Rumah sewa RM220.00 ini adalah kediaman cinta hati aku dan suami pada tahun ketiga perkahwinan...manakala pada awal perkahwinan kami menetap di rumah ibu bapa suami...
Kediaman sendiri ini pula adalah kediaman kedua cinta hati ku dan suami pada tahun kelima perkahwinan
Sebelum ini, aku sering terbaca rencana, artikel dan kisah-kisah rumahtangga yang mana mengatakan pancaroba rumahtangga itu ada pasang surutnya..di mana pada 5 tahun awal perkahwinan agak susah dalam mengenali budaya dan suasana keluarga yang baru dibina manakala selepas itu keadaan akan semakin mudah dengan suasana rumahtangga yang semakin matang dan tenang.
Begitulah ukuran ukuran coretan rumahtangga yang sering aku terbaca terutamanya di majalah mingguan wanita kegemaranku. Jadi apabila mengenangkan kisah ku sendiri maka amat benar dan ternyata tidak sia-sia hikmah berumahtangga yang berkemelut dan bermuara ini aku terokai jua dengan kesabaran dan kesungguhan untuk melihat keindahan semata-mata pada bila-bila di dalam menjalani kehidupan berumahtangga bersama si dia. Hanya kekuatan doa dan kekuatan hati untuk melihat rumahtangga yang terbina berada di landasan keimanan dan di jalanNya menjadi azimat untuk aku terus kuat dan bersemangat menempuh alam ini. Semoga azimat yang tertanam ini kekal sehingga ke akhir hayatku dan di sana kelak moga-moga kita disatukan kembali dengan kemanisan syurga yang penuh rahmat dan kasih sayangNya...amin... moga-moga....
No comments:
Post a Comment