Sedapnya ayam masak kicap. Nyummyyy
Nak nak pula makan dengan nasi panas tengah lapar pulak. Allahu memang sedap.
Jom cuba resepi mudah simple sedap ayam masak kicap by ibu YongAyuni
RESEPI AYAM MASAK KICAP
Ayam Seekor potong 14
Halia Seibu Jari
Bawang Merah 2 ulas (hiris mayang halus ), Bawang Besar 2ulas (sebiji hiris mayang halus, sebiji hiris bulat)
Bunga cengkih 5biji , Bunga Lawang 2 biji , Buah Pelaga 5biji, Kulit Kayu Manis sekeping
Air asam jaya secawan
Kicap soya (Jenama Mudim)
Sos Cili
Sos Tomato
Sambal Cili Kering (pilihan)
Ok. JOMM MULAKAN..
Pertama sekali, basuh ayam bersih sebersihnya selawat jangan lupakan.
Kemudian goreng ayam yang sudah siap dikunyit dan digaramkan selepas basuh tadi
Waktu menggoreng jika suka garing, pastikan goreng hingga masak garing ayam tu.
Jika suka ayam lembut, jangan goreng sampai masak garing, goreng masak separuh saja
Kemudian asing kan ayam yang dah digoreng
Bekas minyak goreng, buang sedikit ke bekas simpanan. Bakikan minyak goreng ayam tadi lebih kurang satu cawan minyak untuk menumis
Tumiskan bawang merah 2 biji yang dah hiris tadi dan bawang besar sebiji tadi masukkanb sekali bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga,kulit kayu manis dan halia yang siap dihiris
Gaul sekejap tumisan itu hingga naik wangi
Kemudian masukkan air asam jawa secawan, kacau lagi masak hingga mendidih kemudian masukkan sos cili, kicap dan jika ada sambal tumis pedas masukkan sambal 2 sudu, jika tiada masukkan sos cili dan sos tomato lebih kurang 10 sudu begitu juga kicap masukkan 10 sudu.
Kemudian masak hingga mendidih dan masukkan gula 3sudu garam secubit dan jika agak kering masukkan air satu cawan
dan bila sudah pecah minyak siap untuk dimakan. Perghhh!
Oopss jangan lupa sebelum tutup api boleh masukkan lagi sebiji bawang besar yang di hiris bulat dan cabai kering jika suka
No comments:
Post a Comment