Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Tuesday, 17 September 2024

GREAT LIFE FROM GREAT ENVIRONMENT DEVELOPING MIND

 Aku bersyukur....

Membesar dari rahim mama, berbekal benih abah, terdidik mendewasa di tangan abah tiri, emak emak tiri

Aku dibesarkan dengan banyak budi baik sekeliling hidup aku

Membentuk pemikiran aku

Mengembangkan persona diri melalui melihat insan insan sekeliling aku

Aku sedar, tidak semua beruntung mungkin memiliki persekitaran hebat yang membantu pembangunan diri aku melalui pemerhatian tanpa sedar

Maka kerana itulah, berbekal apa yang aku dibekalkan oleh orang orang hebat sekitar ku maka tertubuhnya Akademi Rohana demi supaya aku dapat menyampaikan apa yang aku dapatkan dari orang sekeliling ku itu

Terasa berat dan besar beban amanah dan pikulan ini, namun andai aku simpan sendiri

Pun terasa akan pecah dadaku jika tidak menyampaikannya pada semua sebelum aku pula menutup mata

Maka kerana itulah aku tidak berhenti sesaat malahan semakin laju aku mengejar masa masa yang berbaki

Semoga apa aku jalani akan dijalani oleh insan insan lain semoga tidak anda insan insan merasa lelah dan lemah dalam hidup

Beramal dengan pemikiran yang membenar

Membentuk tindakan dan cara urus hidup yang benar

Semoga kita tidak tewas dalam perjuangan hidup ini


Monday, 16 September 2024

AKADEMI ROHANA - SELAMAT HARI LAHIR MAMA

 Selamat hari lahir mama ku sayang....

ROHANA BINTI MAN 17/9/1961 - 15/12/2014 (Al fatihah mohon disedekah bacakan untuk mama)

Seorang mama, tempatku tumpang hidup dan membesar di dalam rahimnya

1986 mama melahirkan aku

Melahirkan aku, ada proses duka terpaksa mama harungi

Kata mama, dari Klinik Parit Panjang, kemudian ke Hospital Baling, kemudian ke Hospital Sungai Petani

barulah aku lahir!

Kesian mama, kata mama sakitnya tak dapat digambarkan!

Bukti kesakitan mama, rupa rupanya sehingga membekas kepada mama di saat ingin melahirkan adik aku iaitu anak kedua mama Adik Faruq setahun selepas aku dilahirkan


Jarak kehamilan mama pulak dekat antara aku dan adik


Kata mama, asbab sakit melahirkan aku, mama telah bernazar untuk puasa selama 2 bulan memohon kepada Allah swt untuk memudahkan proses mama melahirkan Adik Faruq, alhamdulillah proses melahirkan adik lebih mudah

Allahuakbar, begitu besar dan hebat perjalanan mama melahirkan aku

Bersambung dengan kelahiran yang amat menyakitkan sehingga melibatkan 3 buah lokasi perlu dikejarkan, mama sambung pula cerita kisah aku mengalami sawan tangis selama 3 bulan

Abah juga selalu mengenangkan kembali kata abah, 3 bulan cukup cukup aku menangis dan diam sendiri tidak lagi menangis siang malam itu

Teringat si Ahmad Albab bila kisah ku itu di ulang ulang cerita oleh mama dan abah

Sungguh akan aku kenang jasa mamaku jasa abahku


Melahirkan aku penuh kecintaan kasih sayang


Tiada cacat cela aku rasakan sepanjang menjadi anak mereka


Terima kasih mama 

Terima kasih abah


YONG SANGAT RINDU PERTEMUAN KITA!!


Semoga Allah temukan kita di syurga!


Yong akan teruskan hidup ini dengan kenangan indah hidup selama kita bersama dahulu


Kubur menjadi tempat persinggahan paling indah dan mendamaikan


Selama hari lahir mama


YONG SAYANG MAMA...SELAMANYA.....


Anakmu

Yong/Ayuni


#KYA #AKADEMIROHANA #KAKYONGAYUNI #ZAAZ




Selamat Hari Lahir buat diriku..

 8 April 1986 - 8 April 2025 = 39 tahun Life begin at 40? Sekarang 39.... Apa agaknya yang di sebutkan orang orang tentang life begin at 40?...