Betul betul
Setuju2 sangat tu tuan😢🥲
Suka saya jika ada perbincangan hakikat mcm ni
Inilah realiti sebenar kita tentang ujian,rezeki,takdir dan seangkatannya urusan hidup mati kita
Cumanya kita yang menulis ni tak mampu nak meluahkan dan memperincikan semuanya untuk memenuhi kehendak pembaca yang pelbagai keperluan dan mengikut keperluan semasa masing masing sebab setiap saat dan insan lalui kisah berbeza beza
Pola hidup kita berbeza beza
Ada yg didesign siap siap oleh Allah sampai 100thun,ada 40thn,ada 50thn atau ada 2 3 thn saja
Itulah yg kita nak yakini sekarang
Kita telah siap didesign
Ada fasa nikmat
Ada fasa derita
Ada fasa bahagia
Ada fasa dukalara
Dan macam macam lagi suasana yang kita lalui setiap detik
Di sebalik semua hakikat kehendak Allah berkehendak ni
Kita masih tidak akan sesekali putus asa dengan rahmat Allah terhadap kita
Inilah titik merubah cara pandang saya terhadap susunan Allah pada hidup saya (peribadi)
Dari dulu tak pernah utama dan matlamatkan Allah
Tapi bila dihimpit 1001 suasana (terutama ujian hidup bersuami)
Terutama saat suasana sempit, kita jadi pandang pada ujian Allah itu mendatangkan nikmat kebersamaan bersama Allah dan mengharap jalan penyelesaian dari Allah saja
Mula lah episod episod dialog dalam hati di manakah salah silap diri dan kekurangan
Dari rasa salah dan kurang
Allah ilhamkan rasa ingin tingkatkan ilmu
Rasa ingin cari jawapan
Rasa ingin cari jalan
Dan seterusnya baru nampak sempit yang selama ini sebab jalan luas tidak dijumpai bukan kerana jalan tak ada sedangkan dah banyak dilalui orang lain yang jumpa jalan luas tu
Sebab dulunya, kesempitan itu tidak dibalikkan kepada pemberi sempit tu
Selalu nampak manusia yang memberi rasa sempit dan perit
Bilamana sampai tahap tiada jalan keluar
Waktu tu lah Allah munculkan dirinya melalui jalan jalan yang tak disangka selepas kita mula cari jalan takwa dekat kepada Allah
Satu persatu Allah tunjuk jalan
Begini,begini begini begini
Utk kita lalu
Dari situ kita semakin yakin xda jalan lain lagi mahu kita pilih
Hanya jalan takwa
Jumpa segala gala
Meskipun dalam perit
Tetap ada "rasa"
Bahagia bersamaNya
No comments:
Post a Comment