Baru selesai khatam dokumentari di NETFLIX berkenaan kisah pembunuhan tragis WATTS FAMILY.
Tahi lalat di kepala Watts mengingatkan saya tentang pembacaan berkaitan tahi lalat di kepala selalunya dikaitkan dengan orang bijak pandai dan keras kepala
Dari sudut watts dia mungkin masuk kategori keras kepala
Mana tidaknya betapa dia nekad membunuh isteri dan anak-anaknya hidup-hidup
Siapa yang belum tonton, boleh saksikan secara real reaksi seorang penipu yang mati-mati sedang menafikan perbuatannya
Pertama sekali saat Watts melihat video aksi dirinya mengundur kenderaan untuk meletakkan mayat isterinya di truck, watts mengelisah menghembuskan nafas kuat sambil tangannya di kepala seolah-olah lintasan hatinya "mampuih aku!"
Semuanya bermula apabila Watts jatuh hati kepada seorang wanita rakan sekerjanya dalam 2bulan sebelum pembunuhan ini berlaku
Perkenalan yang singkat itu membuatkan watts nekad dan memasang cita-cita untuk hidup bersama kekasihnya itu
Watts juga sebenarnya menipu kekasihnya bahawa dia dan isteri dalam proses perceraian. Padahal tidak.
Pada 13hb Ogos 2018 isteri Watts ,iaitu Shanon pulang dari trip perniagaan pada jam 2pagi dihantar oleh rakan
Kemudian mereka sempat melakukan hubungan intim
Sehingga sebelum siang Watts mula suarakan tentang hubungan mereka yang tidak mungkin boleh diteruskan dan mahukan perceraian
Lalu Shanon berkata jika begitu Watts tidak akan lagi boleh bertemu dengan anak anak mereka
Lantas, Watss terus mencekik Shahnon sehingga mati dan membawa mayat shanon ke tapak operasi pangkalan minyak tempat Watss bekerja. Watss juga membawa 2 anak kecil yang berusia 3 dan 2 tahun. Kemudian Watss menggali lubang dan menanam mayat Sharon. Setelah selesai urusan mayat Shanon ,Watts kemudian mendapatkan anaknya yang berumur 2 tahun dan menekap anaknya menggunakan selimut yang dibawa anaknya itu sehingga mati dan membuang mayat anaknya ke dalam tangki minyak. Setelah itu dia turun dari tangki minyak dan menekap pula anaknya yang berusia 3tahun. Anaknya yang 3 tahun sempat berkata. Adakah "ayah akan lakukan pada saya seperti yang ayah lakukan kepada adik" Anaknya sempat merayu jangan. Tetapi tidak diendakan dan setelah anak itu mati, sekali lagi dia membuang anaknya ke dalam tangki minyak yang lagi satu.
Begitulah tragisnya kematian isteri dan anak-anak kesayangannya
Hanya kerana cita-cita yang membara untuk hidup bersama kekasih barunya.
Dan kekasihnya juga sangat terkejut dan tidak menyangka dan terus bekerjasama dengan polis untuk membantu apa-apa yang diperlukan.
No comments:
Post a Comment