Terasa nak komen bab ni
Huhu..
Baru terjumpa balik ayat ni☝️
Bab bab hawa nafsu dan ujian Allah yang satu ni (makan luar) xdapat mengira beragama ke tidak😢
Kalau nak terkena ujian ni
Yang ustazah pun boleh hilang diri😢
Yang ustaz pun lagi hebat lagi menjadi😢
Kadang2 dalam solat ngaji quran pon boleh terkena ujian hati terkalih pada suami/isteri orang sampai bawa ke zina pun ada diam diam menjadi
Ingatan untuk diri sendiri, kita lihat maksiat jangan kita hina pelaku tu
Tetapi doakan dia segera kembali dan bertaubat
Macam yg viral ustazah asma harun cerita
Si isteri baru mengaku anak tu anak luar nikah bila suami nak jadi wali perkahwinan anak tu
Maka jadi perang besar lah isteri yang mengaku dan suami serta anak anak xdapat terima hakikat isteri dan ibu itu dah bertaubat dan sedar dan insaf😞 tapi tidak pula boleh diterima oleh suami dan anak anak lalu berpisah
Benda ni (syahwat yang tersekat) satu bala besar yang tak dapat diluah dicerita dan dikongsi
Sebab terlalu sulit dan terlalu susah nak cakap tak siapa faham
Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal
Sebab itulah mudahnya terjadi makan luar
Ibarat isteri/suami yang sudah lama termimpi imaginasinya tetapi dicuit imaginasi keinginanannya itu oleh orang luar bukan pasangannya
Maka terjadilah peristiwa ibarat mengantuk disorong bantal
Waktu ini sudah sudah betul2 mengantuk dan hanya terus terlelap dalam keasyikkan yang dah lama diimpikan tapi tidak dapat dari pasangan sebenar
Contohnya si isteri yang mahu suami pembersih, sudah berkali kali isteri bagitahu bab bersihkan diri jangan bermasam masam contohnya, tapi suami abaikan, jadi isteri malas tegur dah, isteri terbawa bawa rasa "tak lalu" pada suami tu. Padahal nafsu isteri dah membuak buak tapi tak mampu dilepaskan pada suami yang tidak pembersih, tiba tiba ada seseorang yang terlihat bersih kemas seperti di impikan isteri tu, nak pula si lelaki pembersih tu pulak terdekat dekat tanpa niat apa apa mulanya, dari situlah contoh timbulnya istilah ibarat mengantuk disorongkan bantal
Macam tu pula suami, sudah puas diajak isteri untuk menikmati yang halal, isteri pula banyak songeh nya, lama lama suami jemu, datang pula si janda lawa yang tiada niat menggoda sekadar teman kerja, tapi kerana terdekat dekat berbanding si isteri yang banyak songeh tu maka terjadilah pula ibarat mengantuk disorongkan bantal tu
Maka
Tak sempatlah lagi memikirkan amalan selama ini yang dipertahankan
Ini lah realiti
Yang tak dapat ditolak
Semata mata menjalankan agama tanpa istilah "rahmat" Allah tak akan selamat juga
"rahmat" ni yang sahaja boleh memelihara
Tapi tak ramai rebut
Contohnya isteri yang sakit hati pada suami
Biasanya dia akan boikot diri sendiri dari jimak contohnya
Walhal itulah namanya tolak "rahmat" yang isteri tak sedar
Begitu juga suami yang membiarkan isteri seksi atau lalai itulah juga petanda "menolak rahmat" yang suami dan isteri tak sedar
Jika semata mata solat dan amalan rukun islam tanpa berjuang memanggil rahmat Allah kita semua tak akan terpelihara
Inilah urusan ghaib Allah yang manusia xnampak
Urusan ghaib iaitu "redha" "rahmat" "makfirah"
Kata kata ini yang tidak mampu manusia tafsir ☝️
Sedangkan kata kata inilah penawar jika difahami makna dan apa yang perlu dibuat
No comments:
Post a Comment