![]() |
| KLIK MOHON PINJAMAN DANA RUMAH MAGIS CINTA |
Tak setiap saat poket kita penuh
Ada masa ada ketika kita diberi "rasa" poket kering
Waktu itulah, belum makan apa apa dari pagi
Waktu itulah, anak anak nak makan belum jamah apa apa baru bangun tidur
Waktu itu juga, emak minta nak sesuatu
Waktu itu juga, ayah demam, panadol sebiji pun tiada di rumah
Sesak perit dan pedih saat itu hanya Tuhan sahaja tahu
Nak meminjam kepada siapa?
Nak meminta malu pula
Kak Yong harap sangat bantuan yang akan dibuka ini sampai kepada insan insan yang memerlukan.
Tolong bantu share kepada yang perlu.
Kak Yong nak cuba jadikan RUMAH MAGIS CINTA sebuah rumah menumpang kasih bilamana keadaan sangat sangat terdesak
Tapi ada syaratnya
Syaratnya kena bayar balik pinjaman yang diberikan saat sesak itu
Ya lah untuk kita bantu orang lain pula.. Boleh tak? Janji?
Kepada yang benar benar memerlukan jumlah RM10.00 hingga RM100.00 untuk makanan dan keperluan mendesak
Mohon isi permohonan di sini, Kak Yong cuba secepat mungkin membantu
Apapun tetap kena isi borang supaya rekod keluar masuk duit jelas dan sama sama kita boleh bantu seramai yang perlu
Okeh?
ISI BORANG INI UNTUK DAPATKAN DANA PINJAMAN RUMAH MAGIS CINTA
https://forms.gle/BhoxMVJA3FXVEs48A
Semoga segala kesulitan kita di dunia dan di akhirat dipermudahkan olehNya
Salam Sayang
Ikhlas
Cinta
Ilahi
26/3/2026
8.23pm

No comments:
Post a Comment