Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday, 31 December 2025

Urus Hati Sebelum Urus Wang

Tak ramai suka bersembang tentang urus hati

Tapi kalau lah ramai yang tahu

Bab urus hati lah topik yang paling paling utama perlu disembang sembangkan sebelum nak sebut dan sembang sembang bab wang


Hati dan wang sangat terkait

Hati dan kehidupan yang senang dan mudah sangatlah terkait


Ibarat magnet yang menangkap besi dengan erat


Begitulah bab hati kita dan kewangan kita

Dan bukan sahaja kewangan

Malahan apa apa jua rezeki adalah magnet dengan hati kita


Hati kita sangat lah berharga melebihi segala harta yang mampu kita dapatkan 

Hati ini lah sebenarnya harta paling mahal dan paling berharga perlu kita jaga


Kalau tak percaya. CUBALAH sendiri


Macam mana nak cuba?


Pertama


Cuba biarkan hati marah dan sakit lama lama?

APA YANG AKAN JADI?


1. KITA AKAN JADI SAKIT HATI

2. KITA AKAN JADI MALAS BANGUN DARI TEMPAT TIDUR

3. KITA AKAN JADI MALAS FIKIR KEBAIKAN

4. KITA AKAN JADI MALAS BERSEMBANG DENGAN KAWAN KAWAN 

5. KITA AKAN JADI MALAS BERTEMU DENGAN SIAPA SIAPA


Inilah diri kita bila hati kita sakit, marah, geram, kecewa atau paling parah DENDAM!


Nak biarkan hati ini berapa minit? berapa saat? berapa hari ? berapa jam? berapa minggu ? berapa tahun?


Terpulang lah pada diri kita sendiri tentukan


Jika lagi lama kita simpan hati ni, natijahnya?


Hilanglah rezeki rezeki yang sebenarnya sedang nak masuk dengan laju


Sebab hati yang macam ni


Rezeki kita pun tersangkut di pintu rumah sahaja


Tak mampu masuk ke dalam rumah dan kedalam perut dan tabung kewangan kita


Kerana pintu rezeki kita iaitu hati masih tertutup tan terkurang dek kesakitan kesakitan tadi


Percaya tak niey?


Cuba lah


Maafkan sesiapa sahaja yang menyakiti

Pulihkan lah hati sendiri


Hati kita kan?


TAKKAN LAH ADA ORANG LAIN NAK SUDI JAGA?


Kita lah sahaja sendiri menjaga hati kita


Letak keyakinan kita


Hati aku MAHAL


Aku takkan isikan dengan apa apa saja keburukan 


NO WAYYY!!


Aku isi yang baik baik saja


Selamat Beramal ya kawan kawan


Semoga andai lapang rezeki anda asbab penulisan ini


Kak Yong lah orang terpaling bahagia, kerana Kak Yong juga akan mendapat tempias perkongsian ilmu yang amat besar ini


Terima kasih semua sudi baca sampai habis


Hingga kita jumpa lagi di penulisan yang lain pula


Ingat!! Jaga hati sendiri! Pintu rezeki pun terbuka luas untuk setiap rezeki mendatangi


Selamat Tahun baru 2026. Selamat Menjemput Rezeki!




Mentor kejayaan hati yang unggul, buahnya rezeki yang lebat



Biar dihina dan dicaci terus melangkah tidak menoleh melayan basa basi...




Tidak pernah kenal dendam dan sakit hati..hanya yang difokuskan cita cita di dalam diri


tidak pernah dipedulikan fitnah dan adudomba yang dia tahu hanya impian dan keinginannya

dia tahu apa yang dia mahu dan dia atur langkah yang perlu





Terima kasih kalian yang mengajarkan ku.. HATI ITU EMAS DAN MAHAL

Jemput dapatkan PERKONGSIAN VIDEO - URUS WANG GAYA PAKAR bersama Kak Yong dan team RWB ELIT LADY TRAINING CENTRE 




Salam Sayang

Ikhas

Cinta

Ilahi


1531pm

01/01/2026









No comments:

Post a Comment

Urus Hati Sebelum Urus Wang

Tak ramai suka bersembang tentang urus hati Tapi kalau lah ramai yang tahu Bab urus hati lah topik yang paling paling utama perlu disembang ...