Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday, 20 August 2025

Mama yang PENUH CINTA dan CITA CITA

Aku bersyukur Ya Allah, dipinjamkan rahim mamaku dan menjadi anaknya

Ingin aku nukilkan tentang mamaku yang penuh CINTA dan CITA CITA

Rasa rugi jika tidak disampaikan kepada semua inspirasi CINTA dan CITA CITA mama


Mama dan Abah


2 insan pertama yang mengenalkan aku dengan kehidupan ini


Mama yang penuh CINTA dan CITA CITA

Abah yang penuh PENGORBANAN dan KESABARAN


Sejak muda, mama dikampung terbiasa bekerja sendiri

Keluarga mama ada kedai runcit di Kampung Lanai, Parit Panjang Baling Kedah

Mama pula sejak remaja pandai menjahit

Mama menjahit pakaian, langsir, cadar dan pelbagai lagi yang mama sukai, mama jahit sendiri

Yang paling menarik, bila mama bercerita mama ada simpanan duit sendiri hasil jahitan itu yang sejak muda telah mama mula menjahit dan mendapat wang


Bila mama dan abah berkahwin, mama dan abah berpindah dari kampung dan tinggal di rumah sewa kampung di Kampung Berjaya Alor Setar Kedah


Waktu di rumah Kampung Berjaya, mama membuat kuih dan meletakkan di pasar

Waktu ini abah dah bekerja kerajaan sebagai pemandu bas di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah


Kata Tok Bedah (emak kepada mama) " Mak hang tu bukan reti pun masak, tapi belajar buat kuih untuk jual"


Huhuh... Tok kata lagi, "Kuih mak hang tu tak jadi pun, tapi orang beli"


Haha.. aku tergelak dengar celoteh Tok


Dalam kisah yang Tok sampaikan itu, aku kagum


Kagum dek kegigihan Mama yang suka bekerja dan beraktiviti


Tak tahu berapa lama jaraknya masa, mama dan abah berpindah pula ke Taman Nuri, Alor Setar Kedah


Di Taman Nuri ini, aku bersaksi mata sendiri kegigihan mama


Mama mula menjahit semula, agaknya sebab rumah Taman Nuri ini agak luas berbanding rumah Kg Berjaya yang mungkin sempit tak sesuai untuk menjahit


Di Taman Nuri, aku masih ingat, setiap kali Hari Raya Aidilfitri terutamanya, mama akan melepaskan aku dan adik berjalan raya di sekitar rumah jiran


Manakala mama pula berkurung di dalam rumah menghabiskan jahitan..huhu...kesian mama...


Selain tempahan jahitan individu, mama juga mendapat tempahan jahitan pukal pakaian sekolah jenama KAMDAR, masih aku ingat betapa banyaknya cenderahati percuma yang berjenama KAMDAR ada di dalam rumah....huh...rinduuu.....!


Tak cukup dengan menjahit, masih aku ingat mama dan abah mengusahakan proses kacang soya dibuat tau fu fah


Ada satu hari, entah macam mana sewaktu memproses, periuk meletup dan meletus habis ke dinding rumah


Tak lama projek kacang soya itu berjalan, akhirnya mama fokus semula ke kerja jahitan

 Dalam kesibukan kerja, mama kerja menjahit, abah kerja memandu


Mama dan Abah teruji, dan aku saat itu beserta adik aku dalam lingkungan usia 12-13 tahun


Mama dan Abah bercerai.....








Yong dan Mama di tapak letak kereta yang diusahakan mama setelah berhenti menjahit kerana mengusahakan projek terkini ini



Yong dan mama, waktu ini mama dah potong kaki kerana kencing manis, sambutan kecil birthday mama


Mama dan buah hati pilihan hati mama selepas perceraian dengan Abah, Al Kisah abah  adalah  pilihan keluarga untuk mama, berlaku pergolakan di alam perkahwinan yang agak kritikal dan membawa kepada perceraian



Mama segak bergaya bersama kereta Proton Saga di permulaan hidup mama dan abah di Alor Setar


Mama segak bergaya melaram di kereta terbaru dengan projek tapak letak kereta




Sebelum ajal menjemput Mama sempat bergaya dengan kereta berjenama Porshe (bukan mama beli, abah baru beli, abah baru juga seorang usahawan)





Baju kahwin aku dan suami hasil air tangan mama...Sayang mama...... cinta sampai mati bersambung di syurga nanti...... Pertemuan semula pasti tiba...Yong sayang mama, rindu sampai bila bila....





No comments:

Post a Comment

Mama yang PENUH CINTA dan CITA CITA

Aku bersyukur Ya Allah, dipinjamkan rahim mamaku dan menjadi anaknya Ingin aku nukilkan tentang mamaku yang penuh CINTA dan CITA CITA Rasa r...