Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Saturday 4 March 2017

Suara

Jelas atau samar
Engkau menyapa
Tiba-tiba
Ada
Tiba-tiba
Hilang

Kau ada atau engkau tiada
Sama sahaja

Aku ada jiwa
Aku ada rasa

Tanpa kau
Aku tetap aku
Berjalan
Menuju
Keinginan hati ku ilmu ku akal ku

Kau
Suara
Diamlah di sana
Diamlah di sini
Diamlah di mana mana

Kerana aku ada aku
Aku ada sesuatu yang engkau sendiri tidak tahu
Dan tidak perlu kau ambil tahu

Diamlah suara
Aku adalah pemenangnya
Engkau hanyalah samar bayang

Yang akan hilang dan menghilang jua


Wednesday 1 March 2017

Mencari damai

Damai

Suatu rasa
Bila ada
Nyamannya
Bila tiada
Terasa tiada sesiapa

Damai
Ada pada jiwa
Pada segenap rasa
Didalam hati yang penuh cinta

Damai
Moga engkau sentiasa ada
Meneman di lanjutan usia
Masih berbaki masih ada

Damai
Jangan kau pergi

Damailah kau di hati....


ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...