan oleh manusia sendiri.

Manusia itu pertama sekali perlu SEDAR DIRI. Siapakah dia? 
Kemudian perlulah pula KEMAHUAN DIRI. Apakah ia?
Seterusnya ingat UNTUK APA? Perlukah untuk?
Akhirnya gapai GAGAL ataupun BERJAYA?

Permasalahan pokok ini jika tidak dapat diselesaikan, mungkinkah perjalanan yang dituju itu digapai?
Atau mungkin tembok dan tebing-tebing akan terpaksa diteroka dengan sukarnya dan akhirnya kesukaran itu membuatkan manusia mengalah dan kembali semula menyamai haiwan yang sekadar hidup apa adanya untuk nya dan bukanlah untuk insan jagat sekelilingnya.

Maka kerana itu pokok persoalan yang utama perlu jelas dan difahami. Supaya kecintaan akan timbul. Keinginan akan ada.Keupayaan akan menjadi luar biasa dan seterusnya menjadi roda-roda yang sentiasa berputar menuju destinasi yang berjaya dan bahagia.

Mencintai dan teruskan mencintai, itulah akar tunjang pohon-pohon hidup supaya sentiasa rendang dan supaya terus membuahkan hasil yang hasilnya bukan untuk diri sendiri sahaja malahan adalah untuk alam jagat yang disekeliling manusia itu jua..

Mencintai diri sendiri yang telah difahami itu tadi, menghasilkan buah amal yang dapat sama-sama dinikmati oleh setiap makhluk lainnya

"Perjuangan seorang pejuang adalah memperjuangkan dan apa yang diperjuangkan bukanlah untuk nya tapi adalah untuk apa yang dicintainya"




Monday 5 June 2017

Mendekati mati yang pasti

Dalam mencapai cita-cita hidup yang tak pernah habis, sesekali terasa kepenatan, kejerihan, keperitan, kepayahan..cita-cita yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kemudian mati jua seberapa ketika. Itukah cita-cita?
Cita-cita yang selama mana ingin dikejar? ingin dikendong? ingin digapai?

Akhirnya ke kubur jua singgahan abadi...
Apakah ini keluhan seseorang yang berputus asa?

Tidak, sama sekali tidak. Inilah hakikat.

Bila mana hakikat ini dicapai maka akan menghampirkan manusia ke arah cita-cita abadi, mengumpulkan bekalan, mengumpulkan amalan, mengumpulkan segala jenis kenderaan untuk melalui jalan asing  menuju destinasi abadi.

Cukupkah solatnya? qadonya? puasanya? zakatnya?

Sebagai mukmin sejati , kematian adalah pintu dari pintu-pintu syurga. Maka kerana itulah mendekati mati adalah perkara mahupun cita-cita mutlak yang akan digapai dengan penuh jayanya.Bukan bermakna "berjihad" dengan bom ataupun senjata,namun bercita-cita menemukan pengakhiran yang penuh bekal dan ilmu alam untuk menghadapi alam yang ke seterusnya.


Penatnya merapikan rumahtangga!

Allahu akbar..Hanya Allah Maha Tahu, kehadiran 4 cahaya mata aku sememangnya amat aku syukuri, namun Ya Allah, bantulah hambamu ini di dalam mentadbir urus urusan rumahtanggaku, sungguh aku gagal, gagal, dan gagal..selamanya kah Ya Allah kegagalanku ini?
 Kain baju yang berbakul-bakul, pinggan mangkuk yang menimbun, sampah di lantai, air yang tumpah, sampah di dapur, sampah di tandas.....Allllahhhh....sungguh aku gagal menguruskannya dengan baik.... Masa bagi ku kini amat-amat bernilai, sangat-sangat aku perlukan masa. Masa yang senggang untuk aku uruskan semuanya, syukurlah awliya juga semakin besar, sudah mampu aku arahkan bantuan darinya, namun kerenah si kecil berdua awwadi dan awwabin yang meragam merengek dan menjadikan segalanya sebagai mainan mereka amat-amat mencabar kegagahanku untuk menjadi supermom buat mereka. Anak oh anak...sekarang ibu sudah merasa jerih dan perihnya bergelar ibu,sebelum ini ibu memandang ringan tugasan seorang ibu, bagi ibu segalanya bisa ditanggung beres..segalanya seperti memakan kacang..sehinggalah ibu bersama kalian..melahirkan kalian dengan jarak yang amat dekat..sekarang ibu merasakannya....oh tak mampu ibu menerima kehadiran tetamu di rumah pada saat anak-anak sedang berkecamuk, di saat rumahtangga berselerakan segala susun atur...sungguh-sungguh ibu takut para tetamu pengsan melihat "kebahagiaan' kita menyepah-nyepahkan rumahtangga... namun inilah kenyataan bagi ibu sekarang...apapon..anak-anak ibu, ibu terima ini semua bagi ibu ini adalah pengalaman yang cukup berharga cukup indah yang perlu ibu lalui dengan jayanya...Sekali sekala keluhan ibu ini sekadar melepaskan lelah, tetap akan ibu gagahi dan menjadi supermom untuk anak-anak ibu dan keluarga kita...Satu sahaja pengharapan ibu sepenuhnya kepada Allah semata-mata semoga ibu kekal tabah kekal gagah melakukan segalanya ikhlas keranaNya.....hanya redha itu sahajalah ganjaran yang setimpal yang ibu tagihkan dan semoga anak-anak ibu tidak menuntut amanah yang tidak mampu ibu tunaikan di atas segala kelemahan yang ibu miliki. Ya Allah bantulah aku, jadikanlah usiaku ini di dalam redha dan rahmatMu semata-mata...peliharalah anak-anak ku sebagaimana Engkau memelihara segala isi langitMu...

















Sunday 4 June 2017

MencariMu


Sejak aku bergelumang di kancah hiruk pikuk itu, aku semakin bingung
Rupanya ketenangan jua yang aku tagihkan
Bukannya hiruk pada dunia
Bukannya pikuk pada harta
Aku ingin jauh meninggalkanmu kerana aku semakin merinduiNya
Tuhan
Layakkah aku mendampingiMu
MenyayangiMu
Bersamamu
Sudilah kiranya menerimaku





BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...