Magis Cinta Mu...
Syukurku padaMu
Wednesday, 11 March 2026
Tuesday, 10 March 2026
Apa keutamaan kita sekarang?
Duit kah?
Pasangan kah?
Naik pangkat kah?
Naik haji ?
atau kita sedang hilang hala tuju?
Tak tahu apa keutamaan dan tak tahu apa tujuan
Kita di mana?
Jom saling berpesan
Semakin singkatnya waktu yang berbaki ini
Keutamaan kita sepatutnya dipermudahkan urusan saban hari
Bukan lagi semakin hari semakin sulit
Itulah sepatutnya KEUTAMAAN KITA sekarang ini
Ada yang makin tua makin gawat dan leceh hidup
Ada yang makin tua makin mudah dan lancar urusan
Kita yang mana
Pastinya jika ada butang pilihan, pilihan kita adalah pilihan makin tua makin mudah dan makin lancar urusan kita
ALLAHUAKBAR
AMIN...MOGA MOGA DIPERMUDAHKAN URUSAN KITA SABAN HARI
Sempena lailatul qadar yang bakal singgah
Semoga inilah impian kita untuk dipanjatkan padaNya kali ini
Semoga kita tetap kental dan tetap kuat mengharung perjalanan kita ini
Semoga kita saling kuat berpaut tangan dan semangat agar kita sampai ke destinasi impian kita bersama sama
Salam sayang
Ikhlas
Cinta
Ilahi
Kak Yong Ayuni
08.49pm
10/3/02026
Wednesday, 31 December 2025
Urus Hati Sebelum Urus Wang
Tak ramai suka bersembang tentang urus hati
Tapi kalau lah ramai yang tahu
Bab urus hati lah topik yang paling paling utama perlu disembang sembangkan sebelum nak sebut dan sembang sembang bab wang
Hati dan wang sangat terkait
Hati dan kehidupan yang senang dan mudah sangatlah terkait
Ibarat magnet yang menangkap besi dengan erat
Begitulah bab hati kita dan kewangan kita
Dan bukan sahaja kewangan
Malahan apa apa jua rezeki adalah magnet dengan hati kita
Hati kita sangat lah berharga melebihi segala harta yang mampu kita dapatkan
Hati ini lah sebenarnya harta paling mahal dan paling berharga perlu kita jaga
Kalau tak percaya. CUBALAH sendiri
Macam mana nak cuba?
Pertama
Cuba biarkan hati marah dan sakit lama lama?
APA YANG AKAN JADI?
1. KITA AKAN JADI SAKIT HATI
2. KITA AKAN JADI MALAS BANGUN DARI TEMPAT TIDUR
3. KITA AKAN JADI MALAS FIKIR KEBAIKAN
4. KITA AKAN JADI MALAS BERSEMBANG DENGAN KAWAN KAWAN
5. KITA AKAN JADI MALAS BERTEMU DENGAN SIAPA SIAPA
Inilah diri kita bila hati kita sakit, marah, geram, kecewa atau paling parah DENDAM!
Nak biarkan hati ini berapa minit? berapa saat? berapa hari ? berapa jam? berapa minggu ? berapa tahun?
Terpulang lah pada diri kita sendiri tentukan
Jika lagi lama kita simpan hati ni, natijahnya?
Hilanglah rezeki rezeki yang sebenarnya sedang nak masuk dengan laju
Sebab hati yang macam ni
Rezeki kita pun tersangkut di pintu rumah sahaja
Tak mampu masuk ke dalam rumah dan kedalam perut dan tabung kewangan kita
Kerana pintu rezeki kita iaitu hati masih tertutup dan terkurung dek kesakitan kesakitan tadi
Percaya tak niey?
Cuba lah
Maafkan sesiapa sahaja yang menyakiti
Pulihkan lah hati sendiri
Hati kita kan?
TAKKAN LAH ADA ORANG LAIN NAK SUDI JAGA?
Kita lah sahaja sendiri menjaga hati kita
Letak keyakinan kita
Hati aku MAHAL
Aku takkan isikan dengan apa apa saja keburukan
NO WAYYY!!
Aku isi yang baik baik saja
Selamat Beramal ya kawan kawan
Semoga andai lapang rezeki anda asbab penulisan ini
Kak Yong lah orang terpaling bahagia, kerana Kak Yong juga akan mendapat tempias perkongsian ilmu yang amat besar ini
Terima kasih semua sudi baca sampai habis
Hingga kita jumpa lagi di penulisan yang lain pula
Ingat!! Jaga hati sendiri! Pintu rezeki pun terbuka luas untuk setiap rezeki mendatangi
Selamat Tahun baru 2026. Selamat Menjemput Rezeki!
Salam Sayang
Ikhas
Cinta
Ilahi
1531pm
01/01/2026
Tuesday, 30 December 2025
Urus wang tenang tenang.....
Dulu..
Gelojoh
Gelora
Ghairah
Tak pernah fikir panjang
Tak pernah fikir buruk
Baik sangka selalu bahawa duit akan ada selaluπ π π
Semakin tua
Barulah cerdik sikit
Oh! Rupanya akan ada juga masa duit kering suntuk dan pokai terus!!
Barulah terpikir
Kenapalah aku tak pernah menyimpan
Kenapalah aku tak pernah nak rasa kedekut
Rasa nak perhabis sahaja!
Hahaha..ada kah kawan kawan kak yong macam perangai kak yong jugak?
Jomlah kita
Sama sama taubat dari kejahilan boros wang
Jomlah belajar tabung wang
Kalau kita tak bantu diri kita
Siapa lagi
Jom...nak kak yong bantu rancang kewangan sahabat sahabat
Jom kak yong bantu
1. Bina Wang
2. Salurkan Wang
3. Gandakan Wang
4. Simpan Wang
5. Manfaatkan Wang
Jom kita sama sama belajar dan baiki balik kewangan kita
Chaiiyokkk!!
Daftar dan dapatkan rakaman perkongsian di link ini Video Rakaman - Urus Wang Gaya Pakar bersama RWB Elite Lady Training Centre
| Konsultansi di kaunter servis pelanggan |
Thursday, 27 November 2025
PENGALAMAN SAMBUNG BELAJAR IJAZAH SARJANA MUDA
Bismillahirahmanirrahim
Allahummasollia'la, Saiyidina Muhammad
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Langkah terus melangkah
Posting ini ingin aku nukilkan tentang perjalanan impian aku tentang alam pengajian
Aku tertanya sendiri, kenapa aku suka melawan, kenapa aku suka mencabar, kenapa aku suka melangkah terus dalam diam dan dalam sendiri
Aku tak faham, aku seolah tak mahu berhenti melangkah
Aku seolah tak reti duduk dan tunggu
Ada ada sahaja keinginan, kemahuan, impian dan cita cita ingin aku gapai selepas satu, satu dan satu
Sukar aku ceritakan kepada sesiapa, hanya blog ini aku mampu luah, mampu aku mencurah rasa gelora yang membara di jiwa yang menyala menyala untuk aku terus menggerakkan langkah ku
Bermula...
Alam Tabika Kemas
Masih aku ingat, ingatan alam belajar di tabika kemas, aku, Apit, Uni dan lain lain rakan (aku tak ingat dah yang lain), kami berjalan kaki ke tadika dari rumah dalam 500 meter
Suasana makan makan dan suasana belajar di dalam Surau Taman Nuri itu masih tergambar suasananya di dalam ingatan aku.
Mak Cik Ani, Mak Cik Ani adalah orang yang paling aku ingat sehingga kini. Mak Cik Ani adalah penyedia makanan kami pelajar-pelajar di situ. Sampai ke tua kalau berjumpa Mck Ani aku pasti akan beramah mesra dan pernah sekali suatu hari aku jumpa Mck Ani di tepi jalan di kawasan kediaman kami dan aku ajak Mck Ani bersarapan di warung tepi jalan di situ. Aku rasa seronok dapat ajak Mck Ani makan. Alhamdulillah....
Kemudian....
Alam Sekolah Rendah
SK Sultanah Asma, Jalan Langgar Alor Setar Kedah
Seronok bukan kepalang, aku di alam sekolah rendah, paling mengingatkan aku ialah Cikgu Rohmah, Cikgu Khabtiah, Cikgu Azira... aduhaii...cikgu cikgu yang paling garanggg weyhh. pergh seriyauu
Kalau nak masuk kelas saja, bergegar gegar lutut rasanya
Cikgu cikgu ni garang lain macam, aku terkenang dan teringat sampai hari ini...huhuh
Cikgu cikgu lain yang lembut lembut pun ramai tak tertulis rasanya, tapi yang terpaling garang ini lah terpaling aku ingat
Ada sekali aku kena tampar di bahu belakang aku, gara-gara aku berjalan di atas rumput larangan di sekolah. Tiba-tiba saja aku kena panggil tanpa aku tahu kenapa...dan tiba tiba panggg!! Aku kena tampar di bahu "KENAPA KAMU JALAN ATAS RUMPUT !"
Oh...... kantoi! Memang dah ada papan tanda jangan pijak rumput. Entahlah aku terlupa dan terleka agaknya
Satu lagi peraturan yang aku teringat sampai sekarang adalah buang sampah masing masing dalam beg sekolah sendiri. Jangan buang ke dalam tong sampah di sekolah. Agaknya sebab tu sampai sekarang penuh beg aku dengan sampah. Apa apa aku nak buang aku sumbat dulu ke dalam beg, kemudian barulah aku cari bakul sampah! haha
Alam Sekolah Menengah
Sekolah Menengah aku hanya berjarak tak sampai 1km, setiap hari aku berulang ke sekolah dengan jalan kaki. Kalau ada aktiviti kokurikulum waktu petang, aku pasti hadir
Aku ni kategori budak giat sekolah.. haha
Semua aktiviti kalau boleh aku nak join, mujurlah tak boleh join semua. So aku aktif sebagai Pengawas Perpustakaan, Kadet Remaja Sekolah, Bola Baling, Rumah Sukan Dahlia dan Taekwondo
Seronok bukan kepalang aku aktif berkawad dan sertai kenaikan pangkat sarjan..seterusnya mewakili sekolah dan negeri ke Perkhemahan Perdana KRS di Ulu Yam dan tambah seronoknya pasukan kami menjuarai JOHAN keseluruhan perkhemahan perdana itu! FUHHH.. lain macam aura juara itu
Sungguh aku tak terlupakan
Setiap hari di hadapan pintu sekolah, aku akan setia menemani rakan baik aku Rifhan, abah Rifhan akan ambil dari pejabat, jadi agak ambil masa, aku lah peneman setia.. Selagi Rifhan tak balik, aku pun tak balik.. Bila Rifhan dah balik barulah aku balik..hehe..comel sangat memori tu..sampai sekarang aku teringat kenangan kami, bergelak sakan berjimba ke pekan Alor Setar bersama sama...
Keputusan UPSR, PMR dan SPM aku biasa biasa saja... bukan kategori cemerlang aku maintain satu A untuk Bahasa Melayu, lain-lainya B,C,D dan E pun ada.... huhuhu
Tapi sebab sekolah aku bukan kluster cemerlang, maka aku layaklah masuk ke kelas Aliran Sains Tulen
Seronok juga jadi budak kelas sains sebab sok pandai.. hahaha
Padahal biasa-biasa saja...aku kenang kenang balik, kalau dari awal aku pilih bidang sastera mungkin aku akan lebih cemerlang, sebab bila aku amik bidang sains seolah jauh dari diri aku yang sukakan sastera berbanding sains
Apapun....layan saja... kepada adik adik kalaulah ada pilihan, pilihlah yang sesuai kemampuan diri, supaya kita boleh buat yang terbaik sesuai kemampuan diri sendiri sahaja...tak perlu lakukan sesuatu yang tidak sepadan diri....
ALAM PENGAJIAN TINGGI (DIPLOMA)
Seronok hati bukan kepalang, apabila permohonan aku untuk sambung pengajian di KUSZA diterima
Aku melapor diri dihantar oleh Mama dan Abah Fauzi, waktu tu Abah Fauzi baru beli kereta Perdana V6
Fuhhh..boleh bayangkan perjalanan yang selesa dan sampai ke destinasi yang sangat jauh dari Kedah ke Terengganu, melalui jalan pesisir pantai menggunakan kereta baru koyak plastik... MasyaAllah Tabarakallah..terima kasih Ya Allah pinjamkan aku rasa rasa itu.... Kekal di memori dan sanubariku
Sungguh aku kagum dengan keindahan Terengganu, paling aku tak boleh brain adalah lautan di tengah bandar!!
Hahaha... sungguh aku kagum keindahan laut di tengah tengah bandar.. tak sama dengan negeri aku, rata dengan jelapang padi
Kenangan bersama rakan rakan diploma aku cukup indah, lain suasanaya berkawan di alam sekolah rendah,menengah dan pengajian tinggi
Keakrabah rakan rakan diploma setahap kami saling berkunjungan ke rumah rumah rakan-rakan, berfamily day, berdinner dan berprogram, mengeratkan sesama kami
Semuanya masih kekal di ingatan setiap seorang dari rakan rakan ku DIPLOMA IN INSURANCE (2008), KUSZA/UDM/UNISZA
Semoga kalian sentiasa sihat ceria dan gembira disamping insan insan tersayang...
ALAM PENGAJIAN TINGGI (IJAZAH SARJANA MUDA)
Setelah aku tamat diploma, aku sempat buka sebuah pejabat kecil menjual insuran kereta motor dan takaful keluarga
Sempatlah aku merasa duit berkepuk kepuk di poket kerana jualan insurans tersebut
Mencecah 2 tahun aku menjadi usahawan insurans, aku mendapat tawaran kerja kerajaan
Aku pun mulakan perkhidmatan aku di jabatan kerajaan yang pertama iaitu di Kementerian Pengangkutan Malaysia, aku mohon pindah, aku masuk ke Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dan di sinilah kali pertama aku cuba menyambung pengajian ijazah sarjana muda..
Buat pertama kalinya... inilah kegagalan pertama, aku gagal tamatkan pengajian..sekadar separuh jalan sambung ke Ijazah Sarjana Muda.....
Aku cuba lagi...kali ini 2015 di semester 3...tak sempat masuk ke semester 4.. aku gagal lagi tamatkan pengajian...
Tak tamat di situ...next..sambung lagi.... kali ni, konon konon dengan PTPTN kot kot aku dapat lancarkan pengajian.. kerana yang sebelum ini aku gagal kerana faktor pengurusan masa dann kewangan sendiri tanpa PTPTN
Kali ini aku cuba dapatkan PTPTN dengan harapan dapat tamatkan pengajian...rupanya tetap tak habiskan..berhenti sekerat jalan
Sejak tahun 2018 ini saban tahun aku intai pula peluang di UITM ... πππ
Tapi asyik isi online sahaja, tak masuk masuk.....
Sampailah OKTOBER 2025....
yeeee haaaa!!
Kali ini aku masuk pula ke UITM dengan SKIM MUSAADAH.. iaitu skim tajaan untuk bumiputera B40
Alhamdulillah....syukurku atas peluang kali ini....
Bantulah aku Ya Allah...Hanya Engkau Maha Tahu segala isi hati setiap hambaMu
Semoga dipermudahkan segala urusanku ini dalam keinginan ku menimba ilmu dan pengalaman hidup
Semoga Engkau pimpin dan permudahkan segalanya
Amin...amin.. Ya Rab Al Amin....
Posting ini aku nukilkan, moga moga jadi azimat untuk aku terus kekal dan berjuang menghabiskan pengajian kali ini... dengan bidang MASSCOMM yang aku rasakan amat sesuai dengan jiwa dan sanubariku
Memang inilah sejatinya diri aku, aku suka berkongsi
Aku tidak kekok berkongsi, apatlah lagi sesuatu tentang kebaikan dan kebenaran
Aku amat amat selesa dan suka dengan segala perkongsian baik baik, pada aku apa sahaja kebaikan yang dibuat walaupun sekadar berkongsi nota dan pengalaman, ia akan mendatangkan kembali kebaikan pada diri aku sendiri
Begitulah juga jika melakukan hal hal yang bukan bukan dan tidak baik, natijahnya akan berbalik kepada diri sendiri juga
Semoga kita sama sama menjaga amal kebajikan dan kebaikan di dalam hidup kita
Jumpa lagi di posting lain
Topik apa pula yaa?
Sunday, 19 October 2025
Dunia Yang Tak Pernah Mengenyangkan
Syukurku pada Mu Ya Allah
Kau fahamkan kami tentang dunia ini sebelum kami memejamkan mata
Kau pinjamkan kami KESEDARAN akan rasa rasa yang penuh tipudaya ini sebelum kami di usia tua
Kau pinjamkan kami kekuatan untuk bangkit dan berjalan dengan landasan agama
BAHAWA DUNIA INI TIDAK AKAN PERNAH MENGENYANGKAN KAMI
Ya..benar...
Meskipun kami sudah cukup sedar...
NAMUN...
Masih penuh cacat cela jalan yang kami lalui ini
Tapi Engkau Maha Tahu perit perih perjuangan kami ini
Untuk bangkit sujud
Untuk tetap rukuk
Untuk tetap simpuh
Sungguh sukar dan penuh ranjau untuk kami tetap taat
Kuatkanlah kami Ya Rabbb
Semudah zikir pun sentiasa kami tewas
Asyik berkumandang gelak tawa dan suka ria
Bantulah kami sentiasa mengingatMu dalam suka dan tawa
Bantulah kami sentiasa mengagungkanMu dalam sempit dan selesa
Engkau sahaja Maha Memberi segala gala
Andai Kau rentap apa yang Kau punya
Hilanglah kami gelap gelita
Tiada lagi cahaya
Tiada lagi penawar
Tiada lagi azimat
Tiada lagi rahmat
Semakin jelas jalan yang Engkau perlihatkan
Jangan lagi Kau tutup
Bukakanlah mata hati semua insan yang kami sayangi sehingga mata kami tertutup dan berpindah ke alam sana nanti
Amin...Amin...Amin...
Ya Rab Al Amin.....
- PROJEK BIAYA SOUL QUOTES
Friday, 17 October 2025
Rezeki Sudah Terjamin
Wednesday, 24 September 2025
Kenapa menulis = Kerana KEABADIAN
Tiba tiba lalu di FB, satu post "MENULISLAH UNTUK KEABADIAN"
Wooooww.... Hatiku bertedak, jiwaku melodak
Menulislah untuk keabadian!
Yes.. aku setuju!
Setuju sangat!
Sebagai yang mencintai ilmu, kita sangat tahu, ilmu itu cabangnya cukup luas
Tak terluah kata LUAS itu seperti apa
Cuma perkataan LUAS itu rasa tidak puas untuk memisalkan perihal ILMU yang luas itu
Asbab ILMU sahajalah hamba boleh jadi raja, wanita boleh jadi hina atau mulia, lelaki boleh jadi pemimpin atau pendurjana
Semuanya gara ILMU
Dan menulis ILMU ILMU
Ia akan kekal sebagai tatapan buat pencari ILMU
Meskipun si penulis sudah ke alam barzakh
Namun tulisannya akan abadi di alam dunia dan abadi di hati pembacanya
Apatah lagi jika penulisan itu lah telah membuka mata yang tertutup, hati yang buta menjadi celik oleh penulisannya..Maka besarlah pahala jariah si penulisnya dan abadilah kebaikan itu selama lama
Itulah juga
Alasan kuat.. kenapa aku menulis
Mengikut-ikut jejak mama ku jugak mungkin
Sejak kecil aku membesar menyaksikan contengan mama pada diari-diari
Ada diari hitam ada diari bergambar cantik
dan paling wow tulisan mama sangat cantik
Berbeza dengan aku, tulisan aku kurang cantik
Mungkin asbab sering menaip berbanding menulis dengan tangan, maka tulisan tangan aku biasa biasa saja
Melukis pun sama, lukisan aku buruk, lukisan mama cantik sangat
Terutama lukisan fesyen pakaian yang mama lukis. Mama seorang tukang jahit
Lagi satu, apa aku rasakan di kala menulis adalah rasa tenang, rasa damai, rasa sentosa tatkala menyusun kata kata untuk menaip
dan lagi satu
Tatkala aku membacanya semula selepas bertahun - tahun, Allahuakbar syahdu terasa mengulit peristiwa yang aku nukilkan dalam bentuk tulisan
Sungguh mendamaikan jiwa
Menulislah kalian
Menulislah jua
Tiada yang terlewat untuk anda memulakan penulisan kalian
Mulakanlah di blog atau di mana mana sahaja, kertas, diari buku nota atau di mana sahaja
Kembangkan kemahiran menulis ini satu satu, mulakan sekadar untuk menulis perkara harian, kenangan atau impian
Semoga usaha kecil kita hari ini besar maknanya di suatu masa
Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah
kepada yang mencari platform menulis yang sesuai di era ini
Jom jemput bersama kita menulis di platform Nas.Io
https://nas.io/referral?code=FORMULA_MAGIS_CINTA_KYA
Klik di sini dan jadilah penulis yang ABADI
Wednesday, 17 September 2025
Selamat Hari Lahir Mama - 17 September 1961 - 17 September 2025
Harini genap kelahiran mama yang ke 64
53 tahun mama di alam dunia.. iaitu di Taiping, kemudian ke Kampung Lanai dan seterusnya ke Alor Setar tempat menetap dan meninggal mama di Alor Setar
11 tahun pula mama sedang berada kini di alam barzakh, tapak kuburan mama di Tapak Perkuburan Islam Masjid Al Bukhari
Tak terasa masa berlalu sangat cepat
Akhir pertemuan kita masih jelas terakam di minda yong
Subuh itu, seperti biasa mama bangun awal untuk bersiap diri menantikan van pengangkutan untuk membawa mama ke Pusat Dialisis swasta di Alor Setar
Agak berbeza pagi itu, yong lebih awal menyiapkan kopi o dan kupas buat betik untuk bekalan mama ke pusat dialisis
Biasanya mama akan bagi arahan dulu, tapi hari itu, yong yang siapkan sebelum sempat mama arahkan
Bila yong kenangkan, seolah olahnya, "yong dah kena pandai pandai urus kehidupan , bukan sekadar segalanya berpandukan arahan mama" π’
Selepas selesai urusan mama bersiap diri dan membawa bekalan makanan mama, van pun sampai menjemput mama, yong pula bersiap untuk ke tempat kerja
Lebih kurang jam 12.15 tengahari , saat saat yang tak pernah terduga akan terjadi Pusat Dialisis menelefon " dik, boleh mai ke pusat dialisis tak, mama adik jantung terhenti "
Yong terkejut " jantung terhenti?" apa maksud jantung terhenti.. yong tak faham
Yong bergerak ke sana dengan segera, Abah Fauzi dan adik ada di sana
Agak petang, Abah Fauzi bertanya pada yong, nak bawa balik mama ke rumah tak, doktor cadangkan boleh bawa balik mama ke rumah
Yong terkejut, dan spontan yong agak menjerit, "tak payah bawa balik!"
Kenapa nak kena bawa balik ? Nak bagi mama mati di rumah kah ?
Itu tanggapan yong spontan dan dengan keputusan itu, keesokkan subuhnya, betul lah mama menghembus nafas terakhir di hospital swasta itu
Apa yang berlaku, yang berlaku ialah sewaktu proses cuci darah itu, rupanya titisan darah mama tidak masuk ke dalam tubuh tapi paip bocor dan tumpah ke lantai
Adik ada di sebelah menemani mama, tapi mesin di sebelah dinding tidak terlihat oleh mata adik, adik pun tak perasan darah mama menitik di lantai, dan para jururawat pun saat melawat ke tempat mama, darah sudah memenuhi lantai
Mama sempat terjaga, saat jururawat memanggil mama, adik terkejut dan berdiri bangun dari sisi mama sebelah lagi ( bukan sisi mesin dan dinding) dan adik terkejut barulah ternampak darah mama di lantai
Saat itu adik bercerita, mama (sedang tidur) dikejutkan jururawat dan mama sempat bangun dan berkata kepada adik mama pening dan mama mintak plastik kerana nak muntah
Adik sempat hulurkan plastik untuk mama muntah dan selepas muntah adik sempat mendengar mama mengadu pening, pening dan mama mengeluh Allah.. Allah.. dan mama pejamkan mata
Mama di bawa untuk scan otak
Malam itu semua menemani mama, semua sanak saudara dihubungi memaklumkan keadaan mama
Yong dan adik, Abah Fauzi pesan suruh minta halal dari mama setiap titik susu mama
Malam itu sepanjang malam semua saling bergiliri menemani mama
Badan mama suam suam panas, mata mama diletakkan kapas
Semakin menghampiri subuh, badan mama berpeluh, yong singkap kapas di mata mama kelopak mata mama dibasahi peluh, dahi mama juga berpeluh
Tak berselang lama, mesin hayat mama di cadangkan untuk dihentikan
Semua mata saling memandang
Seolah masih segar ingatan tentang mama masih hidup
Adakah ini bermakna mama telah meninggal dunia bilama di sarankan mesin hayat di cabut
Ya...... rupanya masa mama sudah tamat
Antara redha dan tidak
Antara realiti dan fantasi
Semuanya terasa sepi seolah dunia turut terhenti
![]() |
| Kenangan satu satunya gambar sambutan hari lahir mama di ambil gambar ini di Pekan Rabu Alor Setar |
![]() |
| Alhamdulillah..cucu sulung mama Asilah Awliya, sempatlah mama bermanja berkasih bersama cucu sulung mama... Soalan pertama mama bila kakak lahir ialah " Putih ka hitam yong?" πππ
|
Wednesday, 20 August 2025
Mama yang PENUH CINTA dan CITA CITA
Aku bersyukur Ya Allah, dipinjamkan rahim mamaku dan menjadi anaknya
Ingin aku nukilkan tentang mamaku yang penuh CINTA dan CITA CITA
Rasa rugi jika tidak disampaikan kepada semua inspirasi CINTA dan CITA CITA mama
Mama dan Abah
2 insan pertama yang mengenalkan aku dengan kehidupan ini
Mama yang penuh CINTA dan CITA CITA
Abah yang penuh PENGORBANAN dan KESABARAN
Sejak muda, mama dikampung terbiasa bekerja sendiri
Keluarga mama ada kedai runcit di Kampung Lanai, Parit Panjang Baling Kedah
Mama pula sejak remaja pandai menjahit
Mama menjahit pakaian, langsir, cadar dan pelbagai lagi yang mama sukai, mama jahit sendiri
Yang paling menarik, bila mama bercerita mama ada simpanan duit sendiri hasil jahitan itu yang sejak muda telah mama mula menjahit dan mendapat wang
Bila mama dan abah berkahwin, mama dan abah berpindah dari kampung dan tinggal di rumah sewa kampung di Kampung Berjaya Alor Setar Kedah
Waktu di rumah Kampung Berjaya, mama membuat kuih dan meletakkan di pasar
Waktu ini abah dah bekerja kerajaan sebagai pemandu bas di Perbadanan Perpustakaan Awam Kedah
Kata Tok Bedah (emak kepada mama) " Mak hang tu bukan reti pun masak, tapi belajar buat kuih untuk jual"
Huhuh... Tok kata lagi, "Kuih mak hang tu tak jadi pun, tapi orang beli"
Haha.. aku tergelak dengar celoteh Tok
Dalam kisah yang Tok sampaikan itu, aku kagum
Kagum dek kegigihan Mama yang suka bekerja dan beraktiviti
Tak tahu berapa lama jaraknya masa, mama dan abah berpindah pula ke Taman Nuri, Alor Setar Kedah
Di Taman Nuri ini, aku bersaksi mata sendiri kegigihan mama
Mama mula menjahit semula, agaknya sebab rumah Taman Nuri ini agak luas berbanding rumah Kg Berjaya yang mungkin sempit tak sesuai untuk menjahit
Di Taman Nuri, aku masih ingat, setiap kali Hari Raya Aidilfitri terutamanya, mama akan melepaskan aku dan adik berjalan raya di sekitar rumah jiran
Manakala mama pula berkurung di dalam rumah menghabiskan jahitan..huhu...kesian mama...
Selain tempahan jahitan individu, mama juga mendapat tempahan jahitan pukal pakaian sekolah jenama KAMDAR, masih aku ingat betapa banyaknya cenderahati percuma yang berjenama KAMDAR ada di dalam rumah....huh...rinduuu.....!
Tak cukup dengan menjahit, masih aku ingat mama dan abah mengusahakan proses kacang soya dibuat tau fu fah
Ada satu hari, entah macam mana sewaktu memproses, periuk meletup dan meletus habis ke dinding rumah
Tak lama projek kacang soya itu berjalan, akhirnya mama fokus semula ke kerja jahitan
Dalam kesibukan kerja, mama kerja menjahit, abah kerja memandu
Mama dan Abah teruji, dan aku saat itu beserta adik aku dalam lingkungan usia 12-13 tahun
Mama dan Abah bercerai.....
Sunday, 27 July 2025
Part 2 - Ghairah Yang Tidak Perlu
Susah aku nak yakinkan diri aku (bahawa sedang gagal), saat aku menjayakan sepenuhnya projek "CEPAT KAYA" yang aku sertai yang melibatkan RM50k itu
Duit RM50k itu bukanlah dari duit simpanan, itu adalah duit pinjaman dari bank yang aku gunakan slip gaji kerajaan aku untuk dapatkan sejumlah wang itu dan dibenamkan ke projek "CEPAT KAYA" itu
Pada waktu itu, pada aku ITU USAHA! Bukanlah istilah GHAIRAH YANG TIDAK PERLU seperti aku faham sekarang
Pada waktu itu, aku tak fikirkan apa apa tentang risiko dan tentang apa apa yang akan membuatkan aku ketawakan diri sendiri pada masa depan seperti ini ( ya..aku ketawa saja, tidak menyesal kerana pada aku itulah namanya pengalaman dan sekolah hidup yang nak memberikan aku pelajaran berguna)
Pada saat itu memang aku berghairah betul akan berjaya dengan projek "CEPAT KAYA" tersebut
Langsung tiada secalit rasa akan gagal
Apatah lagi rasa akan hilang wang
Yang ada hanyalah ghairah yang membara bahawa aku akan KAYA MACAM MAMA! dan MAMA AKAN BANGGA DENGAN AKU!
Itulah perasaan yang ada..
Modus operandi "PROJEK KAYA" adalah dengan menayangkan kemewahan kereta mewah dan berhenti kerja kerajaan kerana sudah "BERJAYA KAYA" dengan projek tersebut
Peserta baru yang berminat dengan tontonan kereta mewah dan lifestyle melepak di warung sambil sambil sembang business, maka merekalah yang akan dipandu untuk membuat pinjaman mengikut pakej syarikat multilevel tersebut
Dan bila dah jadi member dengan loan, maka proses itu berulang dengan mengajak kawan baru yang belum ahli untuk datang lepak - lepak sambil saksikan deretan kereta mewah di warung-warung lepak itu
Aku sempat mengheret seorang 2 orang rakan baru, sempatlah aku dapat pulangan wang dalam RM13k
Selebihnya aku dah gagal mendapatkan orang baru dan aku pun sudah tidak lagi semeja dan buat kerja kerja "PROJEK KAYA" tersebut
Kenangan ini berlaku di Putrajaya tempat berkumpulnya orang orang kerajaan muda mudi baru masuk kerja dan slip gaji sangatlah mudah untuk dibuat loan dengannya
Entahlah apa cerita sekarang di Putrajaya, apakah masih ada atau tidak atau mungkin "PROJEK KAYA" ini sudah ubah strategi pemasarannya
Apa yang aku belajar asbab dari kejadian lalu ini bahawa :
1. AKU BELUM MATANG TENTANG WANG
2. AKU TIADA ILMU PERNIAGAAN YANG SEBENAR
3. AKU MUDAH TERIKUT TANPA GUNAKAN AKAL SENDIRI DENGAN MENDALAM
4. AKU TIDAK BERSYUKUR DENGAN APA YANG ADA
5. AKU TAMAK
6. AKU TERLALU GHAIRAH HINGGA LUPA DIRI
7. AKU BELUM CUKUP LICIK DENGAN PERMAINAN DUNIA
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Alhamdulillah...
Sekarang segalanya telah berubah, aku SEDAR!!
Aku sedar bahawa SEDAR itulah yang paling mahal
Bukan lagi WANG atau CEPAT KAYA
Aku memohon ampun kepada Allah Swt, semoga dijauhkan ujian kejahilan ini dari aku dan seluruh anak cucuku dan juga kepada semua muslimin muslimat
Aku bersyukur dengan peluang nafas ini untuk aku perbaiki diri aku....
Semoga sesiapa sahaja yang membaca posting ini mendapat kebaikan dan kebijaksaan dalam pengurusan kewangan
Okey guyysss...
Sekian lah saja topik "GHAIRAH YANG TIDAK PERLU"
kepada para pembaca blog Kak Yong, terima kasih dan sudi sudikanlah singgah lagi yer, semoga jalinan persahabatan ini mendapatkan kebaikan dan rahmatNya
Sebelum berakhir, Kak Yong nak promote sikit video rakaman " SIRI CELIK WANG - URUS WANG GAYA PAKAR" yang di jayakan oleh Kak Yong dan Team RWB Elite Lady Training Centre
Kepada yang nak lihat dan dengar pembentangan Kak Yong tentang tajuk ini, silakan daftar sini yer.. semoga ada kebaikan buat kalian darinya
KLIK SINI UNTUK PEMBELIAN RAKAMAN BENGKEL - https://nas.io/formula-magis-cinta/digital-files/qick
Kepada rakan sahabat yang belum tahu apa itu NAS.IO Platform
Ia adalah sebuah platform khas kepada Community Creator dan kenapa Kak Yong memilih NAS.IO kerana Kak Yong sangat meminati inspirasi yang dibawa Nas dalam mendidik masyarakat melalui perkongsian video ilmiahnya
Ayuh, sama sama kita membina diri menjadi penyampai kebaikan dan bermanfaat kepada seluruh ummat
![]() |
| Kalau aku kayaaaa....bil bil jiran tetangga, aku bayar semuanya...kalau aku kaya...... πππ- Awi Rafael Berprogram dengan geng geng "CEPAT KAYA" π |
Thursday, 24 July 2025
Penatnya sebelum kenal diri sendiri !
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakabar
Tak sikit cabaran menjadi orang dewasa
Dulu dulu zaman kanak-kanak,zaman remaja hora hore tak terkira
Tiba tiba jadi orang dewasa, aduhai penatnya!
Bukan main, dulu dulu zaman remaja berangan seronoknya jadi orang dewasa
Tapi bila cecah alam dewasa, baru tahu perit rupanya dunia ini
Allahuakbar!
Apapun, aku syukuri sangat akan satu hal ini, iaitu ilmu mengenal diri !
Aku syukur sangat dengan satu pertemuan secara alam maya bersama Kak Kay, Kak Kay seorang aktivitis dan usahawan karakter diri
Aku bersyukur berjumpa dengan ilmu KKDI yang dipelopori Kak Kay
Aku berkarakter WWP, suami aku berkarakter EAGLE
Patutlah aku sangat sangat stress dengan suami, suami pun rupanya sangat stress dengan aku
Sebabnya inilah! Kami berbeza watak dan pemikiran
huhuhuhu....
Alhamdulillah....dengan ilmu yang dijelaskan dan boleh dibaca mudah secara percuma dan juga berbayar, aku mencuri ilmu ilmu Kak Kay secara percuma dan juga secara berbayar untuk dipraktiskan dalam hidup aku
Alhamdulillah..hidup aku bersama pasangan semakin terasa seronok dan bahagia bila sudah saling memahami sedikit sebanyak sekalipun penuh perbezaan antara kami
okeylah....tak perlulah aku nak cerita panjang
korang cari tahu lah sendiri ya... ini link percuma dari Kak Kay untuk ujian personaliti KKDI
Rajin rajin lah mengkaji diri, insyallah kita akan semakin bahagia dengan diri
SEMAKIN MENGHARGAI DIRI SENDIRI DAN INSAN SEKELILING!!
https://thephotolicious.onpay.my/order/form/upk
![]() |
| Alhamdulillah, bertemu lutut dengan tok guru, mohon restu dengan ilmunya... terima kasih Kak Kay! #kkdi #kamaliakamal #kakkay |
JIKA ADA YANG BARU NAK BERKAHWIN..? (jangan lupa ebook wajib ini)
1. EBOOK SENI BERCINTA DI RANJANG HALAL [HALAL SEX GUIDE]
https://thephotolicious.onpay.my/order/form/halalsex/961
Tuesday, 15 July 2025
ZIKIR LENGKAP PAGI - AL MATSURAT (bacaan ringkas)
Subhanallah
Alhamdulillah
Allahuakbar
Penat sehari harian dengan rutin dan kerja yang tak habis-habis ?
Kadang-kadang rasa tak berbaloi dengan kerja yang dibuat nak dibandingkan hasilnya ?
Jika ya, hurmmm...begitulah...
Inilah perasaan kita
Saat kita TIDAK melakukan sesuatu yang paling utama..iaitu DOA dan MUNAJAT padaNya
Inilah yang akan kita rasa... iaitu
Kita akan penat dan terasa sungguh sia sia hidup jika sekadar hidup dengan rutin dan kerja harian kita
Namun berbeza bilamana kita selitkan hal yang paling utama iaitu DOA dan MUNAJAT
Perasaan terasa sungguh berbeza hari hari kita!
Inilah yang aku nak ceritakan tentang Al Matsurat
Aku dapatkan wirid ini pada masa aku cuti sem di KUSZA dulu, tiba-tiba seorang rakan baik aku mengajak
"Yuni..jom kita p cuti sem di Pondok Pasir Tumboh..tak payahlah balik rumah, kita habiskan ja cuti kita di pondok, sepupu Kak Lawi ada sana, jom nak dak"
Ajakkan Kak Lawi / Alawiyah pada aku, aku diam terkesima dan menjawab "... boleh jugak... "
Sejujurnya ajakkan itu ibarat orang mengantuk di sorongkan bantal..aku terasa sangat haru dan pilu, terasa seolah olah Kak Lawi sebagai utusan Allah khusus untuk aku dapatkan sesuatu yang bernilai yang sedang aku cari -cari saat itu.. aku sangat dahaga di kala itu. DAHAGAKAN ILMU !
Alhamdulillah aku bersamanya kami sama-sama merasai suasana pengajian pondok di sana, sangat banyak kenangan indah dan manis di sana, masyallah rindunya..nantilah ada masa nak kongsikan di sini supaya kekal memori itu sampai bila-bila....
Tak tahu apa apa, tentang apa akan aku dapat di pondok, tapi pondok tak lah terlalu asing pada aku kerana arwah Tok Bedah (tok aku sebelah mama) pun duduk di pondok mengisi masa tua
Rupa-rupanya di sini lah aku diperkenalkan amalan bacaan wirid Al Matsurat, ramai-ramai bersama rakan rakan pengajian pondok kami baca sama-sama, selepas subuh dan selepas isya....
Alhamdulillah..seronok bila bersama-sama, bila dah sendirian ni, hurmmm.....
Datanglah si tanduk dua menepek! Kadang rajin baca.. selalunya malas dan tak baca !!
Aduhaii...lemahh
Apapun, perjuangan ini pasti akan diteruskan, dari tak tahu apa itu Al Matsurat sampai lah ke faham al kisah wujudnya Al Matsurat ini ( nanti rajin aku kisahkan awal bermula wirid Al Matsurat ini, kalau nak tau segera search GEMINI ajerlah awak yer..hehe)
Apapun, moh lah kita, sama sama berjuang mengamalkan secara harian, semoga setiap hari kita terasa penuh terisi dan tidak lagi terasa sia-sia melakukan aktiviti harian jika tanpa doa dan munajat
1 . Dimulakan dengan taawuz ( credit - https://images.app.goo.gl/7b16n87Nc5XDzepB7)
2. Al- Fatihah
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Kami terjaga di pagi hari (petang hari) dalam fitrah Islam, dan kalimah ikhlas dan dalam agama nabi kami, Muhammad SAW, dan dalam millah (ajaran) bapa kami Ibrahim yang hanif (lurus) sedang dia bukan orang musyrik.
Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, Ya Allah, sihatkanlah penglihatanku.
Terimalah dan relakanlah pemimpin terutama kami; Sayyidina Abu Bakar, Omar, Othman, Ali dan para sahabat Baginda semuanya, para tabi’in, dan orang-orang yang mengikut jejak langkah mereka sampai hari pembalasan. Terimalah (kepulangan) mereka dengan sebaik-baiknya. Maha Suci Tuhan (Mu) yang memiliki kebesaran dan kemuliaan dari sifat tercela. Salam sejahtera untuk para Rasul utusan, dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.
Ya Allah kurniakanlah kami lisan (lidah) yang lembut membasahi mengingati dan menyebut (nama-Mu), hati yang penuh segar mensyukuri (nikmat-Mu), serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada (perintah-Mu). Ya Allah, kurniakanlah kami iman yang sempurna, hati yang khusyuk, ilmu yang berguna, keyakinan yang benar-benar mantap, dinn (cara hidup) yang jitu dan unggul, selamat dari segala mara bahaya dan petaka.
Kami mohon kepada-Mu Ya Allah kecukupan yang tidak perlu kami terpaksa meminta kepada orang lain. Berikanlah kami Ya Allah iman yang sebenarnya sehingga kami tidak menyekutukan-Mu.
Berikanlah rahmat-Mu kepada kami, keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami. Jangan (Ya Allah) Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri; walaupun hanya dalam sekelip mata atau lebih pendek dari masa itu. Wahai Tuhan yang paling mudah dan cepat memperkenankan permintaan.
Selawat (berkat dan rahmat) dan restu Allah untuk junjungan kami Muhammad, nabi yang mulia, kepada keluarga Baginda dan para sahabat Baginda amnya.
-
Subhanallah Alhamdulillah Allahuakabar Tak sikit cabaran menjadi orang dewasa Dulu dulu zaman kanak-kanak,zaman remaja hora hore tak terkira...
-
Aku dapatkan ilmu ini, yakni tentang "Ghairah yang tidak perlu" pada usia lebih kurang 25 tahun.. iaitu lebih kurang 14 tahun lal...
-
Bahagia dan Berjaya Impian sesiapa sahaja...... Namun bukan mudah untuk mendapatkannya Ada banyak yang perlu dikorbankan Cuma ada yang terpa...
.png)








.png)

















































