Tak seorang pun di dunia ini yang akan terlepas dari dua zaman ini.
Iaitu zaman gelap dan zaman cerah hidupnya
Gelap ini maksudnya dosa
Cerah ini maksudnya pahala
Cuma jika kita belum sedar, bahawa zaman gelap dan zaman cerah itu wujud, maka kita tidak akan berhati hati dengannya
Namun jika kita sudah tersedar akan kewujudannya. Insyallah kita akan semakin tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak perlu kita lakukan
Bagi isteri, zaman gelapnya adalah apabila hatinya penuh dengan dosa bisikan yang buruk dan salah sangka
Selagi dia hidup di alam bisikan buruk dan salah sangka tentang rumahtangganya
Maka zaman gelap itu akan kekal lebih lama
Bilamana hidup di alam kegelapan, apa yang dirasa?
Pastinya rasa sempit sesak dan tidak mampu bernafas dengan tenang dan gembira
Segeralah kita sedar jalan keluar zaman kegelapan kita, jika tidak merugilah kita di dalam kegelapan itu
No comments:
Post a Comment