Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Tuesday, 17 September 2024

GREAT LIFE FROM GREAT ENVIRONMENT DEVELOPING MIND

 Aku bersyukur....

Membesar dari rahim mama, berbekal benih abah, terdidik mendewasa di tangan abah tiri, emak emak tiri

Aku dibesarkan dengan banyak budi baik sekeliling hidup aku

Membentuk pemikiran aku

Mengembangkan persona diri melalui melihat insan insan sekeliling aku

Aku sedar, tidak semua beruntung mungkin memiliki persekitaran hebat yang membantu pembangunan diri aku melalui pemerhatian tanpa sedar

Maka kerana itulah, berbekal apa yang aku dibekalkan oleh orang orang hebat sekitar ku maka tertubuhnya Akademi Rohana demi supaya aku dapat menyampaikan apa yang aku dapatkan dari orang sekeliling ku itu

Terasa berat dan besar beban amanah dan pikulan ini, namun andai aku simpan sendiri

Pun terasa akan pecah dadaku jika tidak menyampaikannya pada semua sebelum aku pula menutup mata

Maka kerana itulah aku tidak berhenti sesaat malahan semakin laju aku mengejar masa masa yang berbaki

Semoga apa aku jalani akan dijalani oleh insan insan lain semoga tidak anda insan insan merasa lelah dan lemah dalam hidup

Beramal dengan pemikiran yang membenar

Membentuk tindakan dan cara urus hidup yang benar

Semoga kita tidak tewas dalam perjuangan hidup ini


No comments:

Post a Comment

Bahagia dan Berjaya

Bahagia dan Berjaya Impian sesiapa sahaja...... Namun bukan mudah untuk mendapatkannya Ada banyak yang perlu dikorbankan Cuma ada yang terpa...