Bahagia dan Berjaya
Impian sesiapa sahaja......
Namun bukan mudah untuk mendapatkannya
Ada banyak yang perlu dikorbankan
Cuma ada yang terpaling utama perlu dikorbankan
Apa yang terpaling utama perlu dikorbankan itu?
Jawapannya = Perasaan dan Pemikiran
Isu kesihatan mental semakin hari semakin difahami kini
Mr.Kokom juga sudah memainkan peranan dengan video iklan kesihatan mental disiarkan di astro (tak pastilah kalau kalau ada di media lain)
Semoga usaha Mr.Kokom dapat diambil pelajaran umat manusia yang menonton video pelajaran tentang "atasi prasangka" yang diterbitkan itu
Andai semua tahu.....
Gagalnya hidup untuk berjaya dan bahagia adalah berawal dengan kegagalan pemikiran yang diamalkan selama hayat hidup dari kecil hingga dewasa (pengaruh zaman kanak- kanak, remaja sehingga dewasa)
Salah fikir, salah sangka, salah ramal maka salah tindakan maka hasilnya pun tidak seperti diharapkan iaitu berjaya dan bahagia
Kesedaran kesihatan mental iaitu menjaga mental sendiri adalah hal yang utama untuk diutamakan
Sebagai contoh dalam hal rumahtangga
Sakit hati dan tak habis fikir tentang nasib alam rumahtangga
ianya bukanlah sesuatu yang perlu diperuk lama lama dalam fikiran dan di dalam hati
Namun tak ramai yang tahu👆
Maka membiarkan sakit otak terus berfikir tentang sesuatu hal yang membelenggu dan sakit hati terus membesarkan rasa rasa sakit di jiwa yang merasa buruk itu
Sekali lagi dipesan
Fokus pembaikan diri!
Bukan fokus pasangan
Bukan fokus masalah
Apatah lagi memfokuskan hal di fikiran yang difikirkan tak habis habis tanpa jawapan tepat
Andai semua tahu
Yang sebenarnya...
Segala permasalahan sudah ada penyelesaiaannya (di sisi Tuhan)
Hanyasa sebagai manusia, sengaja Tuhan ingin melihat ketahanan dan kekuatan hamba hambaNya mengingat kepadaNya atau tidak?
atau manusia itu bermatian juga mengerah kudrat sendiri untuk berfikir dan terus berfikir (padahal tidak perlu)
Dan akhirnya sakit otak / sakit mental tanpa disedari oleh diri sendiri
Dan berawal sakit mental, datanglah sakit sakit badan yang lain pula...
dan lebih buruk
Dek halangan sakit otak kerana berfikir dan terus berfikir tentang masalah (yang sebenarnya hadir sebagai cabaran peningkatan diri bagi manusia yang berikhtiar membaikkan diri sendiri)
Oleh sebab terus berfikir tentang masalah, maka proses penambahbaikan diri pun diabaikan dan tidak difokuskan
Namun tidak bagi yang telah faham hal ini
Maka sakit hati, sakit memikirkan sesuatu yang bercanggah pemikirannya bukan lagi hal yang dia sibukkan
Dia mulai faham akan hal hal yang bertentangan dengan hati dan akalnya
Itu sekadar satu cabaran untuk dia mengenal dunia dan alam raya ini
Apa yang dia lakukan
Terus meningkatkan kemahiran diri
Terus menambahkan pengetahuan diri
Terus melihat diri yang semakin hari semakin perlu dibaiki
Sentiasa merasa kurang dan merasa perlu peningkatan diri saban hari
Dalam tak sedar, keadaan sekeliling juga semakin membaik, rezeki semakin mendatang dan paling indah bahagia dan berjaya semakin dirasakan mudah
Tahniah buat yang berjaya dan bahagia
Bantulah insan insan sekeliling anda pula
Jangan simpan sendiri rahsia hidup bahagia dan berjaya
Semoga dengan itu saat menutup mata anda sudah puas dan sudah habis berkhidmat dan berbakti
Tidak lagi merasa kesal tidak berbuat apa apa kepada ummah dan insan insan sekeliling
Semoga terus
Berjaya dan Berbahagia
#isterisihat
#suamisihat
#xprimalmen
#mensformula
Syukurku padaMu

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bahagia dan Berjaya
Bahagia dan Berjaya Impian sesiapa sahaja...... Namun bukan mudah untuk mendapatkannya Ada banyak yang perlu dikorbankan Cuma ada yang terpa...
-
Mas Cotek Daun dan buah Mas cotek (Sumber: Foto daripada http://www.majalahsains.com/mas-cotek-tumbuhan-herba-ajaib/...
-
Jom order Segarkan hari anda dengan Jelly Kelapa Premium Nyoq Legend Team Kedah 1)Maya-0124568413 Permatang pauh 2)Lina-0192658066 Along-...
-
Bahagia dan Berjaya Impian sesiapa sahaja...... Namun bukan mudah untuk mendapatkannya Ada banyak yang perlu dikorbankan Cuma ada yang terpa...
Moga terus sihat dan berbahagia ya. Selamat hari raya
ReplyDeletealhamdulillah..terima kasih....kembali doanya buat sahabat..
Delete