Syukurku padaMu

Syukurku padaMu

Saturday 9 June 2018

Mimpi gigi atas tercabut

Subhanallah..Alhamdulillah...Allah hu Akbar...

Malam tu hampir tepat jam 3.00pagi pada bulan 5 2014. Selepas aku melahirkan anak ketiga, pada 28 April 2014. Aku dikejutkan dari tidur dengan satu keadaan mimpi yang amat meresahkan. Membuatkan aku terjaga dan tersentak.

Terus aku mencapai telefon bimbit dan orang pertama yang aku cuba hubungi adalah mama. Ya mama ialah ibu ku.

"Mama, yong mimpi, yong mimpi yong berhadapan depan cermin sambil sambil yong tengok gigi yong kemudian tercabut  2 batang gigi yong."

"Owh..gigi mana yong, gigi atas kah gigi bawah kah"

"Gigi atas mama, 2 batang"

"Orang tua kata, gigi atas orang yang lebih tua akan pergi (meninggal) kalau gigi bawah orang lebih muda"

"Tak palah, mama nak telefon adik"

"Yaa..ok mama"

Tamat perbualan aku dalam telefon dengan mama, mama mungkin terus menelefon adik. Ya, aku faham, mama pasti terlintas mungkinkah musibah kepada adik kerana adik baru sahaja membeli motor baru. 

Aku pun sama, terlintas perkara sebegitu

Namun syukur tiada apa berlaku pada adik dengan motor barunya.

Namun aku sangkakan mimpi sekadar mimpi, tidak beerti atau beralamat apa-apa. 

Sehinggalah tarikh keramat 7 hb 9 2014, Allah S.W.T menjemput abah mertuaku. Abah mertua menjalani kimoterapi kanser. Tidak sampai sebulan menjalani rawatan arwah abah pergi meninggalkan kami.

Pernah juga aku dengar khabar perihal mimpi sebegini biasa di alami oleh orang-orang yang terdekat ataupun yang kita sayang.

Abah mertua dan aku memang dekat dan jauh di sudut hati aku amat menyayanyi abah mertua, bukan aku sahaja, sesiapa yang terdekat dengan abah amat menyayangi abah, kerana wataknya yang suka bergurau dan rajin berkorban diri untuk orang sekeliling. Sekalipun aku baru sahaja menjadi menantunya kasih sayang abah mertua amat terasa dalamnya.

Sewaktu aku bersalin,ibu dan abah mertualah yang ringan tulang mencarikan daun-daun dan memasakan air rebusan daun untuk aku mandi dalam berpantang (sungguh aku masih terbayang gerak watak gelut abah menguruskan aku membuatkan aku terharu dengan sikap abah)

Tidak berakhir di situ pada tarikh keramat 15 hb 12 2014

Mama ku pula, pergi menjemput ilahi dalam keadaan mengejutkan iaitu berlaku di waktu dia sedang sihat dan menjalani rutin dialisis cuci buah pinggang, apabila darah yang sepatutnya masuk ke badan mama mengalir tumpah ke lantai dan mama koma sehari dan keesokannya mama pergi menghadap Ilahi.

Aku dan mama pulak, tak usah lah dipertikaikan memang sangat rapat kerana hanya aku anak perempuan mama. Segala perihal mama semuanya di dalam kantung hati sanubariku.

Setelah semunya berlaku kini aku kehilangan kedua insan yang amat aku sayangi

Aku?

Terkedu, terdiam seribu bahasa....

Bait-bait kata kata mama masih terngiang perihal mimpi yang aku alami 

Entahlah segalanya percaturan Mu, Ya Allah... Engkau Maha Kuasa

PadaMu ku bersujud merendah diri




No comments:

Post a Comment

BUNUH DIRI ATAU BUNUH PASANGAN ATAU BUNUH ANAK

Baru baru ini, seorang isteri muslim Islam di Malaysia berusia 30an telah mengelar (sembelih) anaknya yang berusia 1 tahun dan kemudian mena...