Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Allah Maha Baik
Kisahku dan munajat padaNya
Macam biasalah...
Aku niey...
Setiap hari pagi dan malam
Satu bab paling crucial
Pasal "makan"
Apa nak bagi anak anak makan
Apa aku nak makan
Apa laki aku nak makan
Inilah monolog wajib tiap hari dalam diri aku
Kalau hari gaji
Monolog ni tidaklah kedengaran sangat😆
Sunyi saja monolog monolog bab ni 👆 bila time bergaji
Tapi
Bila dah nak masuk tengah dan hujung bulan belum gaji
Mulalah!🤯
Bab makan lah jadi hal
Yalah! Mana taknya, gaji dah habis
Laki aku pun, kalau aku nak tanyakan duit
Sahih sahih aku tahu dia di rumah saja tiada gaji
Rutinnya berkebun, temankan anak-anak, tak pun kerjanya baiki apa apa kerosakan mesin mesin nya, main drone, main motor, test kereta, repair mesin rumput, dan 1001 macam hobi hobinya 🤓
So senang cerita, nak cerita nya time kami laki bini kami masing masing poket kosong
Beras pun licin
Telur pun licin
Apapun xdak!
Mulalah!
Aku pon
Zikir zikir zikir😆
Ya Allah
Ya Allah
Ya Allah
Ya Razzaq
Ya Razzaq
Astaghfirullah
Astaghfirullah
Macam peluru berpandu apa sahaja terlintas aku zikirkan xfikir apa apa dah!🙈🤣
Nampak tak?
Time ada gaji?
Jangan ingat aku ni nak utamakan zikir.
Cepat cepat ja berdesup ajak anak anak jom jom p kedai ibu nak belanja eskrim niey!
Zasssss sampai kedaii
Eh?
Xde pulak aku berzikir otw nak kedai?
Yalah!
Duit dah sahih sahih dalam poket
Buat apa lagi zikir🙀
Astaghfirullahh
Aku manusia 😩
Itulah kisah pagi ni aku nak story
Al kisah jam dah nak pukul 7.30pagi
Aku dah nak keluar ke pejabat
Allahuu
Telur dah xda
Lauk dah xda
Apa pun stok dah xda utk aku tinggalkan utk anak anak dan suami dirumah
Minyak kereta pun nak isi
Memang dah nak habis
Hanya touch n go ada isi
Apa lagi
Zikir
Zikir
Zikir
Otak jemm zikir sahaja laju laju sambil sambil siapkan pakaian baby dan pek kan pakaian untuk keluar asuhan
Zikir
Zikir
Zikir
Apa saja aku lintaskan sahaja untuk buang rasa susah hati duit minyak dan stok makanan habis
Sampailah aku gendong baby
Bawa ke pagar
Buka pagar
Start enjin kereta
Tiba tiba
"yong! yong!"
Ada suara memanggil aku
"eh kak ija"
" yong, kau tolong aku yong, kau ambil duit k.ija yaa di bank,boleh yong"
"owh, ok ok boleh k.ija. berapa ambil ni"
"eh, kau ada duit dah yong, kau ambil Rm300, kau pakailah dulu Rm50 kalau kau mahu"
Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar
😓😓😓
😭😭😭
Aku terus peluk K.Ija
Aku pura pura ketawa terbahak bahak sambil memeluk K.ija dengan kuat
K.ija faham. Pelukan kuat itu kerana aku sedang menahan diri sebak dan terharu
K.ija sama ketawa, ambil lah
Terus aku pon meluru ke atm
Jolokka duit
Bawa pada K.ija dan aku belikan sedikit stok makanan dan isi minyak kereta
Allahu akbar!
Allahu akbar!
Begitulah hidupku!
Andai di tanya padaku tentang rezeki tentang wang tentang rumahtangga
Jawapan ku
Berzikirlah!
Jangan tanya mengapa slogan yang aku laungkan adalah Ikhlas.Cinta.Ilahi
Kerana Allah itu terlalu dekat mencintai membantu dan memberi
Tiada kata mampu aku luah
Hanya tulisan ku jadi hujah
Andai ku pejam mata wahai Allah
Telah aku berpesan pada semua
Jangan sesekali sesiapa diantara kami yang melupakan Engkau
Aku telah berpesan
Dan aku akan teruskan pesanan ini
Salam sayang
Ikhlas
Cinta
Ilahi
YongAyuni
1412
09032022
No comments:
Post a Comment