Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday 21 April 2024

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian menangkap gambar anak yang disembelih itu dan menghantar gambar itu kepada suaminya

Sungguh tragis

Sungguh drastik 

Sungguh sudah hilang pertimbangannya

Salah siapa

Sebagai wanita, kemelut yang melanda amat amat difahami oleh wanita dan ibu tersebut

Tidak lain itulah petanda kepenatan dan kekecewaan yang melampau telah melanda diri tanpa disedari oleh insan insan sekeliling ibu tersebut

Perihal ini jangan dihadapi dengan kecaman semata mata

Namun lihatlah isu besar di sebalik itu

Isu betapa sakit sesak dan setahap hilang akal akan melanda seorang wanita yang tiada bantuan emosi dari insan sekeliling

Membiarkan seorang wanita sendirian mengharungi fasa fasa hidupnya bukanlah suatu yang bagus

Sepatutnya insan insan sekeliling yang lebih dewasa dan matang memberikan dorongan dan sokongan kepada para ibu muda


Terutama dari si suami


Kegagalan sokongan dorongan dan perhatian tinggi pada para wanita akan mendorong hal semacam ini berlaku dengan semudahnya

 Bantulah

Ringankanlah beban para isteri 

Kasih dan kasihanilah mereka dengan sewajarnya

Jangan memandang mudah perihal emosi seorang wanita dalam sekelip mata mampu hilang akal dan pertimbangan warasnya kerana terlalu lelah dan lemah sebagai wanita yang diabaikan emosinya


No comments:

Post a Comment

KEKUATAN MAAF

Beruntunglah.. Beruntunglah jika anda punyai hati yang mudah memaafkan Jangan sesekali merasa keberuntungan itu dalam pemilikan harta ataupu...