Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday 7 May 2017

Jamu Seri Perawan terbaik dari utara


Hye ibu-ibu ceria?

Dalam kesibukan bekerja, beriadah, bersukan dan juga ber apa-apa sahaja..

Jangan dilupa penjagaan rahim amat penting. Bagaimana? Jika tidak ?

Jika tidak, anda akan kehilangan suatu harta yang paling bernilai iaitu

"NIKMAT SIHAT"
"NIKMAT BAHAGIA"

Saya juga sama seperti anda, culas,malas dan leka.. Mujurlah ada di sisi sang mertua yang amat amat menitik beratkan perihal kewanitaan. Mak sangat-sangat bising mulut jika saya dan anak anak menantu lain culas dan malas, Kata mak, suatu waktu dulu mak pernah keguguran, dek keguguran mak menganggap biasa-biasa dan tidak perlu untuk berpantang bagai seolah beranak. Natijahnya amat maha dahsyat, mak telah diserang demam, kemudian lesu dan lemah dan kesejukkan setiap kali hujan turun sehingga lagi dahsyat hampir hampir terkeluar tombol (rahim) (nauzubillahh). Sakitnya mak kata hanya tuhan sahaja yang tahu...
Sejak itulah, mak kembali berpantang dan kembali bertunku dan kemudian mak meneruskan dengan amalan jamu.. Alhamdulillah kata mak hingga sekarang mak berusia 57tahun, mak masih kekal dengan kesihatan dan keserian wajah yang ceria dan sihat.. Alhamdulillah berkat izin Allah Taala jua. kita hanyalah berusaha.

Ayuuuhhh semua...jagailah peranakan dan kewanitaan anda...Anda sihat suami bahagia anak-anak ceria...















No comments:

Post a Comment

KEKUATAN MAAF

Beruntunglah.. Beruntunglah jika anda punyai hati yang mudah memaafkan Jangan sesekali merasa keberuntungan itu dalam pemilikan harta ataupu...