Bismillahhirahmanirrahim...Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Seiring peningkatan usia,aku dapati banyak yang aku belajar, terutama bagaimana mengawal dan bertindak menggunakan akal dan kemahuan. Tidak seperti waktu aku masih belum tua dan dewasa.Aku banyak mengikut keinginan dan kerakusan. Rakus dalam apa sahaja ingin dibuat tanpa memikirkan sesaat akan kesan pada tindakan itu. Natijahnya apabila dewasa dan tua sekarang aku menerima impaknya. Walaupun begitu, tiada kekesalan bagi aku, kerana bagiku ini semua hanyalah sebahagaian daripada ilmu-ilmu hidup. Ilmu inilah yang mencapaikan aku pada tempoh dewasa dan tua. Bilamana dewasa dan tua ini aku semakin tenang, semakin teratur dan yang lebih penting semakin "cool" dan "steady". Tiada lagi hiruk-pikuk pada perkara yang aku kejarkan. Semakin kurang penat lelah pada setiap urusan dan lebih penting sekarang adalah bagaimana menghadapi dewasa dan tua yang lebih bermakna untuk aku bekalkan menjadi dewasa tua dan berguna pada masa akan datang selanjutnya.InsyaAllah dengan izinNya...
Menjengah kisah muda yang aku rakuskan kisah ini berlaku pada tahun 2009, di mana waktu itu aku baru sahaja dilantik sebagai penjawat awam, Syukur alhamdulillah. Sebelum itu, aku adalah seorang usahanita yang tidaklah hebat cukup sekadar di dalam poket sentiasa berisi wang harian mencecah ratusan ringgit lantaran perniagaan pemasaran yang aku lakukan. Setiap kali ada pelanggan maka adalah komisyen untuk aku, Sudah pastinya, hari-hari aku didatangi pelanggan dan hari-hari juga lah aku berisi wang di dalam poket. Agak membahagiakan.
Kisah sadisnya bermula apabila aku menjejakkan kaki ke putrajaya sebagai penjawat awam, aku di ajak seorang rakan. Katanya jom makan-makan, Aku pula mengajak seorang lagi rakan juga dengan mengatakan, jom kita makan-makan. Rupanya di sana adalah tempat makan-makan bagi sekumpulan peniaga meniaga larut malam iaitu MLM (multilevel marketing). Disana aku diperkenalkan dengan rakan-rakan penjawat awam yang sudah kebanyakkannya berhenti kerja gara-gara ingin fokus pada perniagaan yang menebalkan poket berbanding gaji sebagai penjawat awam. Aku, terpinga. Melihat deretan kereta mewah Nissan GTR, Z4, Mini Cooper dan lain-lain lagi. Terimbau kenangan aku menjadi usahanita sebelum ini yang juga poket sentiasa tebal berisi wang berbanding sekarang sebagai penjawat awam bergaji bulanan yang amat menyesakkan menanti bulan ke bulan. Akhirnya aku turut bersama mereka ingin merasai kehidupan berpoket tebal dan berkeretawa mewah sebegitu. Dalam masa tidak sampai sejam perjumpaan kali pertama itu, aku menurunkan tandatangan mengisi borang pinjaman bank berjumlah RM50K untuk perniagaan tersebut. Dimana RM41K untuk nilai wang perlu aku belanjakan membeli produk manakala bakinya untuk aku gunakan sendiri untuk perniagaan yang aku jalankan sebelum ini yang perlu aku langsaikan segala tunggakan pernigaan yang aku sudah berhentikan.Perjalanan bermula dengan lancar apabila aku berjaya mendapat rakan niaga, aku mendapat pulangan wang sebanyak RM13K untuk seorang rakan tersebut. Selepas dari itu, aku mendapat pula RM1K dari seorang lagi rakan niaga baru. Kemudian, ditakdirkan, permohonan aku untuk berpindah semula ke kampung halamanku berjaya. Maka aku pun meninggalkan Putrajaya dengan harapan aku akan meneruskan perjalanan ku di dalam MLM ini sampai ke kampung halamanku. Namun, sangkaan ku meleset. Apabila aku di kampung, aku sudah tidak lagi berhubungan dengan rakan-rakan niaga di Putrajaya dek kerana urusan bersama keluarga bila mana ibu aku jatuh sakit dan memerlukan perhatian yang agak rapi. Maka tamatlah cita-cita aku ingin berkereta mewah di Putrajaya. Namun tinggallah aku masih sebagai penajwat awam yang perlu membayar hutang itu selama 15tahun. Sungguh aku ketawa sendiri sekarang. Betapa aku sangat mudah dan rakus pada keinginan yang tinggi namun tanpa perancangan yang rapi.
Apalagi yang aku sangsikan.Apalagi yang aku kesalkan.Tiada yang kurang pemberianMu.Hanya amalku.Ku pohon redha dan rahmatMU. Pimpinlah daku ke jalan Mu.Wahai Tuhan.Magis-magis cintaMu terlalu agung.Tiada tandingan cintaMu terhadap hamba
Syukurku padaMu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 by 1 Session. Step by step Guidance
Hilangkan belenggu anda segera Hubungi KYA di sesi 1 by 1 Semoga usaha kecil ini menjadi nikmat besar mengubah kehidupan anda Sayang selalu ...
-
Mas Cotek Daun dan buah Mas cotek (Sumber: Foto daripada http://www.majalahsains.com/mas-cotek-tumbuhan-herba-ajaib/...
-
Jom order Segarkan hari anda dengan Jelly Kelapa Premium Nyoq Legend Team Kedah 1)Maya-0124568413 Permatang pauh 2)Lina-0192658066 Along-...
-
Sejak menjadi ibu tahun 2011, anak gadis ibu semakin membesar tidak terasa Allahuakbar... Allah Maha Besar... Cabaran mendampingi anak gadis...
No comments:
Post a Comment