Salam sayang
Salam kasih
Salam cinta
Harini masih lock down
Dia tengok muka kita😂
Kita tengok muka dia😆
(bersyukurlah masih diberikan kesempatan menatap wajah pasangan)
Banyak perkongsian di media sosial mengenai pasangan atau ahli keluarga yang dah pergi menghadap Ilahi
Mengejut pulak tu, nak nak varian baru covid yang seolah olah pembunuh upahan terlatih.Pantas dan tangkas membunuh. Allahuakbar.
Takut. Risau.
Kita mampu buat apa apa kah?
Ya mampu!
Mampu menghargai masa dengan sebaik nya
Kalau harini saat ni belum cium tangan pasangan. Cepat cepat tarik tangan pasangan kita. Cium. Kucup. Berulang ulang kali
Kalau boleh sambil2 terselisih bahu cepat cepat tarik tangan kucup tarik pinggang peluk
Kalau ada anak, lagi baik. Biar anak tengok. Oohh macam ni mak ayah aku. Biar anak belajar begini caranya nanti bila hidup berpasangan.
Boleh tak buat macam tu?
Hurmm?
Tak boleh?
Kenapa?
Sebab semalam sakit hati dekat pasangan tak settle lagi
Si dia tak pujuk lagi.
Si dia duk tunjuk muka masam tak habis habis lagi.
Mogok si dia kalau tak seminggu mesti sebulan
Marah si dia kalau kita layan lagi menjadi jadi
Mood si dia kalau dah ke laut buruk bebenar! Naik meluat saya!
Adoyyaii. Yer ker?
Sampai macam tu?
Penat lah
Penat melayan kerenah
Semua yang dibuat ada ada sahaja tak kena, tak menepati keinginan?
Saya pon dah tak tahu dah?
Hurmmmmmmm
Amik nafas.......... Dalam dalam.....
Hembussss.. Perlahan lahan......
Buka sekejap Al Quran
Mana mana halaman.
Tengok tepat ke satu ayat!
Cuba baca ayat yang anda tengok tu beritahu apa??
Kalau dah jumpa ayat tu tolong send pada saya
Saya nak beritahu sesuatu
Salam Sayang. Kasih. Cinta. Ilahi.
YongAyuni
Join channel telegram untuk mendengar luahan isi hati isteri tercinta
https://t.me/tintaisteri
No comments:
Post a Comment