Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Monday 14 September 2020

PENGALAMAN IBU AYAH BERPISAH

 HIKMAH IBU AYAH BERCERAI BERAI


Waktu tu umur saya menginjak ke 13tahun


Waktu di mana terlerai ikatan perkahwinan mama dan abah


Seusia meningkat remaja itu,hanya satu yang saya ingat iaitu "Malu"


Ya malu


Saya sangat malu.Malu pada kawan kawan yang bertanya.


Air mata kesedihan mengalir mengenangkan mama dan abah berpisah


Malam kejadian sewaktu abah membacakan syarat syarat sekiranya mama masih degil mahukan perpisahan masih segar dalam ingatan


Berbagai syarat abah letak kan dengan harapan mama berubah pendirian


Namun tidak.Ya mama memang nekad.Nekad mahu berpisah dengan abah


Malam itu saya menangis merayu pada mama dan abah.Janganlah berpisah


Tapi tiada apa yang mampu merubah keputusan mama


Lama saya ambil masa untuk hilangkan kesedihan


Zaman remaja saya dilalui dalam perpisahan mama dan abah


Banyak yang dilalui,biarlah saya ringkaskan sahaja iaitu sekarang di fasa perkahwinan saya sendiri sudah semakin faham dan seolah olah faham mengapa jalan perpisahan yang mama pinta


Tiada lain melainkan tiada lagi istilah sehati dan sejiwa


Ya.Itu sahaja.


Mama dan abah selalu bertikam lidah


Jarang sekali rumahtangga mereka aman


Seawal 5tahun saya sudah ingat mereka sering bergaduh


Bertikam lidah dan tidak sependapat


Dalam bermacam hal mereka bercanggah


Dari situ saya kini belajar untuk banyak mendengar dan tidak cepat menjawab dan bertelagah


Dan rasanya rezeki saya suami juga mempunyai sikap begitu


Bilamana suami juga akan diam dan tidak melatah apabila saya melepaskan amarah


Kadang kadang tidak mampu terfikir akal


Apakah ini semua kehendak Allah Yang Maha Segala yang mahu memanjangkan atau memendekkan jodoh manusia


Itulah yang saya suka fikirkan


Semata mata Allah masih menginginkan rumahtangga aman tenteram maka Allah kendurkan lidah pasangan dari cepat bertikam lidah


Mana tidaknya hanya semata mata kerana lidah hati dan jiwa raga manusia saling berkecemuk dan tidak tenteram


Benar lah pesan Imam Alghazali bahawa yang paling tajam itu adalah lidah


Kepada para suami,yang diberi akal yang lebih dan lebih juga kaum lelaki dalam segala hal


Diharap sangat para kaum lelaki dapat menahan lidah


Biarkanlah sekejap amukan isteri


Tidak setara mana amukannya melepas perasaan.Sebentar akan hilang selepas dipujuk dan dirayu


Begitulah wanita, lemah dan terlalu banyak silap nya


Pengakhiran kisah mama dan abah


Masing masing keduanya berkahwin lain dan membina keluarga kedua


Ikhlas.Cinta.Ilahi

YongAyuni

21Ogos2020

1839pm


Kepada para suami dan isteri yang sedang berusaha memujuk rayu pasangan. Di sini dikongsikan kaedah dan tips untuk anda santuni. Rumahtangga adalah jambatan ke syurga. Selama Allah dan RasulNya bertakhta di jiwa setiap isi keluarga

https://t.me/tintaisteri


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–


Saturday 12 September 2020

Listen to Al Quran

 ```Ini link murottal Alqur'an 30 juz tanpa harus download,

tinggal play saja. 


Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO

Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ

Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF

Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3

Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3

Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs

Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC

Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o

Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu

Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH

Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y

Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby

Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ

Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA

Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM

Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG

Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz

Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc

Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95

Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc

Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO

Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP

Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm

Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5

Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf

Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2

Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno

Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai

Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF

Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc


Silakan disebarluaskan semoga menjadi amal jariah bagi kita semua.. 🀲🏼🀲🏼🀲🏼```



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

Thursday 10 September 2020

Apa itu PKPD - Pkpd Alor Setar harini

PKPD di Alor Setar 

Sedih pula dapat terima berita ni. Aduh terkenang anak anak tak bersekolah.

Semoga tak merebak luas.


APA ITU #PKPD - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan


-Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.


-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.


-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.


-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.


Justeru, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ringkasan PKPD Pentadbiran Kota Setar. 10 September 2020. 


Mesyuarat Khas Menteri-menteri harini bersetuju melaksanakan PKPD di DAERAH Kota Setar, 12.00malam ini 11 September sehingga 25 September. 


Individu ingin keluar masuk untuk berkerja juga tidak dibenarkan sepanjang PKPD ini. 

Kita galakan majikan benarkan Berkerja Dari Rumah BDR. 


Semua Sektor Pendidikan DITUTUP Sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran ini. Termasuk Institusi Awam dan Swasta. 


Hanya Premis Menyediakan Perkhidmatan Perlu Sahaja Dibenarkan Beroperasi. 


Kenderaan Produk Essential dibenarkan keluar masuk. perlu dapatkan kebenaran. 


Hospital2 Klinik Dibenarkan Beroperasi 


Feri Kuala Kedah TIDAK DIBENARKAN beroperasi. 

sila guna alternatif lain (Kuala Perlis)


Sidang Media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan

10 September 2020 


Telegram COVID-19 Kedah

t.me/Covid19Kedah 


#PKPDKEDAH 

#PKPDkotasetar

#KitaJagaKita 

#KitaJagaKeluargaKita


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

Tuesday 8 September 2020

SAYANG USOP #sayangusop

Siapa yang belum kenal USOP? 

Yang terlepas MENTOR 2017 pasti tak pernah kenal dengan USOP. (Sayalah tue:) 

 Tapi sekarang BIGSTAGE2020 USOP sekali lagi mencuba nasib. 

Apa yang menarik tentang si USOP niey? Heboh pasal USOP. SATU SAJA -IKHLAS 

Ya keikhlasan USOP dalam menyampaikan nyanyian dan juga dalam perwatakan USOP sememangnya sangat genuine dan pure! Serius! Cubalah tengok video video interview dan persembahan USOP. 

Jawapan spontan USOP sangat ikhlas pure. Kadang-kadang nampak blur pun banyak.hehe.Apapun itu yang buatkan USOP soo cute 

Satu lagi USOP juga selalu meniti di bibir ucapan Alhamdulillah di atas setiap pujian juri juri kepadanya Diharap sangat USOP bakal juara BIGSTAGE2020 dan membuktikan bahawa dia yang dulu digelar artis kampung mampu menang dan menawan hati para juri dan rakyat Malaysia. 

Lepas ni USOP, teruskan pula menyertai banyak lagi pertandingan 

Semoga USOP sampai ke INTERNATIONAL. 

Usop kan ade cita cita nak kahwin minah salleh gitu.. ha kita doakan USOP K GUYSSS..
https://www.xtra.com.my/hiburan/single-terbaru-usop-selamanya-sambung-kisah-aku-yang-bersalah/ - credit gambar

ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...