Bab memenangkan suami ni sy teringin nak topup👍
Satu bab ni kalau isteri pandai guna sebenarnya isteri yang untung besar
Tapi sayang, masih ramai isteri yang suka terpengaruh dan mudah tewas pada pandangan zahir terutama yang dilihat dari sekeliling hidup isteri dan juga di media sosial
Segala apa kemanisan yang dilihat disekeliling orang lain dan di media sosial semuanya dianggap benar belaka?
Jika nampak suami orang mencium pipi isterinya, itulah yang dia yakin benar.
Jika nampak suami orang beri kereta mewah, itulah yang dia yakin benar.
Padahal hakikatnya disebalik wayang gambar manisnya suami isteri diluar yang dipertontonkan di media sosial itu sebenarnya juga plastik dan tipudaya semata mata.
Yang sebenar benarnya sama sahaja dengan diri si isteri yang melihat itu. Hakikatnya ada ada saja perit, pedih, duka lara,pahit maung yang tidak dipertontonkan kepada umum disimpan sendiri dibungkus erat dikonkrit pula dengan simen konkrit
Si isteri yang lemah dan mudah tewas, pasti mudah tertipu dan terpengaruh dan terbawa bawa ke alam rumahtangga sendiri
Suami yang cepat panas dan kurang bertenang pula tidak tahu bagaimana untuk mengelola situasi sebegitu
Itulah masalahnya yang terjadi
Jika dikorek korek apa penawarnya bagi masalah ini tiada lain sekali lagi dengan ilmu
Ilmu dan ditambah sedikit dengan kematangan fikiran
Matang ini pula tidak perlu kepada umur yang tua tetapi sangat perlu kepada pengalaman yang luas
Suami jika dah nampak isteri agak agak kurang ilmu dan kurang pengalamannya cuba cuba lah tambahkan ilmu kepada isteri. Ajak isteri bersembang topik topik matang. Begitu juga suami jika dilihat isteri masih kurang matang, bawa bawa lah topik yang matang di dalam seharian berdiskusi bersama suami. Atau dengan bahasa mudah boleh share apa apa ilmu antara suami dan isteri
Janganlah hidup hanya fokus makan, pakai, tidur, kerja tanpa ada nilai tambah ilmu hidup dan ilmu ilmu lain
Bila setiap hari kitaran hidup suami isteri hanya di dalam tiktok dan facebook
Maka jadilah pasangan pimpinan tik tok dan facebook
Jika kitaran hidup berkisar ceramah agama dan info ilmiah jadilah pasangan itu yang saling bercerita soal ceramah agama dan informasi ilmiah
Bukan lah maknanya tak boleh bertiktok facebook bagai
Tapi agak agaklah
Agak agak motif kita untuk hiburan atau untuk peningkatan idea kearah hidup lebih baik atau ke arah terpengaruh semakin banyak kebudak budakkan
Dalam hal ni, biasanya salah seorang akan menjadi pemimpin dalam satu hal dan seorang lagi akan jadi pengikut.
Dalam hal lain pula, seorang lagu pula akan jadi pemimpin seorang lagi akan jadi pengikut pula
Begitulah putaran roda suami isteri
Adalala isteri benar
Adakala suami benar
Adakala isteri salah
Adakala suami salah
Adakala dua dua sama benar
Adakala dua dua sama salah
Semua boleh terjadi
Hanya putaran masa yang berbekal sabar dan tenang sahaja akan menang
Mungkin 5 tahun,10 tahun atau mungkin 20tahun
Nampak macam lama sangat tu 20tahun☺️
Kalau tak mahu kematangan tu datang lama sangat
Mulakanlah dari sekarang😇
Topup ilmu dan jadi matang😉
Apa kaitannya dengan memenangkan suami?
Isteri yang masak matang dia akan faham benar, sehebat apa suami orang, suami sendiri lagi hebat, seelok apa suami orang suami sendiri lagi elok, sekaya apa suami orang, suami sendiri lagi kaya, sebaik apa suami orang,suami sendiri lagi baik.
Inilah kemenangan dan kematangan seorang isteri
Suaminya lah kebanggaan dan kesempurnaan hidupnya
Apakah makna suaminya maksum bak Rasulullah saw?
Tak. Bukan bermakna suaminya maksum
Tapi dia percaya, percaya,percaya, dan sangat percaya
Allah itu tidak zalim dan tidak silap mengatur perjalanan hidupnya sebagai isteri kepada suami
Dia juga yakin benar, suami itu maqammnya tinggi bukan untuk dipandang rendah/buruk apatah untuk dibanding banding dengan suami orang lain.
Kalau rasa macam tak percaya. Cubalah dulu meraikan dan meninggikan suami
Lihatlah hasil dan alami lah sendiri 😉
Jangan lupa ingat dan doakan saya jika suami sudah lain macam mantop setelah ditinggi tinggi oleh isteri🥰
No comments:
Post a Comment