Viral kisah Dr. Najihah dan Dr. Hanafi baru baru ini
Rata rata yang komen di comment section mengecam perbuatan Dr. hanafi dan membela tindakan Dr. Najihah?😢
Apalah yang nak dikecam kecam sangat?
Itulah fitrah manusia.
Fitrah manusia ingin bercinta bermesra dan berkasih kasihan
Jika tidak dapat secara halal maka dorongan untuk berlaku secara haram akan timbul
Apa kata isteri Dr. Hanafi
" Hanafi, U kenalkan i macamana, u jangan cabar i?" (ayat ini dari mulut seorang isteri tidak lain penuh dengan nada sombong dan mencabar diri seorang suami, entah berapa lama diri si suami merasa hina dan tersinggung dek kata kata berbaur egois dari seorang isteri sepanjang perkahwinan)
Kemudian Dr. Hanafi menjawab
"5hb 12, I cerai u, settle" (ayat ini pula penuh sarat emosi melepaskan beban perasaan yang ditanggung selama perkahwinan itu terbina sehingga membawa kepada makan luar, mencari keperluan batin secara haram yang mana tidak terpenuhi secara halal)
Jika direnungkan sekejap
Banyak rahmat sedang turun bilamana ini berlaku (kantoi)
Pertama kemungkinan besar perzinaan antara Dr. Hanafi dan skandal boleh tamat segera jika mereka berkahwin dengan segera
Kedua Dr. Najihah tidak lagi berdosa sebagai isteri, yang mana seorang isteri jika gagal berlaku taat di saat senang dan sulit di sisi suami maka berdosa dan gagal lah dia sebagai isteri
Malahan jika situasi mereka sebagai suami isteri masih berlanjutan pula hanya memancing duka dan bala Allah jika tidak berlaku kes ini (kantoi). Kerana telah bergelumang di lembah yang memerangkap dosa bala Allah semata mata
Sekarang dah viral?
Kesannya?
Kesannya ialah hati hati sudah tercalar
Bila tercalar luka berdarah yang tak kelihatan ke mana ingin dirawat?
Ada yang merawat dengan jalan Allah
Ada yang merawat dengan jalan manusia
Jalan manusia, ialah mengadu ke sana ke sini mencari sokongan dan dokongan padu manusia
Jalan Allah, ialah kembali ke tikar sejadah berteleku dan bermunajat berdialog denganNya semata
Mana jalan yang dipilih?
Sesuai dengan keimanan yang Allah pinjamkan saat itu
Dengan pinjaman iman yang jitu,maka kembalilah insan insan terluka ini pada jalan Allah
Namun jika dipinjam iman senipis bawang maka memilihlah mereka ke jalan manusia maka semakin sakit dan semakin rosak binasa hati dan jasadnya
Dari kisah ini
Sekali lagi saya duka tekankan
Fitrah
Fitrah
Fitrah
Tidak kisahlah berstatus ustaz,ustazah,imam,bilal, siak doktor,majisret dan apa sahaja
Fitrah sama!
Perlukan belaian dan rangsangan cinta
Belaian dalam suasana yang disukai dan disenangi
Cinta dalam gelora yang dipupuk dan dibajai
Jika terpelihara belaian dan cinta
Peratusan untuk mencari yang haram boleh menurun
Namun jika tiada belaian dan cinta
Atas dasar apakah talian itu ingin dibina
Jika berdasarkan semata mata kasih Allah dan kasih Rasulullah
Perlu difahami kasih Allah dan kasih Rasulullah juga perlu kepada tindakan yang di sebut sunnah Rasulullah dan begitu pula kasih kepada Allah juga perlu kepada yang dinamakan sunnatullah
Jika tiada praktikal sunnah Rasulullah dan sunnatullah maka tidak lah menjadi sesuatu kemenjadian itu
Sebagai contoh sunnah Rasulullah yang berlaku di dalam rumahtangga iaitu pujuk rayu yang Rasulullah tunjukkan di saat mendatangi Aisyah dengan memberikan Aisyah segelas minuman susu, kemudian di ambil gelas susu yang diminum Aisyah itu diminum pula di bekas bibir Aisyah oleh Rasulullah
Agak agak berlaku atau tidak suasana itu di dalam rumahtangga kita harini?
Jika itu berlaku maka itulah tanda kita sudah mengikut sunnah Rasulullah dan setelah diikut apa berlaku? Maka melimpah limpahlah rahmat dan bahagia ke dalam rumahtangga asbab mengamalkan sunnah itu
Begitu pula sunnatullah penciptaan wanita adalah berlemah lembut dan manja
Begitu pula sunnatullah penciptaan suami ingin diangkat dan disanjungi
Apakah kita sudah cukup menjadi wanita yang lemah lembut di dalam ketegasan dan manja di dalam kemarahan?
Atau kita sebagai wanita terpedaya dengan dunia untuk berada satu level mencabar diri seorang lelaki yang telah Allah beri kelebihan padanya
No comments:
Post a Comment