Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday, 21 May 2017

Kekasih malam

Angin bayu membelai
Membawa aku ke masa lalu
Di dalam pelukanmu

Syahdu
Nyaman
Damai
Indah terasa

Aku ingin sentiasa di dalam dakapanmu
Menikmati keasyikan malam itu
Hanya kau dan aku
Indah memukau sukma ku

Terbuai aku
Membawa aku ke daerah asing
Daerah yang tiada nyata
Hanya terasa  di sukma maya jiwa rasa

Tuhan
Indah hadiahMu padaku
Memiliki kekasih malam ku




Tuesday, 16 May 2017

SENDIRI AKU


Being alone has a power - - http://themindsjournal.com/being-alone-has-a-power/


Dalam tidak sedar, sebenarnya hidup ini aku jalani sendiri. 
Mana tidaknya, getar rasa di jiwa, resah gelisah, bahagia nestapa, gelora hati, amukkan pilu sedih, ketawa dan senyuman hanya aku yang merasa.

Manusia mungkin mampu melihat namun yang merasa? adalah sendiri...

Sejak aku mengenal erti sendiri, aku semakin menjadi berani, aku semakin menjadi tabah, aku juga semakin mengenal hakikat diri yang aku miliki.

Bahawa akulah penentu gelora rasa itu, akulah pendayung samudera jiwa itu, akulah juga pemilik batiniah yang hanya aku tahu.

Batin ini seolahnya tiada makna, namun hakikatnya batin yang tiada pada zahir inilah pemacu langkah kakiku azimat kekuatan aku menapak dan melangkah.

Sehingga tercapai ke destinasi yang dituju. Ianya abadi dan tanpa ragu.

Moga aku sendiri ini berjaya meniti sehingga ke persada yang dinanti.

Saturday, 13 May 2017

Lorong semalam

Tuhan

Sejak aku melalui lorong semalam
Aku semakin mengenaliMu
Aku semakin mendekatiMu
Dan lebih indah aku semakin menyintaiMu

Walaupun lorong semalam sangat perit
Sangat jerih

Aku telahpun melewatinya

Tuhan
Andai lorong semalam itulah yang perlu aku tempuh lagi
Hanya satu pintaku
Supaya aku terus mampu melaluinya
Lorong yang penuh duri

Jangan pula aku terkandas
Dan menyepi di lorong itu
Sendiri
Dan
Tiada siapa peduli

Tuesday, 9 May 2017

Lelaki kecundang

Berapa ramai di kalangan suami yang mampu menahan diri di medan pertempuran batin menahan gelora rasa bersama pasangan? 

Rata-rata gagal mengawal dari
menahan gelora sehingga menyebabkan dayungan terpaksa berlabuh sebelum waktunya?

Bagi isteri, mereka malu untuk menyatakan ketidakpuasaan pelayaran itu, maka kerana itu terjadinya banyak kes perceraian yang didaftarkan dan faktornya adalah kerana masalah kegagalan layanan batin dari suami yang telah mendorong isteri kemurungan dan tertekan lantas mengundang terus ke kancah perceraian. Dalam sedar atau tidak, sikap malu isteri dan sikap ego suami yang tidak sedar kelemahan diri telah menjadi pemusnah istana cinta yang dibina penuh warna-warni di awalnya.Apakah solusinya? Berbincanglah... suami dan isteri..saling berbincang dari hati ke hati..Terutamanya isteri, jangan ada rasa malu terhadap suami, cuba nyatakan dengan jelas keinginan kepada layanan dan belaian di ranjang yang sehingga mampu menimbulkan klimaks yang mana memberikan ketenangan dan keharmonian.
Ayuhh..hayatilah nikmat tuhan buat makhluknya..dijadikan darimu wanita untuk engkau bersenang dan berasa damai denganya,maka hargailah dia, buanglah segala ego dan resah melayani kerenahnya kerana di sanalah bahagia seorang suami. Maka itu, belailah kasihilah dan berilah sepenuh layanan dan belaian sehingga dia sampai ke puncaknya menikmati cinta dari suami si pujangga yang diimpikannya. Kekecundangan anda adalah perosak jiwa dan hatinya. Jagalah jiwanya wanita mu kerana  dia pasti akan setia menemanmu selama-lama. Selamat berjuang wahai para kelana bahtera...



Sunday, 7 May 2017

Jamu Seri Perawan terbaik dari utara


Hye ibu-ibu ceria?

Dalam kesibukan bekerja, beriadah, bersukan dan juga ber apa-apa sahaja..

Jangan dilupa penjagaan rahim amat penting. Bagaimana? Jika tidak ?

Jika tidak, anda akan kehilangan suatu harta yang paling bernilai iaitu

"NIKMAT SIHAT"
"NIKMAT BAHAGIA"

Saya juga sama seperti anda, culas,malas dan leka.. Mujurlah ada di sisi sang mertua yang amat amat menitik beratkan perihal kewanitaan. Mak sangat-sangat bising mulut jika saya dan anak anak menantu lain culas dan malas, Kata mak, suatu waktu dulu mak pernah keguguran, dek keguguran mak menganggap biasa-biasa dan tidak perlu untuk berpantang bagai seolah beranak. Natijahnya amat maha dahsyat, mak telah diserang demam, kemudian lesu dan lemah dan kesejukkan setiap kali hujan turun sehingga lagi dahsyat hampir hampir terkeluar tombol (rahim) (nauzubillahh). Sakitnya mak kata hanya tuhan sahaja yang tahu...
Sejak itulah, mak kembali berpantang dan kembali bertunku dan kemudian mak meneruskan dengan amalan jamu.. Alhamdulillah kata mak hingga sekarang mak berusia 57tahun, mak masih kekal dengan kesihatan dan keserian wajah yang ceria dan sihat.. Alhamdulillah berkat izin Allah Taala jua. kita hanyalah berusaha.

Ayuuuhhh semua...jagailah peranakan dan kewanitaan anda...Anda sihat suami bahagia anak-anak ceria...















Wednesday, 3 May 2017

Selamat Hari Lahir untuk suami

Selamat Hari Ulangtahun kelahiran buat suami.....
-------------------28 April 2017-----------------------

Semoga usiamu dalam redhaNya.....
Imanmu di dalam peliharaanNya....
Hatimu di bawah jagaanNya....
Kasihmu terpelihara keranaNya....

Cinta...Setia...
Untukku hingga hujung nyawa...

Cinta...Setia....
Hanya keranaNya....

Tulus ikhlas
Isterimu...








Selamat Hari Lahir buat diriku..

 8 April 1986 - 8 April 2025 = 39 tahun Life begin at 40? Sekarang 39.... Apa agaknya yang di sebutkan orang orang tentang life begin at 40?...