Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Monday 12 June 2017

Cintai diri

Sebagai manusia, khalifah, makhluk berakal, terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul. Tidak seperti haiwan. Mereka hanya bertindak dan bergerak, ya memang, juga menggunakan ilmu akal mereka. Tetapi tidak sampai kepada mereka untuk mengatur seluruh alam di sekeliling yang ada. 

Berbanding manusia, manusia itu perlu memerhati, menilai, menaakul dan akhirnya membuat keputusan untuk melangkah dan bertindak. 

Seorang bapa contohnya, akan berikhtiar hidup untuk setiap yang di bawah kekuasaannya mahupun yang di bawah penjagaan dan peranannya, Begitulah juga bagi setiap jawatan atau apa sahaja peranan yang dimainkan oleh manusia sendiri.

Manusia itu pertama sekali perlu SEDAR DIRI. Siapakah dia? 
Kemudian perlulah pula KEMAHUAN DIRI. Apakah ia?
Seterusnya ingat UNTUK APA? Perlukah untuk?
Akhirnya gapai GAGAL ataupun BERJAYA?

Permasalahan pokok ini jika tidak dapat diselesaikan, mungkinkah perjalanan yang dituju itu digapai?
Atau mungkin tembok dan tebing-tebing akan terpaksa diteroka dengan sukarnya dan akhirnya kesukaran itu membuatkan manusia mengalah dan kembali semula menyamai haiwan yang sekadar hidup apa adanya untuk nya dan bukanlah untuk insan jagat sekelilingnya.

Maka kerana itu pokok persoalan yang utama perlu jelas dan difahami. Supaya kecintaan akan timbul. Keinginan akan ada.Keupayaan akan menjadi luar biasa dan seterusnya menjadi roda-roda yang sentiasa berputar menuju destinasi yang berjaya dan bahagia.

Mencintai dan teruskan mencintai, itulah akar tunjang pohon-pohon hidup supaya sentiasa rendang dan supaya terus membuahkan hasil yang hasilnya bukan untuk diri sendiri sahaja malahan adalah untuk alam jagat yang disekeliling manusia itu jua..

Mencintai diri sendiri yang telah difahami itu tadi, menghasilkan buah amal yang dapat sama-sama dinikmati oleh setiap makhluk lainnya

"Perjuangan seorang pejuang adalah memperjuangkan dan apa yang diperjuangkan bukanlah untuk nya tapi adalah untuk apa yang dicintainya"




No comments:

Post a Comment

KEKUATAN MAAF

Beruntunglah.. Beruntunglah jika anda punyai hati yang mudah memaafkan Jangan sesekali merasa keberuntungan itu dalam pemilikan harta ataupu...