Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Friday, 14 May 2021

PALESTIN #ISRAELKOYAK #SHAMEONISRAEL

Janji Tuhan

Bumi Palestin tempat Masjid Al-Aqsa

Bermandi darah

Janji Tuhan

Bermandi airmata

Janji Tuhan

Menyaksikan keimanan hambaNya

Tiada yang lain

Semata-mata kerana 

Janji Tuhan

Suatu hari janji ini akan tertunai

dan kita

Apakah termasuk ke dalam golongan yang mendapat 

Janji Tuhan

atau kita sekadar menjadi saksi pada suatu masa 

Janji Tuhan ini

terlaksana 

yakni

KEMENANGAN jua!!



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Sunday, 9 May 2021

Junni Beauty Alor Setar

 Yeayyy... New LOOK 2021


Semangat nak raya ni kan. Jom pakat-pakat gebukan licinkan dan pinkishkan wajah dengan Junni Beauty Cosmetics

Bila lagi kan? Dah lama sangat bertangguh untuk tampil berseri di hari raya bersama tersayang

Apa salahnya surprisekan cik abg dengan penampilan menarik dan memukau

Tak ke gitu

Jom tempah sekarang set yang bersesuaian dengan keperluan anda. @01128679886


White BASIC RM49.00


Instant SCRUB RM39.00


Glowup RAYA RM95.00


Rich and LOVE Shower Cream RM63.00

Pinkish White SET ADVANCE RM127.00



TESTIMONI









LOVELY FOUNDER PUAN ELLA



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Saturday, 8 May 2021

Pengalaman bersalin di HSB Alor Setar Kedah

Ada Mommy yg tanya pasal bersalin di HSB Alor Setar 

Sy share sikit 

Sy GDM on ubat makan 2 kali sehari (kadang2 makan kadang dot dot dot)

Sebab GDM kena masuk wad 38weeks sepatutnya 28hb 4. Tapi kena pergi PAC awal sehari. So 27hb 4 saya serah diri jam 4ptg 

Masuk PAC saya n husband semangat usung beg baby n beg mommy bagai naik ke tingkat 1 PAC. Sampai ja di PAC nurse suruh husben bawa balik semua beg. Tak perlu   bawa apa apa ke PAC kata nurse.Kemudian husband perlu turun semula buat pendaftaran di lobby bawah bawa bersama ic mommy. Mommy pulak terus masuk ke PAC sehelai sepinggang 

Lepas tu dalam jam 7malam selepas selesai semua urusan mommy dalam PAC tu, barulah mommy dapat masuk wad. 

So lepas tu, barulah nurse call husband suruh datang bawa beg dan bawa makanan siap2 dan disebabkan covid sekarang suami perlu tinggal beg dan makanan di pengawal saja 

Sedih rasa time makanan dan beg tu sampai ,sebab tak dapat jumpa husband. 

Awal2 tadi time  turun kena tinggal dengan hsben  dekat PAC tu belum sempat cium tangan mintak halal 😒😒

Tetiba sayu jer time tu.huhuhuhu.Takut takut tak selamat melahirkan. 😭😭 (drama kejap dengan diri sendiri) 

Adoyyy panjang pulak menaip lenguh pulak. 

Pendek cerita 

Esoknya 28hb 4 first masuk ubat induce jam 7pagi 

Kemudian betul2 sakit 2 minit sekali jam 3ptg

Terus bgtau nurse 

Terus nurse cek jalan dah buka 6cm 

Terus tolak ke dewan  bersalin 

Sharp jam 3.45ptg naik atas katil keramat tue 

Push push push tepat jam 4.08ptg baby keluar 

Alhamdulillah 

Nurse amik baby cuci sikit terus letak dekat dada 

Terus saya iqamat kan baby time atas dada tu. 

Kemudian bby pun dibawa tanpa beg pakaian apa2 atau pampers semuanya hospital siapkan untuk bby 

Mommy pulak releks2 jer dulu lepas bersalin tu sebelum kena sambung  jahit 

Lepas jahit releks2 dulu atas katil tu jam 6.30ptg baru mommy dipindah ke wad biasa 

Dan lagi sekali nurse pon dah info awal pada husben mommy dah masuk dewan bersalin dan selepas mommy bersalin

Dan bila dah pindah wad sekali lagi nurse info pada husben  dan husben datang bawa makanan saja untuk kirim pada pengawal 

Baby pulak di NICU sebab saya GDM bby perlu ditahan di NICU

Okey begitulah ceritanya serba sedikit pengalaman 

Alhamdulillah 
Mommy baby selamat😘

Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Wednesday, 5 May 2021

Tinta Isteri Telegram Channel

Sekejap sangat masa berlalu 

Masyallah
Tabarakallah

Alhamdulillah 

Saya selamat melahirkan cahaya mata ke lima 

Dalam pelbagai dugaan dan rintangan serta ujian suami isteri 

Masih mahu menambah cabaran berkeluarga 

Mudah mudahan Allah permudahkan 

Bagaimana ya kesihatan institusi keluarga sahabat sahabat dalam ni 

Masih hangat bercinta 
πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹πŸ’‹
atau masih bermuram durja 
😒😒😒😒

Saya selalu doakan sahabat sahabat sentiasa hangat dalam bercinta 

Bagi saya rahmat dan berkat pasti turun dalam suasana bercinta 

Mana mungkin rahmat dan berkat turun dalam suasana gundah gulana 

Jika ada yang masih belum mengalah dengan isteri 

Beralah sekejap

Jika masih ada isteri yang degil pada kemahuan sendiri 

Kendur kendurkanlah sekejap 

Masing masing perlu tenang 

Jangan terlalu tegang 

Jika tidak bagaimana nak duduk sekali berbincang 

Dan yang paling penting,malam malam janganlah tidur sendirian 

Berdampinglah dengan pasangan 

Pasti ada tiupan rahmat yang akan kembali menenangkan kembali perasaan 

Selamat mencuba 

Salam Sayang 

Ikhlas. Cinta. Ilahi

@yongayuni
@tintaisteri

https://t.me/tintaisteri/36


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Tuesday, 13 April 2021

Daging Kambing Perap Haji Din

 Bila nak raya ni 


Mesti ramai nak buat makan makan 

Apa kata kita cuba kambing Perap Haji Din


Mesti berebut punyalah.... 



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Sunday, 11 April 2021

Harga Daging Tempatan harini ini di Alor Setar

Ada yang sedang cari daging 

Rm38 sekilo harini 

Jelly Kelapa Premium Nyoq Legend

Jom order 

Segarkan hari anda dengan Jelly Kelapa Premium 

Nyoq Legend Team Kedah

1)Maya-0124568413
Permatang pauh

2)Lina-0192658066 
Along-0143413741
Permatang pauh

3)Intan -0163400908
Bukit pinang

4) Ayuni (01128679886)
Tol Plus Alor Setar (U)


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Sunday, 28 March 2021

Kod Tidak Berjaya GKP PERMAI

 Assalamualaikum

Semoga semua nya sihat ya

Ada tak kawan kawan yang sudah terima GKP PERMAI? Bila kah wang kawan kawan masuk

Bagi yang melihat status tidak berjaya boleh kawan kawan tolong komen? 


Alhamdulillah syukur kepala Allah. GKP 1 dan 2 sudah masuk ke akaun masing 

Terima kasih kerajaan Malaysia. Sayang kamu.. 



Monday, 22 February 2021

Anak-anak ibu dah besar.. syukur Ya Allah

 Alhamdulillah

Tahun ni 2021 kakak Awliya dah masuk darjah 4 Setia di Sekolah Kebangsaan Convent

Kakak dapat jadi pengawas pusat sumber. Alhamdulillah, syukur. Tahniah kakak!!

Dapatlah kakak pakai pakaian seragam pengawas. Segak bergaya lah kakak. Hehe



Alhamdulillah

Assufina dah darjah 3, umur 9 tahun di Sekolah Kebangsaan Convent

Kesian Sufi katanya Sufi pun nak jadi pengawas macam kakak

Haha. Sabar yaa sayang ibu hitam manis. Nanti sampailah masa Sufi pulak

Jangan sedih-sedih. 




Alhamdulillah

Anak ketiga ibu Abidullah Awwadi tahun ni dah masuk darjah 1, 7tahun di Sk Tunku Raudzah

Tapi dah sebab covid ni Awwadi belum dapat merasa ke sekolah baru. Huhu

Tak lama lagi sekolah akan dibuka. Yeayyyy. Semua anak-anak dah tak sabar nak ke sekolah macam biasa

Semoga semua baik-baik saja di sekolah nanti

Alhamdulillah

Anak ke empat ibu Abidullah Awwabin

Tahun ni Awwabin dah 6 tahun. Awwabin masih di sekolah lama Sek Keb Gerigis

Cikgu kesayangan Cikgu Habibah dah tak mengajar di Sk Gerigis

Semoga Cikgu Habibah sentiasa di dalam rahmat Allah walau di mana jua berada

Sayang cikgu bibah




Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Cahaya mata kelima

 Allahuakbar

Alhamdulillah

Syukur

Tak lama lagi anak-anak ibu nak dapat adik. Kakak-kakak dan abg-abg seronok nak dapat adik.

Ibu pun seronok. Dah lama ibu tak beranak ni. Aduhh..takut juga rasanya

Awwabin dah 6tahun sekarang Kakak Asilah 10 tahun. Kakak Assufina 9 tahun. Abang Awwadi 7tahun.

Allahuakbar cepatnya masa berlalu

Terima kasih Ya Allah pinjamkan masa dan ketika yang pernah berlalu

dan sudi meminjamkan lagi masa hadapan untuk ibu,abah dan anak -anak

Semoga semuanya dipermudahkan 

Jangkaan ibu nak bersalin pada 13hb Mei tapi disebabkan kali ni doktor kata ibu ada kencing manis, doktor pesan supaya ibu bersedia untuk melahirkan awal 

Aduh. Ibu takut sebenarnya. Aduh. Doa sahaja ibu panjatkan semoga semuanya dipermudahkan

Anak-anak menemani abah buat kerja pasang bumbung. Ibu kena pun ada sekali. Tapi kejap saja.Ibu nak masuk kerja.



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Sunday, 11 October 2020

AMERICAN MURDER :THE FAMILY NEXT DOOR DOKUMENTARI KISAH TRAGIS PEMBUNUHAN OLEH SANG SUAMI PENYAYANG

Baru selesai khatam dokumentari di NETFLIX berkenaan kisah pembunuhan tragis WATTS FAMILY.

Tahi lalat di kepala Watts mengingatkan saya tentang pembacaan berkaitan tahi lalat di kepala selalunya dikaitkan dengan orang bijak pandai dan keras kepala

Dari sudut watts dia mungkin masuk kategori keras kepala

Mana tidaknya betapa dia nekad membunuh isteri dan anak-anaknya hidup-hidup

Siapa yang belum tonton, boleh saksikan secara real reaksi seorang penipu yang mati-mati sedang menafikan perbuatannya

Pertama sekali saat Watts melihat video aksi dirinya mengundur kenderaan untuk meletakkan mayat isterinya di truck, watts mengelisah menghembuskan nafas kuat sambil tangannya di kepala seolah-olah lintasan hatinya "mampuih aku!"

Semuanya bermula apabila Watts jatuh hati kepada seorang wanita rakan sekerjanya dalam 2bulan sebelum pembunuhan ini berlaku

Perkenalan yang singkat itu membuatkan watts nekad dan memasang cita-cita  untuk hidup bersama kekasihnya itu

Watts juga sebenarnya menipu kekasihnya bahawa dia dan isteri dalam proses perceraian. Padahal tidak.

Pada 13hb Ogos 2018 isteri Watts ,iaitu Shanon pulang dari trip perniagaan pada jam 2pagi dihantar oleh rakan

Kemudian mereka sempat melakukan hubungan intim

Sehingga sebelum siang Watts mula suarakan tentang hubungan mereka yang tidak mungkin boleh diteruskan dan mahukan perceraian

Lalu Shanon berkata jika begitu Watts tidak akan lagi boleh bertemu dengan anak anak mereka

Lantas, Watss terus mencekik Shahnon sehingga mati dan membawa mayat shanon ke tapak operasi pangkalan minyak tempat Watss bekerja. Watss juga membawa 2 anak kecil yang berusia 3 dan 2 tahun. Kemudian Watss menggali lubang dan menanam mayat Sharon. Setelah selesai urusan mayat Shanon ,Watts kemudian mendapatkan anaknya yang berumur 2 tahun dan menekap anaknya menggunakan selimut yang dibawa anaknya itu sehingga mati dan membuang mayat anaknya ke dalam tangki minyak. Setelah itu dia turun dari tangki minyak dan menekap pula anaknya yang berusia 3tahun. Anaknya yang 3 tahun sempat berkata. Adakah "ayah akan lakukan pada saya seperti yang ayah lakukan kepada adik" Anaknya sempat merayu jangan. Tetapi tidak diendakan dan setelah anak itu mati, sekali lagi dia membuang anaknya ke dalam tangki minyak yang lagi satu.


Begitulah tragisnya kematian isteri dan anak-anak kesayangannya

Hanya kerana cita-cita yang membara untuk hidup bersama kekasih barunya.

Dan kekasihnya juga sangat terkejut dan tidak menyangka dan terus bekerjasama dengan polis untuk membantu apa-apa yang diperlukan.



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Monday, 14 September 2020

PENGALAMAN IBU AYAH BERPISAH

 HIKMAH IBU AYAH BERCERAI BERAI


Waktu tu umur saya menginjak ke 13tahun


Waktu di mana terlerai ikatan perkahwinan mama dan abah


Seusia meningkat remaja itu,hanya satu yang saya ingat iaitu "Malu"


Ya malu


Saya sangat malu.Malu pada kawan kawan yang bertanya.


Air mata kesedihan mengalir mengenangkan mama dan abah berpisah


Malam kejadian sewaktu abah membacakan syarat syarat sekiranya mama masih degil mahukan perpisahan masih segar dalam ingatan


Berbagai syarat abah letak kan dengan harapan mama berubah pendirian


Namun tidak.Ya mama memang nekad.Nekad mahu berpisah dengan abah


Malam itu saya menangis merayu pada mama dan abah.Janganlah berpisah


Tapi tiada apa yang mampu merubah keputusan mama


Lama saya ambil masa untuk hilangkan kesedihan


Zaman remaja saya dilalui dalam perpisahan mama dan abah


Banyak yang dilalui,biarlah saya ringkaskan sahaja iaitu sekarang di fasa perkahwinan saya sendiri sudah semakin faham dan seolah olah faham mengapa jalan perpisahan yang mama pinta


Tiada lain melainkan tiada lagi istilah sehati dan sejiwa


Ya.Itu sahaja.


Mama dan abah selalu bertikam lidah


Jarang sekali rumahtangga mereka aman


Seawal 5tahun saya sudah ingat mereka sering bergaduh


Bertikam lidah dan tidak sependapat


Dalam bermacam hal mereka bercanggah


Dari situ saya kini belajar untuk banyak mendengar dan tidak cepat menjawab dan bertelagah


Dan rasanya rezeki saya suami juga mempunyai sikap begitu


Bilamana suami juga akan diam dan tidak melatah apabila saya melepaskan amarah


Kadang kadang tidak mampu terfikir akal


Apakah ini semua kehendak Allah Yang Maha Segala yang mahu memanjangkan atau memendekkan jodoh manusia


Itulah yang saya suka fikirkan


Semata mata Allah masih menginginkan rumahtangga aman tenteram maka Allah kendurkan lidah pasangan dari cepat bertikam lidah


Mana tidaknya hanya semata mata kerana lidah hati dan jiwa raga manusia saling berkecemuk dan tidak tenteram


Benar lah pesan Imam Alghazali bahawa yang paling tajam itu adalah lidah


Kepada para suami,yang diberi akal yang lebih dan lebih juga kaum lelaki dalam segala hal


Diharap sangat para kaum lelaki dapat menahan lidah


Biarkanlah sekejap amukan isteri


Tidak setara mana amukannya melepas perasaan.Sebentar akan hilang selepas dipujuk dan dirayu


Begitulah wanita, lemah dan terlalu banyak silap nya


Pengakhiran kisah mama dan abah


Masing masing keduanya berkahwin lain dan membina keluarga kedua


Ikhlas.Cinta.Ilahi

YongAyuni

21Ogos2020

1839pm


Kepada para suami dan isteri yang sedang berusaha memujuk rayu pasangan. Di sini dikongsikan kaedah dan tips untuk anda santuni. Rumahtangga adalah jambatan ke syurga. Selama Allah dan RasulNya bertakhta di jiwa setiap isi keluarga

https://t.me/tintaisteri


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Saturday, 12 September 2020

Listen to Al Quran

 ```Ini link murottal Alqur'an 30 juz tanpa harus download,

tinggal play saja. 


Juz 1 ⇨ http://j.mp/2b8SiNO

Juz 2 ⇨ http://j.mp/2b8RJmQ

Juz 3 ⇨ http://j.mp/2bFSrtF

Juz 4 ⇨ http://j.mp/2b8SXi3

Juz 5 ⇨ http://j.mp/2b8RZm3

Juz 6 ⇨ http://j.mp/28MBohs

Juz 7 ⇨ http://j.mp/2bFRIZC

Juz 8 ⇨ http://j.mp/2bufF7o

Juz 9 ⇨ http://j.mp/2byr1bu

Juz 10 ⇨ http://j.mp/2bHfyUH

Juz 11 ⇨ http://j.mp/2bHf80y

Juz 12 ⇨ http://j.mp/2bWnTby

Juz 13 ⇨ http://j.mp/2bFTiKQ

Juz 14 ⇨ http://j.mp/2b8SUTA

Juz 15 ⇨ http://j.mp/2bFRQIM

Juz 16 ⇨ http://j.mp/2b8SegG

Juz 17 ⇨ http://j.mp/2brHsFz

Juz 18 ⇨ http://j.mp/2b8SCfc

Juz 19 ⇨ http://j.mp/2bFSq95

Juz 20 ⇨ http://j.mp/2brI1zc

Juz 21 ⇨ http://j.mp/2b8VcBO

Juz 22 ⇨ http://j.mp/2bFRxNP

Juz 23 ⇨ http://j.mp/2brItxm

Juz 24 ⇨ http://j.mp/2brHKw5

Juz 25 ⇨ http://j.mp/2brImlf

Juz 26 ⇨ http://j.mp/2bFRHF2

Juz 27 ⇨ http://j.mp/2bFRXno

Juz 28 ⇨ http://j.mp/2brI3ai

Juz 29 ⇨ http://j.mp/2bFRyBF

Juz 30 ⇨ http://j.mp/2bFREcc


Silakan disebarluaskan semoga menjadi amal jariah bagi kita semua.. 🀲🏼🀲🏼🀲🏼```



Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Thursday, 10 September 2020

Apa itu PKPD - Pkpd Alor Setar harini

PKPD di Alor Setar 

Sedih pula dapat terima berita ni. Aduh terkenang anak anak tak bersekolah.

Semoga tak merebak luas.


APA ITU #PKPD - Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan


-Semua penduduk tempatan dan pelawat yang telah berada di kedua-dua kawasan tidak dibenarkan keluar rumah sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kedua-dua kawasan sepanjang tempoh PKPD dikuatkuasakan.


-Semua aktiviti perniagaan dihentikan.


-Makanan asas yang mencukupi untuk tempoh 14 hari akan dibekalkan kepada semua penduduk tempatan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.


-Pangkalan Perubatan (Medical Base) akan dibuka di kawasan PKPD.


-Semua laluan keluar masuk kawasan PKPD ditutup.


-Bagi memastikan pematuhan perintah ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) akan mengawal seluruh kawasan.


Justeru, semua penduduk diminta untuk bertenang dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada petugas dari KKM serta mematuhi arahan pihak berkuasa.

Ringkasan PKPD Pentadbiran Kota Setar. 10 September 2020. 


Mesyuarat Khas Menteri-menteri harini bersetuju melaksanakan PKPD di DAERAH Kota Setar, 12.00malam ini 11 September sehingga 25 September. 


Individu ingin keluar masuk untuk berkerja juga tidak dibenarkan sepanjang PKPD ini. 

Kita galakan majikan benarkan Berkerja Dari Rumah BDR. 


Semua Sektor Pendidikan DITUTUP Sepanjang tempoh PKPD Pentadbiran ini. Termasuk Institusi Awam dan Swasta. 


Hanya Premis Menyediakan Perkhidmatan Perlu Sahaja Dibenarkan Beroperasi. 


Kenderaan Produk Essential dibenarkan keluar masuk. perlu dapatkan kebenaran. 


Hospital2 Klinik Dibenarkan Beroperasi 


Feri Kuala Kedah TIDAK DIBENARKAN beroperasi. 

sila guna alternatif lain (Kuala Perlis)


Sidang Media Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung Perintah Kawalan Pergerakan

10 September 2020 


Telegram COVID-19 Kedah

t.me/Covid19Kedah 


#PKPDKEDAH 

#PKPDkotasetar

#KitaJagaKita 

#KitaJagaKeluargaKita


Jemput singgah kedai online Magis Cinta Kak Yong πŸ’–

https://nas.io/formula-magis-cinta

Tuesday, 8 September 2020

SAYANG USOP #sayangusop

Siapa yang belum kenal USOP? 

Yang terlepas MENTOR 2017 pasti tak pernah kenal dengan USOP. (Sayalah tue:) 

 Tapi sekarang BIGSTAGE2020 USOP sekali lagi mencuba nasib. 

Apa yang menarik tentang si USOP niey? Heboh pasal USOP. SATU SAJA -IKHLAS 

Ya keikhlasan USOP dalam menyampaikan nyanyian dan juga dalam perwatakan USOP sememangnya sangat genuine dan pure! Serius! Cubalah tengok video video interview dan persembahan USOP. 

Jawapan spontan USOP sangat ikhlas pure. Kadang-kadang nampak blur pun banyak.hehe.Apapun itu yang buatkan USOP soo cute 

Satu lagi USOP juga selalu meniti di bibir ucapan Alhamdulillah di atas setiap pujian juri juri kepadanya Diharap sangat USOP bakal juara BIGSTAGE2020 dan membuktikan bahawa dia yang dulu digelar artis kampung mampu menang dan menawan hati para juri dan rakyat Malaysia. 

Lepas ni USOP, teruskan pula menyertai banyak lagi pertandingan 

Semoga USOP sampai ke INTERNATIONAL. 

Usop kan ade cita cita nak kahwin minah salleh gitu.. ha kita doakan USOP K GUYSSS..
https://www.xtra.com.my/hiburan/single-terbaru-usop-selamanya-sambung-kisah-aku-yang-bersalah/ - credit gambar

Kepada yang memerlukan