Aku dapatkan ilmu ini, yakni tentang "Ghairah yang tidak perlu" pada usia lebih kurang 25 tahun.. iaitu lebih kurang 14 tahun lalu...
Sewaktu ini, ghairahku untuk menjadi kaya raya amat membuak-buak, ia bukan terhasil semalaman, ia terhasil sejak kecil
Aku membesar dalam keluargaku, mama, abah dan adik, dalam keadaan tidak pernah merasa susah, apatah merasa miskin..tidak sama sekali !
Aku sejak kecil membesar dalam keluarga yang bersusah payah kerah keringat untuk menjadi kaya, mama seorang tukang jahit, menjahit pakaian tempahan siang dan malam tanpa cuti tanpa rehat , mengumpulkan banyak wang, abah pula bekerja kerajaan setiap hari kerja tidak culas dan sentiasa aktif disamping bekerja juga abah sangat aktif berniaga sambilan kerana minat abah dalam aktiviti aktiviti jualan langsung
Dan hasilnya, alhamdulillah kami senang.... jadi asbab itu, aku tidak pernah tahu ada istilah kesusahan hidup atau miskin
Yang hanya aku tahu, susah payahlah kerja dan kaya raya lah yang akan didapatkan.....
Hasil pembentukkan ini lah, menjadikan aku terjebak untuk mengambil sikap bersusah payah diri bekerja berniaga dan berusaha apa sahaja untuk menjadi kaya raya sejak aku belia remaja sehinggalah aku masuk ke alam kerja kerajaan untuk meneruskan misi visi bekerja dan berniaga untuk kaya raya
Membuak ghairahku untuk menjadi kaya raya dengan jalan berusaha susah payah mengerjakan pekerjaan dan perniagaan apa apa sahaja....
Namun....
Ilmu aku belum cukup, aku tersalah faham "susah payah kerja perlu kepada titik peluh dan usaha dengan ilmu yang benar"
Aku terjebak nak cepat kaya dengan sistem pelaburan RM50K !
Pulangan yang sempat aku dapatkan balik lebih kurang RM13K
yang hangus... RM37K !
Panjang kisahnya kalau nak dicoretkan, sakit hati dan malu sendiri pun ada kalau nak diceritakan kembali
Cukuplah aku ringkaskan pengamatan aku dari apa yang aku lalui ini dalam point yang ringkas
PELAJARAN HIDUP
1. Terburu-buru akan membawa kekesalan
2. Bercita-cita boleh, tapi sesuaikan dengan perlaksanaan dan strategi bukan angan-angan dan ikut-ikutan kawan
3. Fikir dalam dalam dan ambil masa sebelum membuat keputusan yang melibatkan kos besar, masa dan tenaga
4. Sewaktu ghairah bergelora di dada, keinginan kepada sesuatu menjadi kuat maka akan membuatkan diri membuat keputusan mengikut emosi bukan kewarasan dan pertimbangan sewajarnya
5. Berkawan dengan matlamat ilmu, bukan bermatlamat tujuan mendapatkan sesuatu yang kita mahu
Semoga pelajaran ini cukup mengajar aku untuk tenang dan tidak sewenang-wenang
Cukuplah kehidupanku sewenang-wenang mengikut hati dan keinginan tanpa ilmu
#pengalamanku #jahilsebelumberilmu
![]() |
sempat aku heret sekali en suami ke program "aku kaya segera" rupanya kayap jadinya |
Perkongsian yang menyentuh..
ReplyDeleteKadang-kadnag kita tak sedar tersilap langkah akibat keghairahan kita mengejar sesuatu.. Namun semua itu pengajaran dalam menempuh kehidupan.. Sha turut melalui pengalaman seakan-akan sis cumanya memang tak berduit jadi taklah terjebak sampai kehilangan duit tapi masa tu tak akan dapat semula.. cuma pelajarannya yang kekal..
betul tu...kekall.....sampai mati..sekarang ni kalau ada yang offer lagi pelik2...semua tu dah tak lalu rasanya..hehe.. semoga ramai yang tak terperangkap ghairah tak perlu ini
Delete