Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday, 29 July 2020

Isteri minta cerai

Sedih

Dah hampir setahun tak bersama di kamar, aku turut sedih mendengar luahan sahabatku. Aku turut simpati. Apa yang aku mampu lakukan?
Aku tak mampu buat apa-apa. Aku hanya mampu mendoakan. Aku hanya mampu untuk cuba merasa.
Aku sendiri sepanjang perkahwinan pernah sekali ke pejabat agama (ops..bocor rahsia)
Ya. Jujur. Aku pernah sekali. Tapi syukur jodohku masih panjang. Sejujurnya aku sendiri masih sayang dan cinta pada suami ku di saat aku melangkah ke pejabat agama. Hanya kerana aku agak sedikit tertekan sewaktu itu membuatkan aku tekad ke pejabat agama. Namun, setelah dipujuk sang suami. Aku lemah dan memaafkan. Mungkin kerana aku sendiri yang sedar tindakan yang aku ambil hanya kerana amarah dan rasa panas hati yang seketika.

Berbalik kepada kisah rakanku. Telah hampir setahun mereka tidak bersama. Tak dapat aku bayangkan betapa tersiksa nya batin keduanya.

Namun?

Apalah mampu dibuat. Setelah hati sudah kering dan kontang. Masing-masing pastinya sudah tawar hati.
Jika tidak masakan ia berlarutan sekian lama

Entahlah

Apakah ini hanya dugaan sementara buat mereka?

Aku hanya mampu mendoakan.

Hakikatnya segalanya adalah ketentuan Allah

Rahsia Allah terlalu luas

Terlalu banyak yang tersimpan

Aku doakan engkau sahabat semoga engkau kuat dan yang penting semakin dekat denganNya

Sayang Selalu

Pendengar setia

29/07/2020
1645

Tuesday, 28 July 2020

Pavitra maafkan Sugu

"Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri"

Apalah kaitan lidah dan gigi dengan suami dan isteri. 

Memang begitulah perumpamaanya geng.Huhuhu.

Apapun salute dan tabik spring kita sama-sama berikan kepada Pavitra dan Sugu. Mana taknya tiba tiba badai besar datang. Kedebikk.Kedebabom.

Tapi cepat cepat diselesaikan hanya dengan "MAAF"

Ya! Pavitra sudah memaafkan Sugu. Selesai.

Mereka telah berbaik dan kita doakan kekallah berbaik.

Bukan untuk mereka sahaja.Tapi buat semua pasangan rumahtangga

Yakinlah badai setara mana sekalipun,itu hanya sementera

Pasti badai itu akan berlalu juga. Yakin.Yakin.Yakinlah.

Maafkanlah. Setiap manusia tidak terlepas dari kesilapan dan kecuaian.




Saturday, 6 June 2020

Baru belajar FOREX. 3hari pertama Withdraw USD20 = Rm87

Kepada anda

Yang ingin mencuba jom kita bergabung
di group whatsapp saya

Khas pemula FoREX sahaja

Join bersama dengan group di bawah
👇👇👇👇

https://chat.whatsapp.com/J1SKP02wn8N089dA3AG3xv

Saturday, 22 February 2020

Kisah mimpi gigi tercabut

Dalam 2 bulan lepas, sekali lagi aku didatangi mimpi gigi

Aku cemas

Pengalaman lalu datang menjengah. Waktu tu April 2014, aku bermimpi 2 batang gigi atas tercabut dan kemudian mama yang tersayang pergi dijemput Ilahi pada Disember 2015 dan sebelum itu abah mertua yang dikasihi terdahulu dijemput ajal pada Julai 2015

Sekarang, pada Januari 2020( bulan lepas ) aku lagi sekali bermimpi gigi tercabut tapi kali ini gigi bawah

Kemudian, siang tadi, anak sulung ku pula menyebut "ibu, kakak mimpi kita sekeluarga pergi ke Mekah"

Ya Allah

Walau apapun tafsirannya

Yang perlu aku ingat ialah, Engkaulah sahaja yang Maha Berkuasa

Engkau sahaja yang Maha Melaksana dan Merencana apa apa sahaja

Kuatkanlah aku untuk menerima apa sahaja ujian dan mehnah

Tetapkanlah hatiku di dalam tauhid dan teguh mencariMu

Anak anak ibu, adakala ibu marah, adakala ibu tinggi suara adakala ibu malas melayani kerenah kalian

Apapon ibu sudah sehabis baik berusaha menjadi ibu yang terbaik

Adakala penat, letih, bosan

Adakala gembira, suka, ketawa, bahagia

Semoga anak anak ibu sentiasa di dalam rahmatNya di dalam hidayahNya

Sayang semua...

Taman permainan
22hb Feb 2020
1853

Bersama kakak, sufi, awwadi dan awwabin.
With love


Friday, 29 November 2019

Yang aku pilih

Lawak juga kalau di ceritakan

Dari gaji cecah rm3k aku tinggalkan untuk gaji rm300

Haha. Tapi itulah..

Perjalanan yang Dia corakkan untuk aku

Aku yakin ini semua hasil aturanNya dan aku gembira

Itu yang penting

Cita cita mama aku tercapai. Itu yang aku rasa amat membahagiakan aku

Hanya sekarang terletak di atas ku untuk mengorak langkah agar cita cita mama termakbul❤️❤️❤️👏👏👏

Yong selalu teringatkan mama dalam langkah perjalanan ni. Entah kenapa. Mungkin kerana semangat hidup mama yang kekal hidup sekalipun mama telah kembali ke sana

Al fatihah untuk mama Rohana Binti Man







Tuesday, 8 October 2019

Lembaran hidup baru menantiku

November 2019

Aku menantikan November
Akan bermula perjalanan ku sebagai seorang konsultan kewangan sepenuh masa.

Apa yang mengharukan
Aku pasti terkenang kan mama. Arwah mama. Seseorang yang amat menyokong penuh jika sekiranya aku bergelar seorang konsultan kewangan.

Arwah mama seorang peniaga. Kehidupannya sebagai usahawati menjadikan mama seseorang yang agak berjaya.

Aku kagum dengan mama. Mama berjaya memiliki simpanan, rumah, kereta dan tiada kerisauan masalah wang.

Sejak kecil aku menyaksikan kesusahan hidup mama berusaha memerah keringat

Alhamdulillah mama mula membuahkan hasil sejak memasuki usia mama di hujung 30an. Aku mula merasa kesenangan hidup mama pada usia aku 13tahun.

Hidup mama tidak panjang, mama kembali kepada Pencipta pasa usia mama 53tahun.

Aku redha.

Semangat dan kekuatan mama seolah olah membayangi hidupku.

Ya Allah ampunilah mamaku

Semoga mama ditempatkan di kalangan para solihin.

Yong sayang mama..

Rindu mama...

9/10/2019
12.01pm
IpdKPasu

Friday, 17 May 2019

Ramadan Kareem

Ramadan datang lagi
Syukur padaMu
Beberapa lama engkau pergi
Kini kembali
Ramadan
Engkau datang dengan kesucian
Semoga engkau hadir memberi
Rahmat dan keberkatan
Buatku, suamiku, anak anak ku
Serta seluruh kaum Muslimin dan muslimat


Monday, 11 February 2019

Pengorbanan paling besar

Sejak bergelar ibu, pengorbanan paling besar ialah mengorbankan nafsu makannya. Dan mengorbankan zaman gila gila remajanya. Segala tindakan perlu difikirkan panjang.

Contohnya pengambilan minuman berais. Sangat tidak sesuai buat ibu ibu. Kesan jangka panjang akan melemahkan fungsi badan.


Maka ayuhh.... Jaga diri agar sihat dan bermanfaat untuk anak anak dan suami juga untuk beribadat padaNya....


Bahagia itu apabila kita sihat dan mampu hidup dengan sempurna dan semoga pulang nanti padaNya juga dalam sempurna hendaknya....

Bagaimana menyakini cinta kita adalah milik kita

Bagaimana menyakini cinta kita adalah milik kita?

Seringkali sebagai wanita suka melihat kepada keindahan pada insan lain, kecintaan yang ada milik insan lain. Sedangkan pada diri sendiri sudah memiliki dan mempunyai kecintaan sendiri.


Itulah gelarnya nafsu. Iaitu rasa yang sering memandang pada yang bukan nyata. Anganan. Cita-cita. Yang andaian itu adakalanya membawa kepada cita-cita yang akhirnya sekadar lamunan kosong. Tidak mampu digapai tangan.


Sebagai contoh mudah sang isteri menagih cinta pada sang suami orang. Begitu pula sang suami orang menagih cinta pada sang isteri orang lain.


Inilah natijah dek merasa keindahan pada orang lain sedangkan keindahan pada diri yang sudah cukup banyak tidak dirasa oleh tuan empunya diri.


Maka berjayalah si syaitan durjana memerangkap jiwa rasa manusia dan membawa ke kancah hina


Itu akhirnya membawa kepada porak peranda anak-anak dari ibu bapanya, iman dari hatinya, jiwa luhur dari jiwa sucinya.


Apabila dihimpit gelora yang sememangnya gelora nafsu bisikan iblis semata


Jika ini berlaku, cepat-cepatlah kita kembali ke alam nyata. Istighfar..istighfar...istighfar...


Hanya itu caranya, agar kita segera kembali berpijak di bumi nyata dan sebelum punah ranah semua yang sedang menjadi milik kita.Gara-gara nafsu yang sering menipu daya.


Ayuhh ibu, isteri dan wanita... Hargai bajai diri kita dengan iman dan amal.. Semoga dalam perjalanan singkat ini menemukan kita pada redha dan rahmatNya jua semata-mata... Amiinnn.... Ya Rabb....





Sudah mampu bersolat setelah menjadi Ibu

Ibu ibu...

Sudah mampu bersolat setelah menjadi Ibu? Atau masih gagal kerana belum biasa bersolat..

Solat itu adalah keringinan bagi orang orang yang khusyuk dan menjadi keberatan bagi bagi orang orang yang tidak mampu fokus akan kepentingan dan peranan solat

Mungkin pada setiap perkara baru akan menjadikannya sukar. Namun jika telah membiasakan diri pasti akan menjadi mudah dan mampu menjadikannya sebahagian dari kehidupan.

Semudah memakan nasi dan minum.Begitulah kewajipan dan keinginan kepada solat setelah ianya iaitu solat dilazimi dan dinikmati. Selamat menikmati zat wuduk dan menikmati zat solat...



Rumah bertangga...

Rumah bertangga...

Rumah sewa RM220.00 ini adalah kediaman cinta hati aku dan suami pada tahun ketiga perkahwinan...

Manakala pada awal perkahwinan kami menetap di rumah ibu bapa suami....

Banyak hikmahnya apabila di awal perkahwinan menetap bersama mertua, yang paling utama aku dapat belajar cara masakan dan makanan kegemaran keluarga sebelah suami. Mana tidaknya perbezaan kaedah memasak dan jenis lauk antara cara hidupku sebelum ini pastinya tidak sama dengan keluarga mertuaku...

Ya memang.Amat-amat berbeza. Namun perbezaan itu sedikit sebanyak bagiku adalah ilmu baru yang aku peroleh. Sementelah aku juga seorang yang sangat sukakan cabaran baru, itu ku anggap sebagai cabaran.Aku suka memerhati dan melihat dan kemudiannya mengadaptasi. Adakalanya berjaya menambat hati suami namun banyak kalanya suami akan tertanya " Eh, kenapa tak sama macam mak buat?"

Huhuhuhu....pada mulanya memang amat sukar untuk aku menerima perbandingan ini.

Sememangnya amat sukar, namun setelah tempoh masa yang panjang, perbandingan ini semakin kurang. Masing-masing sudah mampu saling mencipta resepi sendiri untuk pilihan rumahtangga sendiri.Pilihan masakan sendiri, menu sendiri. Bayangan masakan ibu semakin kurang dan semakin boleh diterima aura baru masakan dari hati sang isteri.

Ibu mertua selalu berpesan, masak dengan elok dan bersih setiap makanan, rasa asinnya rasa asamnya dan rasa segalanya sehingga sepenuh hati enak pasti akan mampu memikat selera suami...

Padanlah ibu mertua dan abah mertua ku kekal sehingga abah mertua kini telah pergi menemui sang pencipta....

Kenangan dan ilmu yang aku kutip sepanjang 3 tahun di rumah mertua akan aku bawa sebagai azimat dan pedoman untukku melayari dan membina rumah tangga ku sendiri...

Terima kasih mak Rodziah binti Sabu dan arwah abah Zakaria Bin Osman (Al-fatihah).......

Sayang cinta kasih hingga ke syurgaaa......



Mengapa perlu berdukalara

Salam sayang ibu-ibu ceria...

Bagaimana?Apa yang sedang anda lakukan?
Anda bekerjaya?Anda suri rumahtangga?

Andalah ibu terbahagia..kerana anda memiliki seorang suami...anda memiliki cahaya mata...anda memiliki rumahtangga...

Mengapa perlu berdukalara...?

Ingatlah disaat kita sedang berduka ada lagi insan lain yang menderita disaat kita mengeluh membanting tenaga untuk mendidik anak-anak menjadi dewasa kita juga sedang melatih diri menjadi tua..
Menjadi lebih matang lebih berusia maka lebih lah ilmu di dada mendepani hari dan masa...
Dan apabila tua menghinggap dan mati pun tiba...
Kita akan meninggalkan warisan yang berharga yang menjadi talian hayat penyambung amalan dan jariah kita..

Disaat kita sendiri mengahadapi alam kubur yang sunyi dan sepi di saat itulah tuaian kita di bumi membuahkan hasil berbunga lebat dan berbuah rimbun menemani dan menerangi kediaman kedua kita yang asing dan sepi di saat kita melihatnya dari duduk kita di bumi

Itulah hadiah yang terindah yang diberikan untuk kita nikmati setelah kita berjaya harungi dan lalui dengan penuh ikhlas hati mendidik permata-permata hati iaitu sang suami dan anak anak kita tatkala menginap di bumi...
.

Bercanggah pendapat dengan pasangan?

Bercanggah pendapat dengan pasangan?

Jangan terus meluru mencari ibu bapa...

Jangan terus meluru mencari rakan-rakan...
Jangan terus meluru mencari facebook...

Cepat-cepat cari Allah s.w.t... bangun di sepertiga malam...

Mengadu..Menangis...dan kemudian bertenanglah...

Keesokkannya pasti berita gembira hadir menjelma...

Dan berbahagialahh hingga ke syurgaa bersama....



Nikmat syurga yang didekatkan

Nikmat syurga yang didekatkan

Dalam melayari rumahtangga hubungan seksual adalah sangat penting...Diantara nafkah zahir dan batin...Nafkah batinlah yang paling sukar untuk seorang suami berikan...

Para suami hanya beranggapan nafkah batin itu sekadar "melepaskan hajat".

Namun hakikatnya nafkah batin adalah nafkah belaian batiniah kepada isteri...iaitu kelembutan...penghormatan...belaian sentuhan...belaian jiwa...dan belaian perasaan...

Bagaimana Rasullah S.A.W mendatangai Aisyah R.A. yang ketakutan saat di hampiri baginda...

Rasulullah S.A.W sangat bijak memberikan minuman susu terlebih dahulu kepada Aisyah...Kemudiannya Rasullullah S.A.W. menggunakan bekas bibir Aisyah R.A lalu meminum baki susu yang telah diminum Aisyah R.A. Simboliknya perlakuan Rasulullah S.A.W. itu dapat kita lihat betapa santun dan sangat bijaksana Rasulullah S.A.W. dalam menyantuni dan mengambil hati isterinya...

Dengan itu hilanglah ketakutan Aisyah R.A dan nyamanlah jiwa seorang isteri yang sedang kerisauan dan ketakutan kerana pertama kali dihampiri seorang lelaki yang bergelar suami....

Begitulah contoh mudah nafkah batin teladan Rasulullah S.A.W kepada umatnya...

Moga moga rumahtangga yang dibina oleh pasangan suami isteri terbina dan berlandaskan kasih sayang dan keimanan terhadap Allah S.W.T. semata mata dan berlanjutan sehingga ke jannahNya...

Dan yakinlah segala nikmat dunia yang kita miliki ini amatlah kecil berbanding nikmat syurga yang tiada bandingannya. Semoga redha Allah S.W.T. jua yang kita raihkan sehingga membawa kita kepada rahmat dan kasihNya...

Kepada yang memerlukan