Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Tuesday 21 June 2022

Pengalaman di "reject" isteri

Sedihnya bukan kepalang

Isteri dambaan yang disangka akan menjadi penyejuk mata suami

Rupa -  rupanya isteri yang "sakit"

"Sakit" mentalnya dan fizikalnya

Sakit  yang tidak terluah kata-kata

Sakit yang hanya di lihat melalui sikap dan kelakuan yang menjauhkan diri dari suami

Sakit yang menyebabkan si suami tidak dapat menyentuh tubuh isteri sendiri

Sakit yang sampai si suami hanya mampu memandang isteri tapi tidak mampu menjamah tubuhnya

Itulah isteri yang sakit

Tetapi apakah disedari oleh si suami?

Ketahuilah, sakit si isteri itu jika dibiarkan bukan sahaja memakan diri si isteri tetapi akan merobek juga si suami

Akhirnya apa yang akan berlaku seterusnya adalah retak menanti belah. 

Ketahuilah para suami para isteri

Apa yang sedang berlaku adalah soal hati 

Hati yang tidak dirawat dan tidak disirami dengan keperluan yang sewajarnya

Maka kerana itulah hati tandus gersang dan menunggu mati.


Wednesday 1 June 2022

Tips memikat wanita

 1. Berikan pujian pada sekecil perkara yang awak lihat darinya 

Contohnya, " Cantiknya awak, segar saya nampak awak pagi ni"

2. Berikan hadiah sekalipun sekecil kecil hadiah

Contohnya belikan coklat Cadbury yang paling kecil sahaja akan sudah membuatkan si wanita luluh hati terhadap anda

3. Berikan kata-kata yang membuat dia tenang

Contohnya kata kata dengan menggunakan suara lembut dan tidak keras

4. Tunjukkan sikap yang matang 

Contohnya awak tunjukkan awak melakukan solat atau bersedekah ataupun melayani orang tua dan kanak-kanak dengan baik dan ramah mesra

5. Berikan idea yang bernas dan berkualiti

Contohnya awak memberikan idea atau cadangan yang sesuai dan mengena kepada sesuatu hal yang sedang wanita itu hadapi


Jika berjaya anda lakukan hal ini, pasti wanita idaman sentiasa di dalam genggaman


Ebook Tinta Isteri Tercinta


10 Pesanan Tentang Wanita

 1. Suka diraikan

2. Tidak suka ditegur

3. Suka dipuji

4. Tidak suka dikutuk

5. Suka di ajak berbincang

6. Tidak suka di ketepikan 

7. Suka didengari

8. Tidak suka suaranya tidak endahkan

9. Suka di ambil berat hati dan perasaannya

10. Tidak suka diabaikan hati dan perasaannya


Ebook Tinta Isteri Tercinta

ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...