Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Sunday 28 April 2024

KEKUATAN MAAF

Beruntunglah..

Beruntunglah jika anda punyai hati yang mudah memaafkan

Jangan sesekali merasa keberuntungan itu dalam pemilikan harta ataupun wang ringgit 

Namun keberuntungan sebenar apabila anda memiliki hati yang mudah memaafkan

Memaafkan, seolah olah kita membodohkan diri berkali kali pada hal yang menyakiti kita

Namun, sebaliknya

Hal yang menyakiti itu kita maafkan kerana kita tahu sakit itu adalah demi kebaikan kita sebenarnya

Bukan untuk keburukan kita

Sebagai contoh, sakitnya hati apabila diperlecehkan cara kerja atau cara hidup kita oleh pasangan

Terasa tercabar diri, terasa tiada guna diri apabila tindak tanduk kita diperkecilkan oleh pasangan kita sendiri

Namun kesannya besar

Iaitu perubahan diri kita

Kalau dulu kita mampu melakukan mutu kerja kualiti 5

Asbab tekanan dan sakit hati teguran dari pasangan kita, kualiti kerja kita meningkat kepada kualiti 10 (misalnya)

dan begitulah seterusnya kita menjalani hidup 

Pada akhirnya, setelah kemanisan kualiti hidup semakin berkembang baik

Baru kita sedar, asbab sakit yang kita maafkan itulah pemangkin diri kita semakin berkualiti


Sunday 21 April 2024

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian menangkap gambar anak yang disembelih itu dan menghantar gambar itu kepada suaminya

Sungguh tragis

Sungguh drastik 

Sungguh sudah hilang pertimbangannya

Salah siapa

Sebagai wanita, kemelut yang melanda amat amat difahami oleh wanita dan ibu tersebut

Tidak lain itulah petanda kepenatan dan kekecewaan yang melampau telah melanda diri tanpa disedari oleh insan insan sekeliling ibu tersebut

Perihal ini jangan dihadapi dengan kecaman semata mata

Namun lihatlah isu besar di sebalik itu

Isu betapa sakit sesak dan setahap hilang akal akan melanda seorang wanita yang tiada bantuan emosi dari insan sekeliling

Membiarkan seorang wanita sendirian mengharungi fasa fasa hidupnya bukanlah suatu yang bagus

Sepatutnya insan insan sekeliling yang lebih dewasa dan matang memberikan dorongan dan sokongan kepada para ibu muda


Terutama dari si suami


Kegagalan sokongan dorongan dan perhatian tinggi pada para wanita akan mendorong hal semacam ini berlaku dengan semudahnya

 Bantulah

Ringankanlah beban para isteri 

Kasih dan kasihanilah mereka dengan sewajarnya

Jangan memandang mudah perihal emosi seorang wanita dalam sekelip mata mampu hilang akal dan pertimbangan warasnya kerana terlalu lelah dan lemah sebagai wanita yang diabaikan emosinya


Sunday 17 March 2024

ISTERI BERSKANDAL APA PERLU DIBUAT

 Anda berdepan situasi isteri anda sedang berskandal dengan lelaki lain?

Apa perlu anda buat?


1. Ambil nafas

2. Tenangkan diri

3. Akur keadaan yang berlaku

4. Sedar keadaan telah berlaku

5. Nasi sudah menjadi bubur

6. Anda boleh membuat 2 pilihan

7. Pilihan 1 ialah ubah sikap anda sebagai suami yang selama ini telah mengabaikan isteri

8. Pilihan kedua ialah kekal kan sikap anda ceraikan isteri dan beri isteri jalan baru mencapai bahagianya


Apa perlu anda faham?

1. Isteri sudah ada pilihan lain

2. Isteri sudah habis usaha mempertahankan rumahtangga namun isteri gagal untuk menjadi terbaik untuk diri anda

3. Maka pilihlah di antara pilihan 1 atau 2

Sunday 28 January 2024

GERAN PERCUMA PENIAGA KECIL



Geran Digital Penjaja MADANI 

(GDPjM)

Tingkatkan Perniagaan Anda dengan Geran Digital Penjaja Madani (GDPjM) 2023

Syarat-Syarat Dan Terma Permohonan

1) Terbuka kepada Penjaja dan Peniaga Kecil sahaja.
2) Mempunyai SSM @ Lesen PBT.
3) Mempunyai rekod akaun Bank 2 bulan yang aktif (Akaun Persendirian / Akaun Perniagaan).
4) Tidak pernah menerima apa-apa geran dari BSN.
5) Mempunyai perniagaan yang masih aktif/beroperasi.
6) Semua yang berjaya akan dimaklumkan melalui email dan telefon oleh pihak syarikat.

Mohon Sekarang
Adakah Anda Berminat Untuk Mendapatkan Geran Digital Penjaja Madani (GPDjM) 
Dengan 100% Ditaja Kerajaan. 
Jika Ya, GERAN KLIK SINI




 https://geran.gabunganpenjaja.com/

Thursday 16 November 2023

Benar kata Allah. Berbondong bondong masuk Islam

 Semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang terpilih


Terpilih untuk menjadi pejuang agamaNya di medan mana jua kita berada


Surah An-Nasr - سورة النصر

Dengar Surah An-Nasr

Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan (semasa engkau wahai Muhammad berjaya menguasai negeri Makkah), -

(An-Nasr 110:1) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark
A002

Dan engkau melihat manusia masuk dalam agama Allah beramai-ramai, -

(An-Nasr 110:2) | <Embed> English Translation Tambah Nota Bookmark

A003

Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.

(An-Nasr 110:3) | <Embed> | English Translation | Tambah Nota | Bookmark

www.surah.my

Thursday 21 September 2023

Pemanggil nak bunuh diri

Sepanjang menjadi penjaga telefon

Malam tu, pertama kali mendapat panggilan, seorang pemanggil. nangis nangis katanya nak bunuh diri

Spontan aku bacakan Al Fatiha

Pemanggil tu dengan mudah baca bersama sama

Aku cuba tenangkan....bertanya....

        Kenapa ni..

                    Mak saya ni...

                    Tuduh saya..

           Mak tuduh apa..

                    Mak tuduh saya nangis sebab perempuan...

            OOooo..

                    Padahal saya nangis sebab saya teringin nak makan makanan western

                    Saya dah lama tak makan

                    Sebab saya sekarang susah sikit..

            oo...

        macam tu...

        Allah..kesiannya..nak kak belanja makan ka..

        jom..nanti kak belanja makan jom....

                xpa..kak..xpa kak...saya stress saja mak saya ni..sikit sikit tuduh saya, saya dengan awek saya                 ok ja, xdak masalah pon


    ni adik dah ok sikit ka..masih dalam bilik ka.. mak di mana


                mak ada di luar, duk bising bising tuduh saya macam macam...


Sunday 10 September 2023

Baby Zunnurain hampir tertelan biji cempedak. Allahuakbar !

 Allahuakbar

Allah Maha Besar

08/09/2023 

Ibu, Abah, Baby Zunnurain, Abang Awwabin dan Isyad anak Mak Zah, Mak asuhan baby Zunnurain

Perjalanan kami ke Alor Setar dari rumah sewa di Derang

Abah bawa buah buahan dari kebun ke Kampung Burhan di Alor Setar, agih agihkan di sana buah buah hutan tersebut jentik dan cempedak

Petangnya, lebih kurang 5 petang sebelum bertolak balik semula ke Derang kami semua singgah di kubur Masjid Al Bukhari menziarahi arwah arwah

Selesai di kubur kami balik semula ke rumah Derang

Ibu menggendong baby di dalam kereta di kerusi hadapan

Dalam keadaan baby menghadap  ke pintu kereta yang ada lopak syiling 

Ibu menghadap ke hadapan cermin tanpa perhatikan bahawa baby dah pandai selongkar lopak syiling itu dan pandai menggenggam biji cempedak yang dibuang di situ (entah bila punya biji cempedak sudah kering 😔 )

Sampai saja di rumah, ibu alihkan baby ke hadapan untuk ibu gendong bawa turun kereta, tiba tiba ibu perasan muka baby merah dan mata baby berair 

Dengan ruang mulut ternganga seperti sedang menahan sesuatu di mulut

Allahuakbar

Menjerit ibu di hati

Ibu ternampak ada biji cempedak di dalam mulut baby

Cepat cepat ibu menjolok jari menguis keluar dan baby masih kemerahan wajah dan mata berair ibu kecut perut kalau kalau masih ada sesuatu di dalam mulut

Sedetik kemudian, keadaan baby kembali tenang muka merah dan mata berair ibu usap

Abah tegur, kenapa merah muka baby dan berair, Ibu diam. 

Masih terkejut saat cemas tersebut

Ibu diam tak respon apa apa pada abah

Allahuakbar

Maha Baik Allah

Ibu tak dapat bayang, kalau Allah nak menguji yang lebih teruk dari kejadian itu contohnya tertelan biji cempedak tanpa mampu ibu kuis semula

Aduhhhh

Takutnya membayangkan....

KEKUATAN MAAF

Beruntunglah.. Beruntunglah jika anda punyai hati yang mudah memaafkan Jangan sesekali merasa keberuntungan itu dalam pemilikan harta ataupu...