Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Tuesday 9 May 2017

Lelaki kecundang

Berapa ramai di kalangan suami yang mampu menahan diri di medan pertempuran batin menahan gelora rasa bersama pasangan? 

Rata-rata gagal mengawal dari
menahan gelora sehingga menyebabkan dayungan terpaksa berlabuh sebelum waktunya?

Bagi isteri, mereka malu untuk menyatakan ketidakpuasaan pelayaran itu, maka kerana itu terjadinya banyak kes perceraian yang didaftarkan dan faktornya adalah kerana masalah kegagalan layanan batin dari suami yang telah mendorong isteri kemurungan dan tertekan lantas mengundang terus ke kancah perceraian. Dalam sedar atau tidak, sikap malu isteri dan sikap ego suami yang tidak sedar kelemahan diri telah menjadi pemusnah istana cinta yang dibina penuh warna-warni di awalnya.Apakah solusinya? Berbincanglah... suami dan isteri..saling berbincang dari hati ke hati..Terutamanya isteri, jangan ada rasa malu terhadap suami, cuba nyatakan dengan jelas keinginan kepada layanan dan belaian di ranjang yang sehingga mampu menimbulkan klimaks yang mana memberikan ketenangan dan keharmonian.
Ayuhh..hayatilah nikmat tuhan buat makhluknya..dijadikan darimu wanita untuk engkau bersenang dan berasa damai denganya,maka hargailah dia, buanglah segala ego dan resah melayani kerenahnya kerana di sanalah bahagia seorang suami. Maka itu, belailah kasihilah dan berilah sepenuh layanan dan belaian sehingga dia sampai ke puncaknya menikmati cinta dari suami si pujangga yang diimpikannya. Kekecundangan anda adalah perosak jiwa dan hatinya. Jagalah jiwanya wanita mu kerana  dia pasti akan setia menemanmu selama-lama. Selamat berjuang wahai para kelana bahtera...



No comments:

Post a Comment

KEKUATAN MAAF

Beruntunglah.. Beruntunglah jika anda punyai hati yang mudah memaafkan Jangan sesekali merasa keberuntungan itu dalam pemilikan harta ataupu...