Kalau tak pernah dengar luahan hati isteri, apakata masuk ke telegram TINTA ISTERI TERCINTA.
Mana tahu ada yang perlukan ilmu memahami wanita ayuh saling bergabung membantu diri anda mengenali hati wanita
Mengapa mereka marah, sedih,sayang, cinta dan sebagainya seribu satu rasa yang ada dalam diri wanita
Jom jemput singgah ke channel ini
Entry terkini di channel TINTA ISTERI TERCINTA
👇👇👇
Bila suami marah
Ada yang jenis tengking
Ada yang jenis diam
Ada yang jenis pulaukan
Ada yang jenis bagitahu pada orang lain
Ada juga yang jenis pukul
Salah ke suami marah?
Berdosa ke kalau suami marah isteri?
Pada saya tak salah dan tak berdosa
Tapi setakat itu sajakah?
Marah isteri kemudian biarkan isteri menyedut amarah itu berhari hari
Pada saya,boleh marahkan isteri
Tapi biar setimpal dengan kasih dan cinta yang pernah diberi
Jangan pula sampai tak pernah marah isteri
Memang ke laut lah sang isteri
Suami mesti tahu
Kadang kadang isteri berdampingan dengan syaitan
Kadang kadang sahaja berdampingan dengan malaikat
Jadi isteri boleh saja terdorong sikap syaitan dan adakala pula terdorong sikap malaikat
Sebab itulah para suami penting untuk bijak dan waras
Jangan turut hanyut bersama isteri
Contoh, sebelum marah, suami perlu ada sikap sikap yang membuatkan isteri terharu atau jatuh cinta pada suami contohnya
Sikap suami yang buatkan isteri suka iaitu belikan juadah atau belikan pakaian ataupun ciuman kejutan atau berbagai bagai lagi yang isteri suka dari suami tak terhitung banyaknya perkara buat isteri jatuh cinta
Sangat sangat wajib untuk suami menabur dedak dedak sedap sebegini kepada isteri
Kemudian barulah sesuai suami untuk marah isteri bilamana isteri buat kesilapan
Jangan pula seharian hidup isteri sudah tertekan dengan suami yang tak pandai buat isteri jatuh cinta, kemudian suka suka hati pula hendak marah bila isteri buat silap
Memang tak kena gayanya kalau begitu
Isteri bukan sahaja akan sakit hati malah isteri juga akan terus bertemankan syaitan di dalam hatinya
Isteri akan hilang arah dan lebih sedih istei pasti akan jatuh sakit
Samada sakit hati yang memedihkan atau membawa kepada sakit fizikal kerana tekanan perasaan
Ikhlas.Cinta.Ilahi
YongAyuni
No comments:
Post a Comment