Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Tuesday 4 July 2017

Alergi punya hal!


Jangan ada yang terkejut yer tengok gambar niey. Ini yang terjadi pada aku sewaktu aku travel ke Terengganu suatu waktu dulu. Huhu...

Memang menggerunkan, ada yang kata aku diludah jin. Seriau jugak dengar. Tapi sebenarnya ini adalah kerana kulit muka aku yang sensitif. Yang jadinya begini  dek kerana habuk hama di lantai. Waktu tu, aku tinggal di musolla melepaskan lelah sambil berbaring di lantai musolla tanpa apa apa beralas. Jadi aku dapat rasa hama-hama di lantai permaidani tu seolah olah menari ramba di kulit wajah. Tapi dek kerana penat berjalan. Aku abaikan. Nak dijadikan penambah perasanya pula, aku selepas hilangkan lelah di situ, aku terus mencari kedai untuk menikmati juadah nasi dagang di sana. Al maklumlah negeri Terengganu aman permai memang terkenal dengan nasi dagang yang memang aku minati. Apa lagi, tak sampai 2 jam, terus muka aku semakin mengembang dan gatalnya tuhan jer tahu. Aku cepat-cepat dapatkan air suam bergaram. Aku basuh muka aku untuk hilangkan gatal. Sehari kemudian aku bertolak pulang ke Kedah. Segera aku ke hospital. Alhamdulillah..selepas mendapat suntikan alergi, kulit aku semakin normal...huhuhuh.... 









Monday 3 July 2017

Dewasa dan tua

Bismillahhirahmanirrahim...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Seiring peningkatan usia,aku dapati banyak yang aku belajar, terutama bagaimana mengawal dan bertindak menggunakan akal dan kemahuan. Tidak seperti waktu aku masih belum tua dan dewasa.Aku banyak mengikut keinginan dan kerakusan. Rakus dalam apa sahaja ingin dibuat tanpa memikirkan sesaat akan kesan pada tindakan itu. Natijahnya apabila dewasa dan tua sekarang aku menerima impaknya. Walaupun begitu, tiada kekesalan bagi aku, kerana bagiku ini semua hanyalah sebahagaian daripada ilmu-ilmu hidup. Ilmu inilah yang mencapaikan aku pada tempoh dewasa dan tua. Bilamana dewasa dan tua ini aku semakin tenang, semakin teratur dan yang lebih penting semakin "cool" dan "steady". Tiada lagi hiruk-pikuk pada perkara yang aku kejarkan. Semakin kurang penat lelah pada setiap urusan dan lebih penting sekarang adalah bagaimana menghadapi dewasa dan tua yang lebih bermakna untuk aku bekalkan menjadi dewasa tua dan berguna pada masa akan datang selanjutnya.InsyaAllah dengan izinNya...

Menjengah kisah muda yang aku rakuskan kisah ini berlaku pada tahun 2009, di mana waktu itu aku baru sahaja dilantik sebagai penjawat awam, Syukur alhamdulillah. Sebelum itu, aku adalah seorang usahanita yang tidaklah hebat cukup sekadar di dalam poket sentiasa berisi wang harian mencecah ratusan ringgit lantaran perniagaan pemasaran yang aku lakukan. Setiap kali ada pelanggan maka adalah komisyen untuk aku, Sudah pastinya, hari-hari aku didatangi pelanggan dan hari-hari juga lah aku berisi wang di dalam poket. Agak membahagiakan.

Kisah sadisnya bermula apabila aku menjejakkan kaki ke putrajaya sebagai penjawat awam, aku di ajak seorang rakan. Katanya jom makan-makan, Aku pula mengajak seorang lagi rakan juga dengan mengatakan, jom kita makan-makan. Rupanya di sana adalah tempat makan-makan bagi sekumpulan peniaga meniaga larut malam iaitu MLM (multilevel marketing). Disana aku diperkenalkan dengan rakan-rakan penjawat awam yang sudah kebanyakkannya berhenti kerja gara-gara ingin fokus pada perniagaan yang menebalkan poket berbanding gaji sebagai penjawat awam. Aku, terpinga. Melihat deretan kereta mewah Nissan GTR, Z4, Mini Cooper dan lain-lain lagi. Terimbau kenangan aku menjadi usahanita sebelum ini yang juga poket sentiasa tebal berisi wang berbanding sekarang sebagai penjawat awam bergaji bulanan yang amat menyesakkan menanti bulan ke bulan. Akhirnya aku turut bersama mereka ingin merasai kehidupan berpoket tebal dan berkeretawa mewah sebegitu. Dalam masa tidak sampai sejam perjumpaan kali pertama itu, aku menurunkan tandatangan mengisi borang pinjaman bank berjumlah RM50K untuk perniagaan tersebut. Dimana RM41K untuk nilai wang perlu aku belanjakan membeli produk manakala bakinya untuk aku gunakan sendiri untuk perniagaan yang aku jalankan sebelum ini yang perlu aku langsaikan segala tunggakan pernigaan yang aku sudah berhentikan.Perjalanan bermula dengan lancar apabila aku berjaya mendapat rakan niaga, aku mendapat pulangan wang sebanyak RM13K untuk seorang rakan tersebut. Selepas dari itu, aku mendapat pula RM1K dari seorang lagi rakan niaga baru. Kemudian, ditakdirkan, permohonan aku untuk berpindah semula ke kampung halamanku berjaya. Maka aku pun meninggalkan Putrajaya dengan harapan aku akan meneruskan perjalanan ku di dalam MLM ini sampai ke kampung halamanku. Namun, sangkaan ku meleset. Apabila aku di kampung, aku sudah tidak lagi berhubungan dengan rakan-rakan niaga di Putrajaya dek kerana urusan bersama keluarga bila mana ibu aku jatuh sakit dan memerlukan perhatian yang agak rapi. Maka tamatlah cita-cita aku ingin berkereta mewah di Putrajaya. Namun tinggallah aku masih sebagai penajwat awam yang perlu membayar hutang itu selama 15tahun. Sungguh aku ketawa sendiri sekarang. Betapa aku sangat mudah dan rakus pada keinginan yang tinggi namun tanpa perancangan yang rapi.

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...