Dalam mencapai cita-cita hidup yang tak pernah habis, sesekali terasa kepenatan, kejerihan, keperitan, kepayahan..cita-cita yang tumbuh bagai cendawan selepas hujan, kemudian mati jua seberapa ketika. Itukah cita-cita?
Cita-cita yang selama mana ingin dikejar? ingin dikendong? ingin digapai?
Akhirnya ke kubur jua singgahan abadi...
Apakah ini keluhan seseorang yang berputus asa?
Tidak, sama sekali tidak. Inilah hakikat.
Bila mana hakikat ini dicapai maka akan menghampirkan manusia ke arah cita-cita abadi, mengumpulkan bekalan, mengumpulkan amalan, mengumpulkan segala jenis kenderaan untuk melalui jalan asing menuju destinasi abadi.
Cukupkah solatnya? qadonya? puasanya? zakatnya?
Sebagai mukmin sejati , kematian adalah pintu dari pintu-pintu syurga. Maka kerana itulah mendekati mati adalah perkara mahupun cita-cita mutlak yang akan digapai dengan penuh jayanya.Bukan bermakna "berjihad" dengan bom ataupun senjata,namun bercita-cita menemukan pengakhiran yang penuh bekal dan ilmu alam untuk menghadapi alam yang ke seterusnya.
Syukurku padaMu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakabar Tak sikit cabaran menjadi orang dewasa Dulu dulu zaman kanak-kanak,zaman remaja hora hore tak terkira...
-
MasyaAllah Tabarakallah Pejam celik dah berbulan tak isi content di blog....rasa bersalah pun ada pada diri, buat blog ni sepatutnya mengis...
-
Aku dapatkan ilmu ini, yakni tentang "Ghairah yang tidak perlu" pada usia lebih kurang 25 tahun.. iaitu lebih kurang 14 tahun lal...



No comments:
Post a Comment