Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Wednesday, 30 January 2019

Semut masuk telinga

Haaa? siapa pernah alami? Aku pun baru saja alami, pertama kali terjadi seusia aku 33tahun. Mula-mula aku sangkakan serangga yang terbang, sebab perasaan aku betul-betul seolah-olah ada serangga yang terbang. Cuak jugak aku pagi tu, manakan kalut hendak ke pejabat, telinga pula berlegar-legar sayang serangga.Merengek aku pada cik abg mintak tolong tengokkan, cepat-cepat suami ku menyuruh aku menitikkan minyak ke dalam telinga. Aku tempelak " Biar betul abang? Masukkan minyak ke dalam telinga!!" Aku ketakutan, tak di ikutkan pon aku sendiri memang risau yang amat. Akhirnya aku turutkan. Aku pun menitikkan setitik minyak baby oil ke dalam telinga. Kemudian aku pun terus ke pejabat seperti biasa. Di dalam perjalanan sewaktu memandu tiba-tiba aku terasa serangga tadi mula menjengah ke cuping telinga. Aku pun cepat-cepat mengorek dengan jari dan yeaaaaayyyy alhamdulillahhh.. semut rupa-rupanya. Aku pun terus menelefon suamiku. Huhu. Terima kasih abang, di atas petua titik kan minyak tu. Menjadi rupa-rupanya. Haha.


Monday, 28 January 2019

Pengalaman menjawat jawatan penjawat awam

Pertama kali aku menjejak kaki sewaktu temuduga di Wisma Persekutuan Anak Bukit Alor Setar, tak silap aku tahun 2009. Walhal aku dah mendaftar diri di dalam web SPA8 pada tahun 2007 selepas graduasi aku di KUSZA/UDM/UNISZA. Maknanya dua tahun aku menunggu di panggil temuduga...Akhirnyaa...Yeaaahhhh dapat juga panggilan. Bukan satu tapi dua jawatan iaitu Pembantu Tadbir Kewangan dan juga Pegawai Khidmat Pelanggan. Agak-agak jawatan mana yang aku dapat? Huhu.. Semestinya lah Pegawai Khidmat Pelanggan. Sememangnya sesuai dengan karakter aku yang agak ceria dan selamber. Mana tak nya, kalau tak ada karakter ni memang susah lah nak duduk di barisan hadapan untuk melayani pelbagai kerenah manusia yang datang berurusan. Rasa dah lenguh pulak menaip.. huhu nanti kita sambung yaa...(tu pun kalau ada yang sudi membaca...heee)
Ni lah rakan rakan sejawat mula-mula berkursus 2minggu sebelum masuk kerja.. yeaaa

Posting aku yang pertama ialah di Kementerian Pengangkutan Malaysia, Putrajaya.. yabedaabeduuu

Thursday, 10 January 2019

A Famosa Resort

3 hari aku dan team takaful berkeluarga di A Famosa Resort

Macam-macam rupanya di sediakan, yang menarik bagi aku ialah pada malam persembahan OLD WEST

Mula-mula tu suspen jer, ingatkan semata-mata program bagi makan ke kambing, unta, keldai tu jer. Rupanya ada show... hua hua hua


Memang boleh bagi 4star untuk show.


HAMDAN BALLAL diserang, cedera dan ditutup mata ditangkap rejim isr4ill

Suatu berita yang amat meragut rasa tenang di jiwa ku saat ini..... Hamdan Ballal pemenang Anugerah Oscar 2025 yang diumumkan baru baru ini ...