Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Tuesday 22 August 2017

Sucikan diri dengan kaedah sebenar

*CARA MENCUCI KEMALUAN DENGAN BENAR*

(copy paste)

Seringkali kita merasa telah mencuci kemaluan kita dengan bersih dan benar.  Bersih belum berarti benar. Hal ini penting agar amal ibadah kita diterima.

Banyak orang merasa ibadah mereka bagus, tetapi sebenarnya masih tidak terlepas dari ancaman azab api neraka hanya karena tidak benar dalam mencuci kemaluannya.

Sayidina Abu Bakar R.A. pernah hendak menyolatkan mayat seorang lelaki, tetapi tiba2 tersentak dengan suatu benda bergerak-gerak dari dalam kain kafan lelaki itu. Lalu disuruhnya seseorang untuk membukanya. Alangkah terkejutnya ada seekor ular sedang melilit kepala kemaluan mayat lelaki itu.

Khalifah Abu Bakar mencabut pedang lalu menghampiri ular tadi untuk membunuhnya. Tetapi ular itu tiba2 berkata:

”Apakah salahku? Karena aku diutus oleh Allah untuk menjalankan tugas yang diperintahkan”

Setelah diselidiki amalan lelaki itu semasa hayatnya, ternyata dia merupakan orang yang menyepelekan dalam hal menyucikan kemaluannya setelah selesai membuang air kecil.

Jadi sebenarnya bagaimana cara membersihkan kemaluan kita dengan benar?

Lelaki dan wanita berbeda caranya. Bukan dibasuh sekadarnya dengan air dan asalkan bersih.

*LELAKI*:
Selepas membuang air kecil, disunahkan berdehem dua atau tiga kali supaya air kencing betul-betul sudah habis keluar.

Setelah itu urutlah kemaluan dari pangkal ke ujung beberapa kali, sehingga tiada lagi air kencing yang berada dalam saluran.
Kemudian basuhlah dgn air sampai bersih.

*WANITA*:
Apabila membasuh kemaluannya, hendaklah ia berdehem dan pastikan dicuci bagian dalamnya dengan memasukan sedikit  jari tengah dan diputar-putarkan sewaktu disiram air bersih.

Bukan dengan hanya menyiram air semata-mata, karena hanya dengan menyiram air saja tidak dapat membersihkan bagian dalam kemaluan wanita secara sempurna.

*SANGAT PENTING*:

Begitu juga semasa membasuh air besar (berak) sangat penting untuk memasukan satu jari kedalam dubur. Putarkan beberapa kali supaya najis keluar dari dinding dubur, sambil siram dgn air hingga terasa najis benar2 telah hilang dan bersih.

Sudah benar atau tidak kah cara membersihkan kemaluan kita selama ini? Kalau belum benar, mari bersama2 kita betulkan supaya diri kita bersih dengan cara yang benar. Karena telah dijanjikan neraka bagi mereka yg tidak istibro' (menyucikan diri dengan sempurna baik hadas kecil/hadas besar).

Rasulullah SAW bersabda:

"Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yg mengamalkan, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala".

Jangan LUPA SHARE ... ilmu yang bermanfaat perlu kita amalkan bersama ...  Wallahu a'lam...

Catatan:
1. Tidak ada kata malu dalam urusan agama.
2. Jangan beranggapan ilmu fiqih itu jorok, karna fiqih itu menjelaskan sedetail2 nya.

Monday 21 August 2017

Setiap amalan sertai niat, Jangan lupa niat berhadapan Al Quran

#MENJELANG_MAGHRIB
Selasa 29 Zulkaedah 1438

#15_NIAT_MEMBACA_ALQURAN

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللَّــــــــــهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ
- اَللَّهُمَّ أَجِرْنِي مِنَ النَّارِ

Segala puji bagi Allah سبحانه وتعالى pencipta langit dan bumi, pencipta cahaya dan kegelapan, yang mengumpulkan para makhluk di hari perhitungan, hari kemenangan bagi orang yang berbuat baik dan kesengsaraan bagi ahli maksiat. Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang berhak disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah سبحانه وتعالى tiada sekutu baginya, dengan persaksian yang bakal membawa kepada kebahagiaan di hari kiamat.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

اللَّهُــــــــمّے صَــــــلٌ علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــدْ كما صَــــــلٌيت علَےَ سيدنا إِبْرَﺍﻫِﻴﻢَ و علَےَآل سيدنا إِبْرَاهِيمَ وبارك علَےَ سيدنا مُحمَّــــــــدْ و علَےَ آل سيدنا مُحمَّــــــــد كما باركت علَےَ سيدنا إِبْرَاهِيمَ و علَےَ آل سيدنا إِبْرَاهِيمَ فى الْعَالَمِينَ إنك حميد مجيد

Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad ﷺ. keluarga serta para sahabat, pengikut-pengikut sahabat dan mereka yang istiqamah menuruti baginda dari masa kesemasa hingga ke hari kiamat.

Sedekahkanlah Al Fatihah kpd ibu bapa kita, keluarga dan muslimin muslimat yg masih hidup maupun yang telah kembali ke rahmatullah...
AlFatihah...

بِسۡـــــــــمِ ٱللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْـمُسْتَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
 غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
 آمِين

“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”
(HR Muslim ..4899)

Sahabatku kaum muslimin yang dirahmati Allah سبحانه وتعالى  sekalian............

Kepada pembaca AlQuran karim

#LIMABELAS_NIAT_MEMBACA
#ALQURAN

Imam Ibnu Kathir mengatakan "Niat lebih gagah/lebih hebat dari amal itu sendiri". Dengan itu, untuk mendapatkan kehebatan amal, mestilah dengan niat yang hebat hebat. Sebelum membaca Quran, ambillah sedikit masa untuk memperhalusi niat kita atau berdoa untuk mendapatkan apa yang kita niatkan ini. Berniat sebelum membaca Quran dengan pelbagai niat ini akan jauh memberi kesan kepada kehidupan kita secara maknawi atau ganjaran dari sisi Allah Azza Wajalla.

■ 1. Niat untuk mendapat syafa'at al-Quran yang bermaksud al-Quran menjadi teman kita, memberi kebaikan dengan izin Allah kepada kita dan membantu kita esok di hari yang kita susah nanti.

Nabi Muhammad saw bersabda: “Bacalah al-Qur’an kerana ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafa’at kepada para ahlinya.”
(HR. Muslim)

■ 2. Niat untuk menambah kebaikan. Boleh merasakan selagi mana kita membaca al-Quran, ibaratnya terasa bertambah curahan kebaikan/kekayaan/pahala kepada kita sehingga membuatkan kita tidak terasa untuk berhenti & kita akan membacanya dlm kudrat kemampuan kita.

Sabda Nabi Muhammad saw: “Siapa saja membaca satu huruf dari Kitab Allah (Al-Qur’an), maka baginya satu kebaikan, dan satu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipatnya.”
(HR. At-Tirmidzi).

■ 3. Niat keselamatan dari api neraka.

Sabda Nabi Muhammad saw "Kalau adalah terkumpul Quran dalam hati-hati manusia, maka ia tidak akan dibakar api neraka"

■ 4. Memakmurkan hati kerana membaca al-Quran menjadi "basuhan" hati kita kembali menghidupkan hati dari ianya menjadi busuk, usang dan menjadi tempat benda-benda yang merbahaya.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya barang siapa yang dalam dirinya tiada bacaan al quran maka ia seperti halnya rumah yang usang”

■ 5. Niat untuk amalkan setiap yang kita baca. Baca al- Quran sebaik-baiknya dengan elok2, tenang dan tartil. Kedudukan kita/darjat kita ditentukan dengan kedudukan ayat/bacaan kita yang terakhir kita baca  di dunia ini. Contohnya jika ayat terakhir yang dibaca itu berkenaan jihad, maka kedudukan berjihadlah  pembacanya kelak walaupun pembacanya tidak meninggal semasa berjihad.

Bersabda Rasulullah saw yang maksudnya: Dikatakan kepada pembaca al-Quran: “Bacalah (al-Qur’an), naiklah (pada darjat-darjat syurga) dan bacalah dengan tartil sebagaimana engkau membacanya dengan tartil didunia. Sesungguhnya kedudukan darjatmu sehingga kadar akhir ayat yang engkau baca.”
(HR. Ahmad).

■ 6. Jadikan al- Quran sebagai syifa/ubat/penyembuh kepada hati-hati yang berpenyakit dan kelemahan tubuh badan kita iaitu jadi rawatan dengan izin Allah.
"Dan Kami turunkan dari Al Qur'an suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman ....."
(Al Isra' 17:82)

■ 7. Untuk menenangkan hati yang gundah gulanah dengan membaca al-Quran dengan tartil. Nafsu dan hati yang liar/bergolak hanya dapat ditenangkan dengan rawatan kembali kepada al-Quran dan membacanya dengan tartil. Bacalah sehingga tenang.
"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia"
(Ar-Ra'd 13:28)

■ 8. Supaya hati hidup, bercahaya dan hilang kesedihan digantikan dengan yang baik-baik.

■ 9. Pengharapan menjadi penyebab mendapat hidayah yang sempurna.
"Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa"
(Al Baqarah 2:2)

■ 10. Berharap untuk mati bersama al-Quran yakni berniat untuk hidup dan mati bersama Quran, hidup tidak terlerai dari al-Quran dan kita dibangkitkan kelak dengan syafa'at al-Quran.

Kata-kata Ibnu Kathir
"Sesiapa hidup atas sesuatu (menghambakan diri akan sesuatu) biasanya dia akan mati disebabkan sesuatu itu dan dia dibangkitkan dengan sesuatu itu"

"Apakah orang-orang yang membuat kejahatan itu menyangka bahwa Kami akan menjadikan mereka seperti orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, iaitu sama antara kehidupan dan kematian mereka? Amat buruklah
apa yang mereka sangka itu."😌😌😌
(Al Jathiyah 45:21)

■ 11. Menjadi penyebab keimanan kita  meningkat. Kita harapkan bila iman kita bertingkat, ianya membawa kesempurnaan kepada kehidupan kita.
Org yg bahagia adalah orang yang yakin dengan benar-benar. Kebahagiannya dengan nikmat  keimanan dan keyakinan. Dengan iman, kita boleh membuat keputusan yang mantap yang dipersetujui oleh Allah SWT.

"Dan apabila diturunkan suatu surah, maka di antara mereka (orang-orang munafik) ada yang berkata, "Siapakah di antara kamu yang bertambah imannya dengan (turunnya) surah ini?" Adapun orang-orang yang beriman, maka surah ini menambah imannya, dan mereka merasa gembira"
(At Taubah 9:124)

■ 12. Untuk kita kenal Allah SWT supaya  menambahkan rasa kehinaan dan rasa kehambaan kita terhadap Allah SWT.

■ 13. Kurniaan besar/agung dari Allah Azza Wa Jalla untuk mengangkat kedudukan kita menjadi ahlul quran dan berharap seterusnya menjadi Ahlullah (ahli Allah).

Sabda Rasulullah S.A.W. maksudnya :“Sesungguhnya Allah memiliki ahli-ahli di kalangan manusia".
Lalu mereka bertanya : "Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W?" Jawab baginda : "Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah)  dan orang-orang pilihannya.”
(Hadis Riwayat Ibnu Majah)

■ 14. Sebesar-besar niat bila baca al-Quran untuk menyembah Allah & memperhambakan diri kepada Allah. Baca quran sebagai seorang hamba rasa seronok untuk baca ayat Allah. Niat ibadah.

■ 15. Untuk mendapat kasih sayang Allah Aza Wajalla dengan membaca kalam Allah. Bila seseorang mendapat kecintaan Allah, Allah akan pimpin dan restui dan memberi petunjuk/hidayah kepada mereka dan dijauhi daripada perkara-perkara buruk dengan mudah. Untuk dapatkan kecintaan Allah antaranya menjadi intim dengan al-Quran.

Shadaqallahul’azhim.
والله أعلم بالصواب
Waallahu A’lam Bish Shawab
(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang sebenarnya)

Sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah ﷺ:
❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞
Hadis Riwayat Ahmad, Bukhari, Tarmidzi.

Sabda Rasulullah ﷺ. bermaksud:
"Barangsiapa ditanya mengenai sesuatu ilmu lalu disembunyikannya maka Allah akan mengekangnya nanti dengan kekangan daripada api neraka pada Hari Kiamat kelak."
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tarmizi رضي ٱللَّــــــــــه عنه )

Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

① Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

#ILMU ..        Penyuluh Hidup
#AMAL ..      Bekalan Perjalanan
#AKHLAK ..  Hiasan Jiwa dan Peribadi
Menuju ke Destinasi ..
#AKHIRAT  .. yang sudah pasti
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆

Aku Bukanlah Ustaz...
Bukan Juga Ulama...
Aku hanyalah Hamba Allah yang sedang berusaha untuk Menjadi Hamba-NYA yang terbaik..

■▪■ Razali Salleh @ Demang Satria ■▪■
☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆☆
وَالسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ ٱللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Monday 14 August 2017

Sukanya anak anak ibu...yeayy..!



Al-kisah ibu beranak kecil, memang sesak rasanya kalau nak makan di luar...hurmm..dari makanan ke mulut silap-silap ke lantai lah jawabnya...makanya ibu pun cuba menggoda abah dengan meninggalkan si kecik 2orang dengan abah..ibu dan kakak pula ? jeng jeng jeng.... ke PINE 2 lah kite.. lokasi ini memang betul-betul di bandaraya Alor Setar.. boleh yer google maps..memang sangat menarik lokasinya beserta shell out yang ohsem!!! Alhamdulillah.... 


dah lupa berapa harganya char kue teow ketam  ni..hurmm dalam Rm5.00 kalau tak salah..








RM7.00



Sunday 13 August 2017

Terima kasih mak! Sayang mak...

Sejak melahirkan kali pertama (2011), aku dijaga oleh ibu dan abah mertua..
Memang sangat mengharukan..kasih sayang dan tunjuk belai buatkan aku rasa sangat disayangi..Abah sangat rajin..seawal pagi abah carikan daun daun untuk mandikan aku waktu dalam pantang..Mak pulak apa lagi, juadah pantang disiapkan beserta urusan perihal pantang semua diajarnya..Yang mana boleh yang mana tidak semua dileterinya supaya aku kembali pulih sepenuhnya. Begitu juga berpantang anak yang kedua pada tahun berikutnya (2012) hik..hik..hik..agak produktif ehemm ehemmm..(alhamdulillah bersyukur padaNya).. Sehinggalah anak ketiga aku mula berpantang sendiri di rumah sewa yang aku dan suami sewai (2014) dan anak ke empat di rumah sendiri yang kami miliki (2015)

Terima kasih mak... jasa mak akan saya kenang hingga ke hujung nyawa saya...tiada apa yang dapat diberikan melainkan kasih sayang dan perhatian kepada mak, setelah perhatian dan kasih sayang yang mak berikan kepada saya....

             Amalan memakan jamu sudah menjadi amalan mak dan mak mertua mak sendiri...Oleh sebab tu, mak perturunkan pula amalan memakan jamu ini.. Kata mak, kalau sayangkan rumahtangga jangan culas menjaga perihal hubungan intim (huhuh sporting tau my mom in law..hk hik hik..
)..kata mak itulah rahsia kasih sayang suami isteri hingga ke akhir hayat....

Abah dah pergi tinggalkan mak (2014)..sekarang mak sendiri..saya doakan mak sentiasa tabah menjalani hidup sendiri...bila setiap kali rasa sunyi, mak pasti mengalirkan airmata...tabahlah mak....hidup ini sememangnya ujian untuk setiap hamba yang diciptaNya...

Cantikkan mak? masih sihat. segar..dan bertenaga...mak selalu pesan.. jangan malas-malas makan jamu...jamu amalan orang tua-tua memang berkesan untuk wanita..okeylah mak..saya ingat pesanan mak..










Thursday 3 August 2017

Bersaksikan Tuhan

Insan bersaksi tuhan
Biar hina dina tercela
Di mata insan
Namun jangan sekali engkau lupa
Apa yang dipandang tuhan

Tuhan melihat engkau
Tuhan menyaksi engkau
Tuhan membela engkau
Selama engkau membela Tuhan

Selama engkau sedar engkau bukan tuan
Tapi engkau hidup diciptakan menyembah Tuhan
Satu sahaja Tuhan
Untuk sekelian alam

Moga kembali engkau pada Tuhan
Bersama rindu
Bersama cinta
Yang telah lama engkau simpan
Selama hayat yang telah ditakdirkan Tuhan kepada Engkau yang diciptakan

ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...