Sayangg kakak!!
Syukurku padaMu

Saturday, 21 October 2017
Kakak dah nak masuk 7 tahun
Lama rasanya ibu tak berceloteh. hurrm...kakak sudah menginjak usia ke 7 tahun pada tahun hadapan 2018. Baru 2 minggu lepas (7 Oktober 2017) kakak ke peperiksaan untuk menduduki Sekolah Rendah Islam Alor Setar SERIAS. Besar keinginan ibu untuk melihat kakak terdidik di sekolah agama. Mana tidaknya, ibu dahulu hanya bersekolah rendah biasa. Terasa begitu kurang didikan agama yang ibu perolehi. Sebab itulah ibu ingin sangat anak-anak ibu mendapat pendidikan agama dengan jayanya. Nak harapkan ibu? Ibu pun tak pandai. Ibu pun compang camping jalankan agama. Bila dah semakin tua, ibu rasa sangat sangat perlu mengharapkan ilmu anak-anak ibu. Arwah tok mama kakak juga dah tak ada di samping ibu sekarang. Ibu betul-betul rasa sunyi dari agama. Kalau dulu ibu bersama tok mama, tok mama lah yang banyak peringatkan ibu tentang agama. Tentang pengajian al-quran dan tentang persiapan kematian. Bila tok mama meninggal, ibu rasa hilang sumber kekuatan ibu untuk mendalami agama. Tak sabar ibu nantikan keputusan kakak. Disamping sekolah rendah islam, ibu pun dah siapkan mendaftar kakak di sekolah rendah kebangsaan SJK (C) KEE CHEE di hadapan rumah kita. Mana tahu tak ada rezeki kakak di sekolah agama. Kakak akan teruskan di sekolah rendah kebangsaan. Ibu dengar khabar pengambilan cuma 170 orang di SERIAS. Kehadiran temuduga pula hampir 300 orang. Allahh.....Ibu harap berdoa supaya ada rezeki kakak di situ.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kenapa menulis = Kerana KEABADIAN
Tiba tiba lalu di FB, satu post "MENULISLAH UNTUK KEABADIAN" Wooooww.... Hatiku bertedak, jiwaku melodak Menulislah untuk keabadi...

-
Mas Cotek Daun dan buah Mas cotek (Sumber: Foto daripada http://www.majalahsains.com/mas-cotek-tumbuhan-herba-ajaib/...
-
Aku dapatkan ilmu ini, yakni tentang "Ghairah yang tidak perlu" pada usia lebih kurang 25 tahun.. iaitu lebih kurang 14 tahun lal...
-
Bahagia dan Berjaya Impian sesiapa sahaja...... Namun bukan mudah untuk mendapatkannya Ada banyak yang perlu dikorbankan Cuma ada yang terpa...
No comments:
Post a Comment