Isteri high demand faktor agama atau faktor karakter?
Tak dapat dinafikan
Tidak semua isteri menggunakan fitrahnya sebagai wanita
Hakikat fitrah penciptaan wanita ialah suka melayan dan hakikat fitrah penciptaan suami suka dilayan (ceramah ustaz muhaizad)
Salah satu kisah kisah syurga perihal bidadari bidadari yang seusia dan sebaya memberikan gambaran bahawa bidadari adalah di kalangan wanita yang bersifat melayan para penghuni syurga
Begitulah juga isteri
Hakikatnya kebanyakkan isteri fitrahnya adalah dia senang memberikan layanannya kepada suami ataupun anak anak
Cuma sekarang terjadi bilamana ada segelintir isteri bersikap acuh tak acuh pada ajakkan suami untuk bersenggama yang mana ini bertentangan dari fitrah asal penciptaan
Malahan yang lebih teruk suami pula seolah olah mengemis meminta dilayan oleh isteri ?
Bila isu ini timbul
Maka berbalik kepada satu hadis nabi
Pilihlah wanita untuk dijadikan isteri
Maksudnya apa?
Maksudnya sebelum jadikan isteri perlu siasat dan selidik siapakah dan bagaimanakah perihal diri wanita yang bakal kita angkat menjadi isteri dan seterusnya ibu kepada anak anak
Ada 4kriteria Nabi saw sebutkan
Iaitu
Hartanya
Rupanya
Keturunannya
Agamanya
Dan diantara yang keempat ini yang paling baik jika memilih isteri atas faktor agamanya maka selamatlah
Maksudnya apa?
Maksudnya isteri yang sudah beragama ini sudah lurus fikirannya mendasari hukum dan kehendak agama
Maka apa apa yang mendasari hukum dan kehendak agama itulah perihal fitrah
Sebagai kiasan
Iaitu nasi sudah tersedia dihidang, hanya tunggu dijamah ke mulut tidak perlu dipaksa paksa untuk dimakan ataupun tidak perlu digantikan nasi dengan juadah lain yang belum di order lagi
Maksudnya fitrah orang beragama dia akan bersyukur dengan segala yang sudah dianugerahkan dan bersabar di atas segala ujian yang diberikan
Maksudnya isteri kuat menjalankan fitrah ini (beragama) dia akan melihat segala kekurangan suami sebagai ujian untuk diterima dan segala kelebihan suami sebagai anugerah untuk disyukuri
Namun bagi isteri "high demand" bukan kerana dia tiada agama
Ada pula yang kuat amalan agamanya
Namun dek kerana "high demand"
Isteri begini mencari kesempurnaan dan mencari yang tepat pada keinginannya
Sebagai contoh isteri high demand suka kepada kebersihan, kehenseman, kekuatan, kebijaksanaan, dan segala macam yang lebih dari biasa biasa
Faktor ini lah mempengaruhi hidupnya dari segi seks bersama pasangan
Dia memiliki fantasi yang lebih bukan biasa biasa sekadar boleh aja
Tak!.. Mereka memerlukan lebih effort untuk memenuhi high demand mereka
Selalunya Allah Maha Bijaksana isteri high demand ni Allah pakejkan suami yang low demand
Untuk mengawal situasi rumahtangga dari terus roboh
Tapi jika perlu berakhir degan robohnya rumahtangga
Itu juga adalah petanda rahmat dari Allah
Itulah hakikat hidup sekadar sementara
Jika mampu mencari jalan kedamaian antara isteri high demand dan suami low demand maka boleh elok dan berbahagia seadanya rumahtangga itu jika tidak pengakhiran yang baik ialah perpisahan yang baik
Adapula yang sekiranya mampu menganggap itu sekadar ujian sementara maka dia si suami itu kembali mencari Allah untuk kuat mendoakan isterinya
Dari sinilah juga rupa rupanya cara Allah menasihati para suami untuk selalu bergantung kepadaNya selain bergantung kepada kebijaksanaan diri sendiri semata mata
Pasti waktu di saat doa suami termakbul, saat itu suami akan menjadi hamba yang lebih taat dan bersyukur di atas nikmat Allah swt
Isteri itu pula mudah mudah saja Allah perbolehkan kembali kepada fitrahnya untuk melayan suami
No comments:
Post a Comment