Syukurku padaMu

Thursday, 17 April 2025
Bahagia dan Berjaya
Impian sesiapa sahaja......
Namun bukan mudah untuk mendapatkannya
Ada banyak yang perlu dikorbankan
Cuma ada yang terpaling utama perlu dikorbankan
Apa yang terpaling utama perlu dikorbankan itu?
Jawapannya = Perasaan dan Pemikiran
Isu kesihatan mental semakin hari semakin difahami kini
Mr.Kokom juga sudah memainkan peranan dengan video iklan kesihatan mental disiarkan di astro (tak pastilah kalau kalau ada di media lain)
Semoga usaha Mr.Kokom dapat diambil pelajaran umat manusia yang menonton video pelajaran tentang "atasi prasangka" yang diterbitkan itu
Andai semua tahu.....
Gagalnya hidup untuk berjaya dan bahagia adalah berawal dengan kegagalan pemikiran yang diamalkan selama hayat hidup dari kecil hingga dewasa (pengaruh zaman kanak- kanak, remaja sehingga dewasa)
Salah fikir, salah sangka, salah ramal maka salah tindakan maka hasilnya pun tidak seperti diharapkan iaitu berjaya dan bahagia
Kesedaran kesihatan mental iaitu menjaga mental sendiri adalah hal yang utama untuk diutamakan
Sebagai contoh dalam hal rumahtangga
Sakit hati dan tak habis fikir tentang nasib alam rumahtangga
ianya bukanlah sesuatu yang perlu diperuk lama lama dalam fikiran dan di dalam hati
Namun tak ramai yang tahu👆
Maka membiarkan sakit otak terus berfikir tentang sesuatu hal yang membelenggu dan sakit hati terus membesarkan rasa rasa sakit di jiwa yang merasa buruk itu
Sekali lagi dipesan
Fokus pembaikan diri!
Bukan fokus pasangan
Bukan fokus masalah
Apatah lagi memfokuskan hal di fikiran yang difikirkan tak habis habis tanpa jawapan tepat
Andai semua tahu
Yang sebenarnya...
Segala permasalahan sudah ada penyelesaiaannya (di sisi Tuhan)
Hanyasa sebagai manusia, sengaja Tuhan ingin melihat ketahanan dan kekuatan hamba hambaNya mengingat kepadaNya atau tidak?
atau manusia itu bermatian juga mengerah kudrat sendiri untuk berfikir dan terus berfikir (padahal tidak perlu)
Dan akhirnya sakit otak / sakit mental tanpa disedari oleh diri sendiri
Dan berawal sakit mental, datanglah sakit sakit badan yang lain pula...
dan lebih buruk
Dek halangan sakit otak kerana berfikir dan terus berfikir tentang masalah (yang sebenarnya hadir sebagai cabaran peningkatan diri bagi manusia yang berikhtiar membaikkan diri sendiri)
Oleh sebab terus berfikir tentang masalah, maka proses penambahbaikan diri pun diabaikan dan tidak difokuskan
Namun tidak bagi yang telah faham hal ini
Maka sakit hati, sakit memikirkan sesuatu yang bercanggah pemikirannya bukan lagi hal yang dia sibukkan
Dia mulai faham akan hal hal yang bertentangan dengan hati dan akalnya
Itu sekadar satu cabaran untuk dia mengenal dunia dan alam raya ini
Apa yang dia lakukan
Terus meningkatkan kemahiran diri
Terus menambahkan pengetahuan diri
Terus melihat diri yang semakin hari semakin perlu dibaiki
Sentiasa merasa kurang dan merasa perlu peningkatan diri saban hari
Dalam tak sedar, keadaan sekeliling juga semakin membaik, rezeki semakin mendatang dan paling indah bahagia dan berjaya semakin dirasakan mudah
Tahniah buat yang berjaya dan bahagia
Bantulah insan insan sekeliling anda pula
Jangan simpan sendiri rahsia hidup bahagia dan berjaya
Semoga dengan itu saat menutup mata anda sudah puas dan sudah habis berkhidmat dan berbakti
Tidak lagi merasa kesal tidak berbuat apa apa kepada ummah dan insan insan sekeliling
Semoga terus
Berjaya dan Berbahagia
#isterisihat
#suamisihat
#xprimalmen
#mensformula
Wednesday, 9 April 2025
Selamat Hari Lahir buat diriku..
8 April 1986 - 8 April 2025 = 39 tahun
Life begin at 40?
Sekarang 39....
Apa agaknya yang di sebutkan orang orang tentang life begin at 40?
Mungkin tahun depan aku boleh menulis perasaan dan keadaan itu
Sekarang ini masih 39?
So tak pastilah kan samada cecah ke tidak usia aku 40 tahun, tahun depan...?
Apapun....
Ya Allah..Ya Rahman...Ya Rahim....
Ku panjatkan syukur atas segala nikmatMu
Aku kagum, aku terharu
Ku pohon padaMu panjangkanlah usiaku dalam rahmat dan redha Mu
Sesungguhnya besar hajatku untuk menjelajah bumi ciptaan Mu ini belum mampu aku jalani
Aku teringin....ke Brunei..ke Sabah....ke Sarawak...ke Singapura...ke Madinah...ke Mekah...
dan seluruh pelusuk dunia!! Sungguh aku teringin Ya Allah
Aku ingin bersujud dan bertasbih dan bertahmid di setiap pelusuk bumi ini mengagungkan namaMu
Menyebut namaMu di tempat-tempat yang berbeza dan pelbagai......
Ini lah niatku hajatku pada hari lahirku ini....
Ya Allah Engkau sahaja maha menunaikan segala hajat...
Ya Allah...Tunaikanlah hajatku ini...tunaikan segala hajat - hajat para pembaca yang sama sama berhajat kepadaMu.......
Bantulah kami agar semakin membesarkan ingatan kami terhadap Mu...
Amin...Amin...Ya Rab Al Amin...
(asalnya aku nak bercerita tentang sambutan kecilan hari lahir aku bersama suami dan dikna dan zunnurain......entah tetiba terlafaz segala hajat hajat ini......nantilah aku cari mood menulis tentang sambutan hari lahir sederhana kami...)
Monday, 24 March 2025
HAMDAN BALLAL diserang, cedera dan ditutup mata ditangkap rejim isr4ill
Suatu berita yang amat meragut rasa tenang di jiwa ku saat ini.....
Hamdan Ballal pemenang Anugerah Oscar 2025 yang diumumkan baru baru ini telah menjadi sasaran kekejaman rejim isr4ill
Hamdan Ballah Pengarah Dokumentari "No Other Land" sebuah video dokumentari tentang kekejaman regim isr4ill terhadap Pale stin yang di rekod dalam masa 5 tahun telah di anugerahkan sebagai pemenang Anugerah Oscar 2024
Keberanian Pengarah dan seluruh team "No Other Land" ini sudah dapat dijangkakan akan berkemungkinan akan menggadaikan nyawa mereka sendiri
Namun pastinya mereka sudah tidak peduli dengan segala kesakitan malahan nyawa mereka sendiri
Mereka telah lama sakit dan azab dengan kekejaman isr4ill
Dokumentari ini telah cecah mendunia, hanya tinggal dunia untuk teruskan membantu perjuangan rakyat Pale stin
Ya Allah.....
Apa yang kami mampu lakukan, tiada lain selain ingatan yang tidak putus terhadap saudara kami di sana
Ya Allah......
Engkau Maha Tahu segalanya...apa yang kami perlu lakukan? Kami sekadar menjadi pendengar dan penonton sahaja kah pada kisah ini?
Aku menjerit memanggil namaMu...Ya Qahhar.....Ya Qahhar....Ya Qahhar..... Engkau Yang Maha Perkasa, bantulah dan kuatkan lah kami dalam berhadapan kemelut jiwa kami mengenang saudara kami di sana
Kukuhkanlah kekuatan hati kami
Perkasakanlah para pejuang di medan perang
Apa yang perlu kami lakukan..pimpinlah kami...
Amin...Amin...Ya Rab Al Amin...
Sunday, 16 March 2025
INI KISAH KU..SANG TELEFONIS DAN PENJAGA KAUNTER KERAJAAN
Satu langkah dimulai dari nasihat arwah abah kandungku HJ ALIAS BIN HJ BAHAROM
Kata abah... " Yong perempuan, sebaiknya kerjalah kerajaan"
Sewaktu itu aku sudah pun menjalankan perniagaan sendiri sebagai penjual insurans kereta motor setelah aku tamat Diploma In Insurance di Kuala Terangganu, KUSZA/UNISZA
Menjadi seorang usahawan sebagai peniaga adalah cita-cita arwah mama HJH ROHANA BINTI MAN untukku
Manakala menjadi orang kerajaan adalah cita-cita abah untukku
Begitulah... mama seorang usahawan kemahiran jahitan, abah pula seorang pemandu bas di jabatan kerajaan
Aku berbelah bahagi..
Mana satu aku nak dahulukan..mama atau abah....?
Dalam masa sama, pada fikiran aku, aku sudah tunaikan hasrat mama menjadi usahawan penjual insurans, mama dah tengok kejayaan aku menjual insurans kereta motor tersebut kerana jualan harian biasanya RM100 - RM1000 mampu didapatkan dalam sehari di pejabat operasi ku itu (untung bersih jualan insurans general adalah 10 % dari jualan)
Jadi pada aku, cita cita mama telah aku tunaikan (mama nak aku berjaya kaya dalam bidang perniagaan insurans atau apa apa, kerana mama telah merasa kejayaan dan kekayaan perniagaan jahitan dan lain-lain yang mama usahakan)
So?
Apa salahnya aku cuba cuba pula tunaikan impian abah
Maka bermulalah episod aku memohon SPA8 pada tahun 2007
Dan tahun keramat 2009 aku mendapat panggilan temuduga
Waktu itu, aku menerima temuduga jawatan PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN dan satu lagi PEMBANTU TADBIR KEWANGAN
Aku hadiri kedua duanya temuduga itu
Dan.....ALHAMDULILLAH rezeki aku di jabatan kerajaan dengan jawatan PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN
Pertama kali terima, aku sendiri belum pasti apa tugasnya, sehinggalah panggilan ke kursus asas selama 2 minggu di INTURA barulah semakin jelas tentang tugas dan peranan aku
Aku bersyukur, terasa mengena dan sesuai dengan diri aku yang sememangnya ceria dan ramah tamah ini!
Posting pertama aku adalah di KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA, PUTRAJAYA..
Satu kenangan yang tak mungkin aku lupa... Menaiki bas NADI PUTRA untuk ke tempat kerja, berjalan kaki dari hentian bas ke dalam kawasan pejabat dan yang pasti rakan-rakan baru di tempat baru suasana baru dan pengalaman baru
AKU SUKA!!!
SUKA PADA PERKARA PERKARA BARU DALAM HIDUP...
bersambung......
layan lah dulu ehhh pic pic aku ni yer kawan-kawan...
banyak lagi kalau nak ditaip ni....nanti eh aku sambung lagi....
![]() |
Kriteria paling utama sebagai kakak kaunter " Senyuman 24 jam" BOLEH? LULUS..... |
![]() |
Seribu permasalahan kalian datangilah kan ku selesaikan buat mu...haa gituu..auchhh "BOLEH SAYA BANTU" |
![]() |
Tenang-tenangkan diri sebelum diserbu pelanggan..senyum on point okey! |
![]() |
Semakin tenang mendepani permasalahan yang mendatangi..... |
![]() |
Acah acah nak menawan para pelanggan..... tertawan ke tidak? |
![]() |
Suasana pejabat yang sentiasa ceria, bersih dan kemas......satu kebahagiaan sebagai penjawat awam |
![]() |
Acah acah itu perlu guysss.... (fefiling gojes) |
![]() |
Termenung....memikirkan bahagia adakala sedang derita perlulah pura pura bahagia di hadapan para pelanggan yang ku sentiasa sambut dengan ceria... huhuhuhu |
![]() |
Garang juga kakak kaunter sekali sekala... |
![]() |
Kekal di posisi.....menunggu hari gaji...kikikikik |
![]() |
HADIRRR!! |
![]() |
Aidilfitri sentiasa di nanti....Ramadhan sentiasa dirindui... |
![]() |
Kaunter Pusat Sains Negara Cawangan Wilayah Utara - Kaunter terpaling happening sepanjang 5 jabatan kakak bekerja..LOVE THE JOURNEY... |
#pengalamankerjakerajaan #pencen #kerjakerajaan #kakyongayuni |
Monday, 17 February 2025
KEMPEN PRODUK PERLINDUNGAN PENJAWAT AWAM SKIM KIFAYAH CUEPACS
Kepada penjawat awam..
Untungnya dapat memiliki skim perlindungan khas yang sangat besar manfaat dengan harga yang sangat berbaloi
Pernah tak dengar?
Jika kita gagal merancang, itu bermaksud kita sedang merancang untuk gagal
Kepada yang merasa anda tidak perlu merancang kewangan anda? Yes....
Mungkin betul tidak perlu anda rancang kerana sekarang anda sedang memiliki wang
Namun satu saat apabila wang anda itu habis kerana risiko luar jangka yang anda tidak berfikir tentangnya suatu masa dahulu
Waktu itu, anda akan terngiang kata kata ini
Semoga anda bebas masalah dan risiko luar jangka
Bersedia dan bersiap siap sediakan payung sebelum hujan turun
Hubungi KYA- 01128679886 Wakil Sah Kifayah Cuepacs
Sunday, 5 January 2025
1 by 1 Session. Step by step Guidance
Hilangkan belenggu anda segera
Hubungi KYA di sesi 1 by 1
Semoga usaha kecil ini menjadi nikmat besar mengubah kehidupan anda
Sayang selalu
Tekan di sini dan tempah segera
Bahagia dan Berjaya
Bahagia dan Berjaya Impian sesiapa sahaja...... Namun bukan mudah untuk mendapatkannya Ada banyak yang perlu dikorbankan Cuma ada yang terpa...
-
Mas Cotek Daun dan buah Mas cotek (Sumber: Foto daripada http://www.majalahsains.com/mas-cotek-tumbuhan-herba-ajaib/...
-
Jom order Segarkan hari anda dengan Jelly Kelapa Premium Nyoq Legend Team Kedah 1)Maya-0124568413 Permatang pauh 2)Lina-0192658066 Along-...
-
Sejak menjadi ibu tahun 2011, anak gadis ibu semakin membesar tidak terasa Allahuakbar... Allah Maha Besar... Cabaran mendampingi anak gadis...