HIKMAH IBU AYAH BERCERAI BERAI
Waktu tu umur saya menginjak ke 13tahun
Waktu di mana terlerai ikatan perkahwinan mama dan abah
Seusia meningkat remaja itu,hanya satu yang saya ingat iaitu "Malu"
Ya malu
Saya sangat malu.Malu pada kawan kawan yang bertanya.
Air mata kesedihan mengalir mengenangkan mama dan abah berpisah
Malam kejadian sewaktu abah membacakan syarat syarat sekiranya mama masih degil mahukan perpisahan masih segar dalam ingatan
Berbagai syarat abah letak kan dengan harapan mama berubah pendirian
Namun tidak.Ya mama memang nekad.Nekad mahu berpisah dengan abah
Malam itu saya menangis merayu pada mama dan abah.Janganlah berpisah
Tapi tiada apa yang mampu merubah keputusan mama
Lama saya ambil masa untuk hilangkan kesedihan
Zaman remaja saya dilalui dalam perpisahan mama dan abah
Banyak yang dilalui,biarlah saya ringkaskan sahaja iaitu sekarang di fasa perkahwinan saya sendiri sudah semakin faham dan seolah olah faham mengapa jalan perpisahan yang mama pinta
Tiada lain melainkan tiada lagi istilah sehati dan sejiwa
Ya.Itu sahaja.
Mama dan abah selalu bertikam lidah
Jarang sekali rumahtangga mereka aman
Seawal 5tahun saya sudah ingat mereka sering bergaduh
Bertikam lidah dan tidak sependapat
Dalam bermacam hal mereka bercanggah
Dari situ saya kini belajar untuk banyak mendengar dan tidak cepat menjawab dan bertelagah
Dan rasanya rezeki saya suami juga mempunyai sikap begitu
Bilamana suami juga akan diam dan tidak melatah apabila saya melepaskan amarah
Kadang kadang tidak mampu terfikir akal
Apakah ini semua kehendak Allah Yang Maha Segala yang mahu memanjangkan atau memendekkan jodoh manusia
Itulah yang saya suka fikirkan
Semata mata Allah masih menginginkan rumahtangga aman tenteram maka Allah kendurkan lidah pasangan dari cepat bertikam lidah
Mana tidaknya hanya semata mata kerana lidah hati dan jiwa raga manusia saling berkecemuk dan tidak tenteram
Benar lah pesan Imam Alghazali bahawa yang paling tajam itu adalah lidah
Kepada para suami,yang diberi akal yang lebih dan lebih juga kaum lelaki dalam segala hal
Diharap sangat para kaum lelaki dapat menahan lidah
Biarkanlah sekejap amukan isteri
Tidak setara mana amukannya melepas perasaan.Sebentar akan hilang selepas dipujuk dan dirayu
Begitulah wanita, lemah dan terlalu banyak silap nya
Pengakhiran kisah mama dan abah
Masing masing keduanya berkahwin lain dan membina keluarga kedua
Ikhlas.Cinta.Ilahi
YongAyuni
21Ogos2020
1839pm
Kepada para suami dan isteri yang sedang berusaha memujuk rayu pasangan. Di sini dikongsikan kaedah dan tips untuk anda santuni. Rumahtangga adalah jambatan ke syurga. Selama Allah dan RasulNya bertakhta di jiwa setiap isi keluarga
https://t.me/tintaisteri
No comments:
Post a Comment