Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

PENGALAMAN JUAL RUMAH

Assalamualaikum

Terkini sign SnP di pejabat lawyer pada bulan 6 2020 di Alor Setar

Selepas selesai tandatangan, kemudian pada bulan 7 2020 aku terima surat dari LHDN mengishtiharkan tiada cukai harta tanah akan di dikenakan ke atas rumah yang ingin aku jual. Ya. Cukai harta tanah tidak akan dikenakan sekiranya kita menjual rumah selepas 5 Tahun pemilikan harta/rumah itu. Boleh baca di sini berkaitan cukai harta tanah.


Selepas surat LHDN ini diterima, bulan 8 2020 aku dapat pula surat dari LPPSA. Surat yang menyatakan jumlah baki hutang yang dihantar sesalinan dihantar  kepada aku dan kepada Bank Rakyat iaitu bank yang pembeli membuat permohonan pinjaman.

Dan harini 6hb 8 2020 aku masih berdebar menantikan status jualan ini. Di tahap apakah sekarang.Aku sedang sabar menanti.

Mungkin kerana ada sedikit kesilapan alamat hartanah pada surat perjanjian menyebabkan urusan ini agak mengambil masa.

Apapun dari research yang aku buat, memang kebanyakkannya menyatakan bahawa proses jualan sememangnya mengambil masa yang lama kadang kala sehingga setahun

Huhuhu.Patutlah ramai tokoh-tokoh hartanah berpesan bahawa harta tak alih adalah harta yang agak lambat untuk dicairkan.

Apapun, sebelum ini sudah lama aku menanti.Mana tak nya iklan jualan rumah aku telah pasang di Mudah.com pada tahun 2017.Namun sambutan masih tiada dan aku pun tidak lah serius untuk mencari pembeli

Sehinggalah pada 2019 aku mula serius dan melantik agen untuk membantu membuat jualan rumah.

Agak susah juga selepas bakal pembeli yang kelima barulah rumah ini ada pembelinya.Huhuhuh


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong 💖

No comments:

Post a Comment

ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain? Apa perlu anda buat? 1. Ambil nafas 2. Tenangkan diri 3. Akur keada...